Showing posts with label drum diketuk. Show all posts
Showing posts with label drum diketuk. Show all posts

Saturday, January 22

Hai Blogger Aki

salam.....

ah pe kaba kawan kawan belog aku yang aku gila ketat ketat nak pelok??
sehat sejahtera kah abg TASUKE RAKSASA IJAU PEMAKAN IKAN...
jenguk jenguk makin bahagia dan semakin membahagiakan orang... amin...
hye si LANUN RANGGI masih bulat seperti doremon rasa nye...
tidak berdiet kah anda?

nama pergi si NINI TEDDYLICIOUS.. hal kita... aku infom nanti ok beb...
sister AYU DEADWISH juga... senyap sepi sekarang. sebab aku pon tak tny kaba mereka... salah aku.. maaf!! gila rindu lepak sama kamu...
kak MINT masih bizi.. ada lagikah belog mu yg asik private tu.. dem! taknak kasi duet tahun baru cina...
owhh.. miss LYA COLOR kita... masih mewarna pelangi kah?? ayam bakar ko tetap dalam ingatan..
walau aku gagal merasa.. cesss...
PUAN GULA GULA manis dan perwiranya... moga sentiasa ceria...

ah! apekah MOFASAD dan cinta jauh nya masih sejiwa.. moga sentiasa kekal bersama... amin amin amin...
pengulas sukan ERK888 deus XMACHINA aku pon da lama tak dengar berita. huhuhu...
aku tengok AH CHONGkak semakin liar dengan ketom ketomnya.. betol ke beb....
ahh UNCLE SYAF! anak buah aku da masuk 17 orang... ada berani ke UNCLE SYAF nak lawan. kekeke :)



peluru tumpul chelsea makin sepi.... yela kan chels da tenggelam... tak gitu BULLET kun! ahahaha....
Senpai TUAN URUCHIMARU oowh.. da tukar nama KF URUCHIMARU kejap kejap aki nampak.. kejap kejap aki tak nampak.. da macam aki la senpai. huhuhu
REDZA KHAMISA... wwehhhh mane ko..... jumpa kejap kat FB sebelum aku sepi... huhuhu jangan ko sepi sekali beb....

princess AMBO GINI JOH belajar leklok.. tiru SIS SURAYA.. duduk korean air sudahnya... syukur... huhuhuh.... SIS ZELLA comel yang da jumpa maher zain... apa perkembangan? ahh jangan cakap pipi makin kembang... jelez aki nanti!

cik MIEZA VS RORY dan FHAD serta ima... hope ley hang out lagi lama lama... seyes rindu muka muka dan gossip korang. erkkk kaki gossip ke korang.
oh WONG AH IAN dengan keje ada ok? hehe....



cik SABARIMON naganochan... hows weather in japan... studi ok x?
BRO ASADA yang glamo tu lama nye tak ym... gila rindu sama cerita cerita ASADA...
MACY mesti tau kan perkembangan asada.. kan MACY kan! hahahha.....
XTIONKAMEN dan DURA DURA.... erm.. XTIONKAMEN kamo traning lagi ya?
meh laa bawak aku jalan jalan lagi MEN!! hhuhuhuh

ramai lagi kan yang ada sepatotnya dalam senarai... tapi ak sejujurnya mohon maaf kalu ada yang tak tersebut... aku rindu semua.. lagi lagi yang da penah jumpa dan selalu contact contact. tapi since henpon ilang teros sume nombor belogger belogger ilang. hummm.. aku cuai.. maaf... apa yang aku mau sampaikan... serius aku rindu nak blogging sampai lebam dan kejang!

Friday, November 26

Sekitar Malam Puisi Riong 2010

salam semua...
maaf lambat update pasal hal ini. kalu dah tengok pic dalam facebook ini adalah liputan secara ringkas bertulisan. dalam facebook hanya gambar so sedikit ringkasan aku coretkan pada malam itu. tema malam kali ni berkonsepkan ukhuwah dan akidah dalam keseimbangan antara dunia dan kerohanian dalam diri untuk bekalan akhirat. so... chect it out~


bertempat di Laman Beringin Istana Budaya
12-11-2010 
Malam Puisi Riong Berita Harian
jam 9.00 - 11.00 malam


muka muka makhluk yang hadir...


taheera. salah seorang penyampai puisi.
selain itu, ahmad fetri yahya... ustaz zawawi jusoh 
dan ramai cendikiawan lain berpuisi dan semuanya tidak membosankan
mempamerkan gaya penyampaian masing masing
unik... penuh puitis dan seni yang tinggi


performance penutup daripada meor suhaimi hassan, ana rafali dan altimet.
sebelum tu ana farali dah sampaikan 2 buah lagu.
satu puisi dan satu lagu baru.


untuk half break... group tilu perform dengan lagu diam diam, 
aku bukan aku dan satu lagi... aku tak tahu. heheh


ahmad fetri sebagai pengacara dan pemuisi pertama. sempoiii~



otai ni.. hehe kena respek yang tinggi... 
[erkk!! aku rendah sgt]


sekian, tamat

Wednesday, November 24

Thank You to YOU!

salam mesra...
bob mesra~~ [tetbe! ahaks]




hye! aku domo-kun anson....





inilah rumah aku....dulu




sekarang dah jadi tempat simpan komik komik japan. hampes
[ok apa aki simpan buku!!! tandanya aki suka membaca!]



tengok tengok!! Teluk Intan Kuala Lumpur


THANK ANG BIG THANKS ATAS GIFT DARI BON AZIZ ALVIN



ini adalah eerrmm.... kotak yang berisi barang alamat kepada
AKITO IMADA (AKI BUN)


sila kelik besa besa pada gamba kalu nak nampak....
yang pasti... sume blogger takmo jeles ok~
posto QUE! datang khas dari KLIA heheh...
nampak je QUE teros aku bg kizz hahaha...
owner xde k~ ngee

BIG THANKS TO MILLION THANKS ATAS GIFT DARI PRINZ AUJINZ
[fm khas dari vietnam taw~ hehehe] 



kami BERGABUNG!!!

 special thanks bangat pada blogger kewl and triple best atas hadiah yang sangat best. aki je yang tak pernah bagi adiah kat dorang. iskk terok terok terok. apa yang mampu aki simpulkan adalah,


ALVIN adalah seorang hamba ALLAH yang memandang setiap perkara yang ada di depan mata dia dengan pandangan seni yang hebat dan tersirat. abang yang terbess walaupun abang kandung aku sendiri ada LIMA orang, ngee. susah aku... dia tau. aku taknak dah dia susah kerana aku. aku segan. tapi dia seringkali menganggap susah sebenarnya adalah kesenangan sebenar dalam hidup. hebat bukan. seni pada realiti.


PRINZ AUJINZ sampai sekarang tak pernah lagi bersua muka. penat pujuk dia belikan hadiah dari vietnam masa dia pergi sebelum puasa dulu. ingat tak dapat. ada rupanya. mintak alamat kat formspring. pon boleh bro. dia adalah seorang jejaka yang sangat sempoi walaupun kuat makan. ahahah... sangat hebat dalam seni kartun sehingga mengbuat belog khas untuk lukisannya iaitu MUMBLE INK. kartun dia sume comel comel ok. seni pada imaginasi.


trimas!


p/s: ada gift dari si cantik nagano. tapi versi laen. hehe





Tuesday, November 9

Isi Tersirat

salam,

mereka adalah penulis yang mengagumkan. andai anda melihat secara tersurat setiap bicara mereka pasti akan menghasilkan pandangan pandangan yang hebat diruangan komen. sedangkan aku hanyalah penulis pinggitan. yang masih kabur hala dan tuju. tapi aku masih kagum dan akan belajar untuk memahami lebih yang tersirat dalam bait bait ayat yang dirangkumkan. 

bicara itu...... AJ Nishimihan dan Frodo Baggins























¶A.K.I¶

maka aku membentangkan usul ini dari pemerhatian juri yang satu iaitu aku sendiri, keh keh keh. kita melakukan konsep demokrasi supaya segala keputusan diambil secara menyeluruh. 

Monday, September 27

Dems

salam....


last week sedap sedap cakap nak blog xhengat sekali bizi yang amat. cess... kacau sungguh. dah tak terhapdet aku punya belog. xsyok...

selasa minggu lepas rumah terbuka JPM dah update.. cess tak cye ea aku salam PM... taw laa aku pakai enpon hudus... klu tak... da lme aku swo PM make a peace dengan aku taw... kah kah kah

lepas tu,,, rabu khamis jumaat masuk opis thumb ibu jari kua opis. sampai opis kol 6 petang thumb ibu jari balik rumah. untuk tiga hari bederet deret. kerana apa.... kerana pameran 15th Steering Group Meeting Of The ADB/OECD Anti Corruption Initiative For Asia And The Pacific. [ok tajuk program da panjang.] bertempat di Palace Of Golden Horses, Mines, Sri Kembangan [nama tempat pon nak gak panjang. ces]

langsung xley nak apdet da... kekangan tugas... sayang betul padahal sepatutnya minggu lepas baek baek aja. tapi takpe... weekend plak.. apa aktiviti anda? open house?? yaa betul. makan. makan. dan makan. kat pameran muka aku yang amek makanan. sabtu ahad muka aku gak yang rakan rakan ajak untuk makan. MASYEHHH!!


to one of the blogger yang invite open house... oyeahh! podas nogori memang kaw punya! haiyarkkk...


p/s: blog ni da tak de info menarik la.. mencik!! tu la kesan tak ske membaca.. bz... 



Monday, September 20

Perjalanan Blog A.K.I Bermula

bismillahirahmanirahim....
salam semua....

bermula hari ini, insyaAllah belog ini akan kembali aktif seperti dahulu kala [zaman purba ais kacang] setelah bercuti raya satu hal, setelah tuan papan terlibat dalam pelbagai hal pon satu hal gak... hehehe.... so aku nak jerit kuat kuat!!

AKI!!!! WELKAM BACK!!!!!

syoknyaaa!! 
sepanjang cuti raya, syukur dapat ziarah sanak saudara mana yang sempat. kawan kawan takde pon yang aku singgah raya. maaf sangat sangat. memang mood ziarah umah kawan tyme kat kluang adalah zero. sebab raya tahun ni majoriti abang abang dan kakak berada di umah pada pagi 1 syawal. so kemeriahan berkumpul bersama famili yang sangat jarang jarang dapat aku mau nikmati sepenuhnya...

ah! sabtu lalu berjalan jalan open house bersama nini teddylicious di umah rakan nya [langsung aku tak kenal tapi kalu da bab makan... sah sah aku tak tolak] dan kemudian menuju jumpa ayuz deathwish dan kemudian.... JACK ALVIN koling koling gtaw da ada kat tol duta.... wow!! dapat jumpa itu taksuke raksasa ijau pemakan ikan. hepi hepi....

blogger yang ada tyme itu, wong ah ian, sabarimon, xtionKAMEN, jack alvin, nasi putih, nini, yuz dan aku. heh.. happening!!

[ad yang aku tak link... heheh]


okey la nokss... buat entry cipOt ni berlambak teros keje aku tak siap... dems.....




p/s: blog kamu kamu aku singgah pelan pelan. jalan kaki, bukan naek viva biru....



Thursday, August 19

Selamat Ulang 1Tahun 1Hari

Salam untuk semua....


first of all aku nak cakap makasyeh... makasyeh dan makasyeh banyak banyak kepada semua blogger.... lagi lagi follower dan blogger yang suka singgah dalam belog pinggitan aku selama ini. 18 Ogos 2009 adalah hari pertama belog berDOTkan blogspot ini ditubuhkan

wujud setelah beralih arah dari dunia belog friendster [zaman friendster ada belog kan kan hahahah] hasil bantuan member aku asbesstos [pakar snap snap mamat ni... freelance untuk wedding potographer - ceh sempat pomot!!] maka terhasil laa akitoimada.blogspot.com. entry pertama yang ada komen adalah ENTRY INI komen pon sorang je~ hehe... asbesstos la. lama lama.... jadi la macam sekarang.

masih lagi belog pinggitan. at least ramai yang picisan... tapi aku pinggitan! hahaha..... header blog adalah dalam 3 4 kali tukar. lepas tu end. ahh entry yang paling syok dan komen banyak adalah ENTRY INI mencatat sebanyak 1252 komen. itu sempena PARTY KOMEN yang akan menjadi kenangan blogging seyesly terindah. hehehe....

kepada: nini, ayu, deus, frodo, bullet, farid, wong ah ian, 'si budak aboi', jedi, yuki, acong sengal dan yg join 1129 party komen mmg rocks~ [most of demmm da jarang da blogging sebab high commitment pada benda lain mcm kerja, life - geng geng BB hal laen! dem~] 
- geng BB aku highlight nama lagi! hahahah


dan semua blogger blogger yang aku admire [maksud SEMUA blogger yang ada dalam senarai dan aku rajin singgah] trimas!! atas sokongan anda!! 








terimas kerana singgah belog saya
terimas kerana baca entry entry saya 
[harap ada sedikit input walaupon banyak nya sampah semata]
terimas komen dan terimas follow~
maka,
RAJIN RAJIN LA KLIK NUFF!!
hahahahha

Monday, August 16

Semalam Di Shah Alam

salam...


hye.... selamat bekerja / belajar untuk semua..... aku masih tak pose lagi ari ni....


aku nak bagi tahu ni....


semalam petang sampai malam....


ada kat seksyen 7, shah alam....


semata mata untuk berbuka menu ayam penyet..... aku tak penah rasa.....



[ooshh! sambal belacan sangat pedas!!]



[ini lak menu aku.. udang penyet...]
maceh ye encek google


oleh kerana lokasinya belakang pintu gate UITM SHAH ALAM dan jalan ke I-CITY, sebaris dengan wisma Jakel...[apa yang aku nak kaitkan sebenarnya?]


oleh sebab terlalu ramai rakan rakan yang aku rasa aku taw dorang ada kat area situ, maka aku tak kol sekor pon! encik rescue aje ajak kawan sorang join kitaorang makan.


sebelum buka jalan jalan tengok kapet dan kain kat jakel.... tak bernapsu... betul laa setan memang kena ikat bulan pose.... bess!


lalu I-CITY bawak rescue yang nak jengah area situ. alang alang kan.... lepas tu.... balik...


misi utama aku nak bagitau satu je....
budak budak yang aku rasa kenal aku dan aku tau korang ada kat area situ... agak agak kalu aku ajak dorang datang tak? hehehe



Friday, August 13

Broadband


[satu kala senja nan sepi... bersuara seorang mahkluk halus ke telingaku memberitahu tentang berokban... ]

makhluk halus : eh... ko tak payah la pakai berokban lagi. sekarang tanggungan bertambah... parking umah nak kene bayar tiap tiap bulan rm60. berokban rm70. kalu potong berokban kan da jimat siket

aku : ala beb, aku tak bayar dua bulan je kot berokban ni.... sebab terlupa. bil pon datang umah johor bukan kajang atau sepang. 

makhluk halus : ko tak payah dah pakai berokban... lagi pon opis ko sekarang dah ada semua kan... tak de kena belok belok kan.... tak payah pakai... terminate aje....

aku : hasutan, hah ye laa aku potong.......

[maka sessi potong memotong pon berjaya.... operator siap tanya kenapa potong. yelaa... sekarang ni semua orang nak berokban, wifi and etc.... aku hanya diam]

aku : weh, ak dah terminate berokban aku... modem ni simpan laa. CSL kot, lawa lak tu wane pink corak corak. sume ingat pendrive...

[wa sgt syg modem wa!!]
thx google

mahkluk halus : takyah takyah. bak meh. bia aku jual. kawan aku nak kot.... nanti ak tanya.... eh bill tonggak ko bayar da belom ngeng??

aku : alaa.... aku bayar rm41. so tinggal dalam rm80 kot. bia laa.. ah, paking kete takyah bayar tiap bulan laa! sekali je.... hurmmm

mahkluk halus : takpe.. biar kurang tanggung bil bulan bulan.....

**********************

mahluk halus : aku jual berokban ko rm80. 

aku : hekkk??????????? modem harga rm80!!! aku beli rm190 kot~ tak sampai setahun tu guna....

makhluk halus : duetnye aku dah buat bayar bill yang tunggak...

aku : heeeeeeeeeeekkk~ apa ni... tak dapat duet langsung... [sedey gila]

[tyme ni wa da bengang ayam da... makhluk halus ni... ada gak kene pijak dengan aku kang!! haisshh... dan setelah berbulan berlalu.....lokasi tasik titiwangsa]

mahkluk halus : eh aku ada bawa laptop la.. hah sementara tunggu si [tutututtt] aku nak layan naruto ahh

aku : heh... kan kat aku koleksinye....

mahkluk halus : pe barang, pakai berokban la.... [sambil bukak modem baru dalam plastik!]

aku : eh,, pehal ko ada brokban ni??

mahkluk halus : kan aku da cakap, suro adik buat kan... 

aku : ????

[dan... beberapa ketika... yaitu sekarang]

aku : selalu ek nampak ko online sekarang..... 24jam.. aku kat opis je la... kalu tak sebok...

mahkluk halus : eh, seronok gak kan ad berokban ni... hihih...

aku : (^#$^%@#$!!!!

[dapat sebakul maki dari aku!! perghhh hati panas aje tengok orang laen online 24jam. aku pagi sampai petang aje laa kalu dapat. kalu dapat!]




Friday, August 6

Dia Boleh Bertukar Wajah

salam semua~

selamat hari jumaat. yuuhuu!!! esok esok apa aktiviti korang? haha aku bercita cita untuk tido sepanjang hari dalam tempoh sabtu dan ahad namun cita cita tu belom boleh sampai lagi sebab setiap minggu ada je yang dah cop nak ajak berjalan. ohh! aku sangat tak kisah janji ada duet...kalu takde duet kan tak syok nak jalan kan kan kan. huuhuhuh....

"dia boleh bertukar wajah, boleh bertukar suara" <---- lirik lagu senario untuk filem dorang jumpa alien tu

taaraa..... kale sudah semakin lembut dan setona saja. tak banyak kaler da untuk backgroung baru ini. hehehe... tak terniat untuk berubah wajah untuk waktu ini sebab rasa belom masa. tapi entah macam mana... kelik kelik kelik... yang terhasil seperti yang anda lihat. sebenarnya sempena bakal ulangtahun pertama belog ini. 

tapi lama lagi... dalam dua minggu lagi... takpe la... untuk sampai  ke ulangtahun pertama.. mungkin akan ada lagi perubahan perubahan dan harap sangat sangat korang bersabar ye kalu open belog ini tapi dia weng weng siket! hihhi

ada banyak yang ilang kot. gamba gamba pon aku kena remove dolu sebab setting tak sharp dgn kotak. tapi takpe.. slow slow~ 


[function like button pon ilang daa...]

Friday, July 30

Kod Etika Blog

salam semua!~


selamat menyambut hujung minggu.... aku mau tinggalkan dengan keratan ayat yang bes untuk rujukan aku dan blogger blogger Malaysia laen. tak kisah korang dalam atau di luar Malaysia~ 


“Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang atau membetulkan kita, kerana kita yang berkuasa (kerana) kitalah penulis, penyunting dan juga penerbit. Apabila memiliki senjata, jangan gunakannya (untuk menembak) sesuka hati. Penulis blog mesti berupaya menahan diri dan mengelak daripada menyatakan perkara yang tidak benar serta boleh melukakan hati orang lain,” 
-Tun Dr. Mahathir-


mahukan artikel penoh tentang kod etika blog ini?? sila klik SINI








Dalam hidup pon mesti kena ada kod etika. kerja seharian pon disenaraikan kod etika yang perlu. jadi, kita perlu tetapkan dalam diri apa kod etika yang perlu untuk menulis blog. oooh, insaf! sebab selama ni aku maen tulis aje apa yang rasa nak tulis. tapi takde sampai tak pikir kesan dan timbal balik nya~ 






Saturday, July 24

Facebook Ohh Facebook

salam semua!~




macam biasa sila klik untuk tumbesaran yang sehat dan bugar! pe masalah hah facebook? kenapa aku owner pada akaun aku kena tendang atas alasan maintenance. orang laen aku usha tak de masalah pon. hurmmmm

Tuesday, July 20

1st time main futsal

salam semua....


hehehe.. aku kena maen futsal beb!... dan hari ni aku masuk opis dengan kasut 2 inci...jalan da macam aneh aneh. area tak sepatotnya sakit! hahahaha.... 

dolu dolu tyme belaja...nak sangat maen futsal. tapi bila kenang course aku yang sentiasa bizi dengan artwork dan assignment, futsal tah ke mana tambah pulak dengan takde pon team futsal perempuan yang wujud. sekarang da keje... kena kerah paksa rela maen untuk kelab sukan! ahaaiiii... kasut sport aku da buang.... kena cari laen. 

sob sob sob... bila kenang kenang sebelum latihan pertama semalam petang, aku tergelak gelak sensorang!!! tapi bila maen petang semalam. memang tip top la... kaki aku tak hengat sakit. sepak bola pakai satu kaki yang sama aje... petang ini sampai jumaat akan ada latihan sebab match adalah pada pagi sabtu di putrajaya.

jadi hari ini aku nak praktis sepak bola mengunakan kaki kiri. tengok bola ke mana orang yang nak dituju ke mana! hahaha.... adoi hai.... seminggu ni kejang kejang la badan aku.....








elakkan nanti aku maen macam ni... bola ke laen, orang ke laen!
malu malu malu~



ada ke orang maen futsal tarik rambut weh?


hurmmm... bowling sudah, futsal sudah... bila pulak nak rasa maen paintball? tak penah agi.... pastu wall climb! waa..... bes bes bes... tak pe masa banyak lagi.... aku boleh rasa nanti!


[thx gugel for da pic]







Tuesday, July 6

Friday The 13th

Assalamualaikum...


apa khabar?? sehat sehat??? aku pagi pagi tadi bangun tidor rasa abdomen bahagian kanan perot sakit sakit. hurmmm teringat kata kata doktor masa aku pegi cek dulu... "you suspect appendix! kena cek kat HKL kalu malam ni tak baik lagi". dan teros aku keluar bilik doc, duduk tunggu ubat, bayar dan balik. teros tido. tamo pikir pikir da!

hahaha.. berbulan yang lalu situasi itu terjadi dan pagi ini sakit datang lagi. tapi cam bese diam diam sudah. korang takmo bising bising owh! okey enough for intro i think.

ingat kan aku ada gitaw aku ada baca buku 13th world most popular superstition. hehehe, tak abes baca lagi la... wakakkaka... tapi tadi aku ada la mengugel tentang stigma friday the 13th ni. apa masalah sampai keluar tahyul macam ni aku pon tak paham.

dan aku ada bagi senarai 13 perkara tahyul yang ada dan hari ni meh kita singkap stigma tahyul tentang 13haribulan JUMAAT. perkara ni muncul bila ada tanggapan yang menyatakan bila hari jumaat jatuh pada 13 haribulan maka ia adalah hari yang malang. bad luck!

perkara ini berlaku dalam tiga kali setahun mengikut fakta yang diberi wikipedia la. bila bulan baru bermula dengan hari ahad, maka 13haribulan itu akan jatuh pada hari jumaat. mengikut perkiraan islam[yang aku tahu tanpa rujuk mana mana] jumaat merupakan penghulu segala hari. jumaat adalah hari kebangkitan dan jumaat juga merupakan hari dimana kiamat akan berlaku dan banyak lagi 


meh kita tengok rajah meh!

YearMonthsDominical
letter
2001April, JulyG
2002September, DecemberF
2003JuneE
2004February, AugustDC
2005MayB
2006January, OctoberA
2007April, JulyG
2008JuneFE
2009February, March, NovemberD
2010AugustC
2011MayB
2012January, April, JulyAG
2013September, DecemberF
2014JuneE
2015February, March, NovemberD
2016MayCB
2017January, OctoberA
2018April, JulyG
2019September, DecemberF
2020March, NovemberED
2021AugustC
2022MayB
2023January, OctoberA
2024September, DecemberGF
2025JuneE
2026February, March, NovemberD
2027AugustC
2028OctoberBA
2029April, JulyG

ini adalah tahun yang mempunyai tarikh 13hb hari jumaat

dan antara perkara perkara yang pernah terjadi pada 13 haribulan yang jatuh pada hari jumaat adalah seperti ini:

@ pelancaran filem RESIDENT EVIL 5 di US dan UK pada bulan feb, 13 2009

@ pelancaran filem 2012 pada bulan nov, 13 2009

@ acara pembukaan untuk sukan olimpik athens pada bulan ogos, 13 2004

@ ribut hurricane charley yang melanda utara florida pada ogos, 13 2004
dan banyak lagi. mau usha boleh pegi wikipedia.