lama senyap dan menyepi dari dunia belog. entry LAGU KANAK KANAK pon aku tak balas komen. maaf, tiba tiba ilang rasa blogging. terkecik ati mungkin. tapi bukan dengan kamu kamu. itu pasti. hujung minggu yang aku rasa panjang. dan mengejotkan. sebab......
masih ingat anda anda tentang cerita pengembala kambing yang menipu orang kampung. satu hari, pengembala kambing yang kebosanan menjaga kambing kambingnya mendapat idea untuk mengenakan orang kampung dengan menjerit jerit menyatakan serigala datang menyerang kambing gembalaanya.
seluruh orang kampung datang dengan senjata masing masing tapi bila sampai dilihat si pengembala ketawa keriangan penduduk rasa ditipu dan pulang dengan keadaan hampa. keesokkan hari nya, berlaku lagi perkara yang sama. penduduk ditipu lagi dengan omongan kosong si gembala kambing.
namun, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. bila serigala benar benar datang dan memakan kambing belaan si pengembala, beria ia si pengembala menjerit dan merayu kepada penduduk kampung. namun hasilnya, tiada seorang pon yang membantu kerana sudah acap kali dipermainkan.
pengajaran cerita si gembala kambing dan pembohongannya jelas. dan sepandai pandai tupai melompat memang akan jatuh. manusia pon sama. takkan sentiasa selamat dengan pura pura, bermuka muka, mengata dan memfitnah. semalam, bukan satu tapi lebih dari dua tiga tuduhan fitnah dilemparkan. dan bila orang yang bertanya dengan kau mahukan jawapan yang sebenarnya, dia terkejot! kerana apa yang aku cakap bercanggah dengan apa yang selama ini diberitahu.
aku cakap manusia, aku tak pelik ada orang macam tu. sedangkan aku ada hal lagi besar dan masalah lagi rumit akibat kesan sikap manusia. dan aku tak terkejot, perempuan yang sebilik dengan aku, yang duk tunjuk baek mengaji lepas sembahyang tunjuk muka manis depan aku dan orang laen, tapi bila salah sorang dari empat orang laen penghuni rumah tu takde, habis segala aib dan fitnah dilontar, NAUZUBILLAH.
perbuatan melaga lagakan orang lain demi kepentingan sendiri memang perbuatan terkutuk. seagama, sebangsa, sejantina. umor yang lebih tua jauh lebih tua dari aku. tapi mempunyai perangai mengadu domba dan memalukan orang lain. bila aku bersemuka, bagi semua yang berkaitan kena batang hidung sendiri. pon tetap tak sedar diri. WALLAHUALAM.
mintak maaf tak ikhlas. harga diri dan perasaan malu pada sikap diri sendiri langsung tiada. memang memalukan.bila orang tanya kenapa buat benda macam tu, ada ayat MUNGKIN, KOT? apakah? aku mengingatkan diri aku sendiri untuk sedar dan jaga diri, sebagai manusia yang banyak kelemahan berjaga dan jangan sampai benda benda mengaibkan diketahui orang tidak sepatutnya.
p/s: masih ingat entry bermentaliti RENDAH ke?