Wednesday, June 30

Dugaan Datang Lagi

Assalamualaikum...






selamat pagi dan selamat melakukan ibadat kepadaNya ye kawan kawan semua. aku terus bersyukur kepada Allah atas nyawa yang masih di pinjamkan kepada aku sebagai hambaNya di muka bumi ini.

lepas satu cobaan kepada satu cobaan. Alhamdulillah... itu tandanya Allah SWT sedang menguji dan menilai kebolehan aku sebagai salah satu hambaNya. Allah ternyata menguji dan membantu dalam apa jua keadaan. kalu dalam kehidupan ada pincangnya... dalam kerja ada penyelesaiannya. Dan sekarang beginilah sebaliknya.

aku nak merungut. aku nak memberontak. aku nak meroyan! tapi aku ada agama. aku ada yang memerhati. buat apa aku membazir masa dan merugikan tenaga sedangkan aku mampu berdoa agar Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan aku walaupon berbagai ragam manusia cuba untuk menjatuhkan aku. 

sekarang perjalanan ibadat fardhu kifayah aku terganggu lagi dengan cubaan cubaan yang sangat mengarut dan nonsense. tapi takpe, aku kuat sebab agama aku. aku kuat sebab famili aku. dan encik rescue ranger juga pesan... "semua cubaan daripada manusia manusia itu terutamanya dari kafir yang laknatullah, semuanya datang dari Allah. doa aje... Allah ada..."

berlari jauh sekali pon untuk hilang dari masalah takkan mampu, andai kita tak hadapi dengan ikhlas. orang kata lagi besar dugaan dan cabaran lagi lagi dalam ibadat yang dituntut, lagi maha hebat ganjaran. tapi aku tempuhinya untuk mendapat ganjaran di akhirat kelak dan bukan ganjaran untuk sementara. aku harap korang korang dan anda anda semua mampu doakan yang baek baek aje untuk kita umat islam ni. 

aku sentiasa berdoa agar sekalian umat islam tak kira di mana juga akan dilimpahi rahmat dan sentiasa diberi hidayah oleh Allah SWT. dan harapan aku juga agar aku dikuatkan dengan iman dan hidayah supaya aku mampu bertindak waras dan bijak terutama menghadapi musuh dalam lipatan. 
wallahualam



penamat post ini: nak cerita terang terang tapi luahan dalam alunan ayat yang berkerawang





Monday, June 28

Kunci dan Kereta Terkunci

 Assalamualaikum...

selamat bekerja untuk semua rakan rakan. hye hye...[hujan da.... bes2.. sejuk aje..]

jumaat aku balik kampung. sampai dalam jam 8.30 malam dan perkara sampai sampai je bab kunci dan terkunci adalah kerana rumah aku berkunci pagar dan pintu. maka memanjat la aku ke tembok umah dan masuk ke dalam. selongkar selongkar dan sampai pintu.. erk! kunci umah takde belakang pintu. sia sia aku panjat tembok umah!

kol mak.. kol mak... tak angkat. sedey.... pastu kol abang uda. mak takde kat pasir gudang. pastu kol along.. mak takde kat johor. along kata "takpe takpe long kol tanya kat mana.. tunggu.." dan aku ketika itu berada di atas tembok umah. mujo malam... orang tak pasan kot pempuan yang dok panjat tembok pagar umah! hahah mak balik dan bukak gate dan pintu umah. ok cun.. hantar mak gi kenduri balik. 




 alahai viva biru!!!
[thx google]

kes kedua.. aku da baek baek parking kete dan punggah punggah barang.. kunci kereta masih ada kat stering kereta... pastu punggah punggah... tutup pintu kereta. bawak masuk barang dalam rumah. kelua balik nak amik kunci kete... heheh.. da terkunci dari dalam dan kunci tergantung kat stereng kereta!!!! walawehhh...

dari jam 11 malam sampai 3 pagi dok godeh ketuk hempuk... bangun pagi kol 7 sambung buat godeh godeh. ayah aku tolong panggil pomen... pomen pon gagal mencungkil bagi lock pintu terbukak... tahap karma ke 8 da tekanan yang dihadapi. mak aku panggil jiran belakang rumah. dia buat 5minit je! teros boleh unlock! huh... 


penamat post ini: sila jangan contohi saya.. T_T




Thursday, June 24

Mood: Zzzz

Assalamualaikum!!!

selamat tengahari semua rakan rakan sekalian... aku takde idea dah nak curah apa dengan belog ni. mesti akibat dari ketawa terbahak bahak kes DOPLIN sampai ilang segala ilmu di dada.. [ceewah!] ada sedikit info dan pendapat mau di sharing sharing kan bersama... pendapat anda yang aku nak... hehe.. harap maklum ye!

Info 1

mau carik spotrim myvi SE. sape sape ada info sila roger roger. spotrim yang dari myvi SE perodua keluarkan menjadi pilihan untuk di sumbat ke vivas.

 ini macam punya. semat x?? mau ganti skunk pny spotrim 15"

Info 2

akan ilang untuk beberapa hari. ye laa tenet harap dekat opis aje... takde kat umah.. da jual berok kan.. hahaha so harap maklum.


Mintak Pendapat 1

 ini henpon sekarang.. bullet yang cadangkan sebab dia pakai gak!
saya mahukan hendpon. tapi belum terdesak sampai nak segera. masih mencari dalam masa yang sama ushar harga. kes henpon ilang dolu dolu tu kan. tak terjebak sangat dengan touch skrin ke, i pod ke, i phone ke.. sebab spesis aku ni hendpon selalu tercampak campak. setakat terlepas dari tangan ke jalan tar tu benda common orang kata. jatuh dari tangga ke bawah pon biasa hahaha.. yang penting, kamera lebih dari 3megpixel, paling cun 5 megapixel, mp3 yang terbaek dan memori kalu cun banyak banyak la...bajet nak rat je sebenarnya... heheh


penamat post ini:da 2 je... sekarang sambung mood mau tido.... Zzzzzzzzzzzzzzz..






Wednesday, June 23

Ikan Lumba Lumba

Assalamualaikum...




kisahnya bermula ketika kawan aku sibok bekerja dan sering ke pulau pulau... dan dia mula bercerita dengan aku... jom join....


aku: oii ko, lama senyap sebok gila ye keje??

dia: hak ahh beb.. banyak tol keje. sebelum pose aku kena setelkan semua.
      sebelum pose kena setelkan semua... 

aku: oye?? oooo.... ko gi mane sebelum ni??

dia: ahh ah!! aku semalam gi pulau perak.. sempadan filipina thailand sane...

dia: aku nampak doplin beb!! waa...

aku: doplin??

dia: iye laa.. doplin doplin... cantek...

aku: eh, bukan DOLPHIN ke???

dia: ha... ye la tu... 

aku: [hanya mampu ketawa terbahak bahak!!]





penamat post ini: hahahahahhahahaa!!! nak gelak gak!





Tuesday, June 22

Semalam Maen Tolak Tarik Kereta

Assalamualaikum...

selamat pagi tengahari petang dan malam untuk semua... grr sangat sejok la hari ini. huh...sorry ye buat yang singgah semalam semalam sebab belum hapdet entry lagi. hari ini baru nak hapdet. semalam, kebetulan line tenet agak kurang cargas. mungkin sebab monday bluess kot. tenet pon pandai malas kan kan...

dan semalam gak pagi pagi nak pegi keje ada laa part part aku berminyak sana sini sampai terkena baju! ayarkss.. tragik. semua gara gara bateri kong?? tak pasal... T_T

 thx google 4 da pic

aku sampai je kat parking kereta, aku dengar bunyi yang tak selayaknya untuk alarm kereta aku! bunyi ting, ting, ting.. bunyi sangat lemah dan bila aku tekan alarm kereta.. waa xde bunyi. jam da kol 7.50 pagi. masuk keje kol 8.30 pagi. cepat cepat kol rescue ranger yang x menjadi penyelamat langsung!

dari situ bermula laa part aku dengan berbaju kurung mengodeh enjin dan bateri kereta vivas itu.... sungguh berpeloh peloh dan gelap. ye laa parking tingkat 2... umah tingkat 8. dengan loud speaker dan touch light handpon... aku bergelumang dengan skru dan minyak nak cabot wayar bateri. [tak berjaya aku rasa...] 

rasa give up gila gila. da la hari permulaan kerja. jam da 8.15 pagi. campak kotak spanar dalam kete dan lap tangan yang kotor dengan tisu... blah gi keje. nasib teksi ada. melayang rm10~~ rehat tu, dengan pertolongan abang abang dan akak opiss, bergerak ke umah balik.

da abis sessi tolak tarik kereta [tetap tak berjaya setat enjin dan bateri memang da sangat kong] pegi cari jumper. aku beli dan jump dari kereta abang opis... thanx sangat sangat sebab ada dia beb!! [ohh2!! bro akie ada belakang sambil aku taip entry.. lalala] 

huh! hari ini da xde problem sangat dengan kereta jus aku dapati radio langsung senyap sunyi dan lampu sensor bila kita bukak pintu tak nyala. rescue ranger akan berangkat ke KL lambat lagi, so aku pon kena lambat lagi anta bengkel la... 

penamat post ini: sekarang keep praying agar kereta vivas akan maintain comel!!



Friday, June 18

Nama Saya...

Dalili Damia...
umor sekarang satu tahun setengah...
da pandai jalan
da pandai cakap siket siket
da tumbuh gigi dengan penoh dan jaya nya!!
ngeaaaahahahah!

ini saya....berumor 8 bulan.. acik suka edit gamba saya...




tengok takley berdiri lagi... baru boleh duduk




ini saya juga... da pandai jalan...


saya dekat SINI...
jom singgah selalu...


penamat post ini:terima kasih acik up kat belog... saya sayang acik saya lebey lebey!



Thursday, June 17

Kenapa Cakap Bola Sepak Permainan Bodoh

Assalamualaikum...
salam dari tuan tanah kedaung[tak taw kedaung sila rujuk kamus DBP]


[dulu kipas susah mampos untuk england, tapi beckham da takde, kensel england! mereka diletakkan digrup favorite paling bawah!]

heheheh... buat minggu pertama perjalanan FiFa world cup 2010 korang perasan tak aku belum olah lagi tentang permainan corak pasukan jersi ke atau pon pasukan yang aku minat! hahaha.. ni kes sebab bullet takde la ni. dulu EPL aku berperang gila gila lah beb sebab chelshit  chelsea dan kelab fav aku iaitu Manchester United!!

okay, untuk orang yang tak suka bola sepak. ada kan. ramai beb... itu aku pasti dan apa alasan mereka yang tak suka bola sepak? dorang akan cakap [ini stigma majoriti la bagi pandangan aku] 'bola sepak permainan bodoh sebab 22 orang main dalam padang kejar satu bola aje'.

okeayy!! marah ni marah. tapi pada masa yang sama betul jugak apa yang orang orang cakap tu. untuk beri pandangan kita kena tengok faktor atas orang itu. dia jus TAK MINAT bola sepak atau semua sukan dia kritik kondem. orang yang jus tak minat bola tu maybe boleh accept. yang tak minat 1 apa pon ni sah sah bukan orang yang gemar bersukan!
tapi hairan la... kalu orang cakap bola sepak sukan bodoh, kenapa takde yang cakap squash sukan bangang~ kan kan kan? korang ada perasan tak sape sape cakap squash tu bongok ke bodoh ke apa apa lah yang negatif?? sedangkan sukan tu lagi la... main bola kecik dengan raket dalam bilik kecik pukul ke dinding. kalu maen sorang sorang ke berdua ke, tak pandang pon lawan tapi pandang dinding je. bola da la kecik sangat sangat.

kita sebagai manusia sebenarnya memang suka nak jugde dan cakap ikut hati tapi takde pon nak mendalami atau mengkritik berdasarkan fakta. macam bola sepak, memangla aku tak mampu mengulas macam pengulas sukan yang menkaji tapi rasionalnya... 

walaupun 22 orang kejar satu bola tapi positifnya jelas dan terpancar dimana setiap pasukan akan memeprtahankan harta berharga mereka [iaitu gol] untuk tidak di bolosi pihak lawan. kalu apply dalam kehidupan seharian, kita membina keluarga, kerja dan bermati matian berusaha untuk menghalang anasir anasir jahat dari menganggu kehidupan bahagia, mengganggu rezeki dan kerja yang diberi.... kan kita juga yang rasa seronok, sempurna. semangat kerjasama dan tolak ansur dalam masyarakat pon bagus sebab bola sepak ni kalu ikot satu kepala je memang bola tah kemana. dorang main pas sana, pas sini dan akhirnya da rasa cukup strategik dengan pelan yang dibincang bersama maka cuba untuk memburu kejayaan dengan menjaringkan gol! 

walau apa pon sukan semua dicipta mesti untuk kebaikan. maen KONDA KONDI pon sama. setakat korek lobang pastu baling batang kayu pon ada sebab kenapa ia tercipta. 
so majulah sukan untuk semua BLOGGER!!



penamat post ini: dalam sukan, aku memang adore NICOL ANN DAVID. sukan yang aku rasa yelah... lawan dengan dinding je pon! tapi impak dia... duet dia... huisshh.. kaya pempuan ni... dan dia sangat BIJAK!






Ermmm....

Assalamualaikum...

mintak tolong...
nampak tak bawah entry da ada butang like kan.. rajin rajin kelik taw taw... sebab saya akan kelik anda juga.... mau add fb saya sila search Aki Lala @ email segita27@yahoo.com

sekarang... butang sudah ada.. cuma macam [bukan macam tapi memang] terlalu dekat dengan entry. mau space kan dia jangan ganggu entry macam dalam belog miss hazzy [thank dea psl tuto like button and ajar spacing..] tapi saya gagal buat! erkk...

tolong tolong tolong... and if korang rasa butang tu macam menyemak aki maybe akan remove balik la.... what do you all prefer??

.


.


.


.


.


.


.


.



mau kenali si comel ini?? nantikan...... [^_^]


Wednesday, June 16

Pesan Nabi Sebelum Tidur

Assalamualaikum!!
selamat tengah hari....

pagi pagi berjalan jalan beloging beloging. lepas tu bekerja la kita sekuatnya bekerja la kita sehendaknya... okey okey! aku da merepek. ampun ampun.. cam bese takde bahan nak cete makanya aku pon cek la emel emel... dan rasanya benda yang baek baek ni sangat elok dan mujarab dikongsi bersama kan kan kan? jom kita baca.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :  
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,  
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,  
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,  
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"   

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.  

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan  ibadah haji dan umroh "
sumber: emel dari rakan

terima kasih google


penamat post ini: 

dikatakan juga sebelum tidor tepok tepokkan bantal kepala sebanyak 3x untuk kita mudah bangun keesokan harinya. selamat beribadat untuk semua... [^_^]

Tuesday, June 15

Gorgeous?? Gonjeng!

Assalamualaikum!!

hye kawan kawan baru dan lama.. [ada ke baru ke lama? alaa lantak!] korang sihat?? semoga hari selasa yang cun dan comel dan bes ni [bes? mudah mudahan] memberi kita semua kegembiraan dengan segala ibadah yang dikerjakan. amin!

strait takde belok belok... ucapan jutaan TRIMAS!! kepada Bro akudakmalaysia.blogspot.com atas kegojesan award yang dianugerahkan! haissshh.. rasa mau tergelak gelak bila tersenarai! dia punya follower cecah 800 taw... aku ni blogger picisan yang kecik molek aje... heheh... (^_^)


waaa... segan segan segan. makacih ya bro Asada Ryutaro terharu! untuk semua yang baca entry ini... saya tuan tanah kedaung pas anugerah Glam Blogger Award ini kepada anda semua... amik amik amik!! aki suka bagi anugerah anugerah ni! hehehe...
penamat post ini:

bro asada ni ada buat kontes... gi la join beb! aku tak dapat join sebab taw awal awal aku sudah kalah! hehehe

Monday, June 14

Penat Sangat Sangat!!!

Assalamualaikum dan gud day to all...

may ALLAH sentiasa bersama anda... rentetan hal umah sewa aku yang penoh dengan kerabat kerabat asing dan aneh [macam alien lak yang datang kan kan] aku mengusahakan diri untuk tidak berada di rumah pada hari minggu. sabtu dan ahad! so *** sebab weekend weekend la kita nak rest dan lepak lepak di rumah. 

aku tak balik putrajaya pon sebab rasa macam membazir minyak je  ulang alik jejauh sebab hari ahad [semalam] aku akan ke kenduri kawen blogger zedi... so aku pon paksa rakan aku untuk keluar melepak dan melepak di sogo.[dekat, jimat dan yang penting tak banyak kua duet!].

 ~hahahah!!!~

petang je aku balik balik umah tengok umah kosong.. cepat cepat masuk bilik dan menidurkan diri. tyme standard terganggu hari sabtu dan ahad adalah pada jam 6.30 pagi sampai 7.30 ke 8.00 pagi dimana budak budak kecik terjerit jerit dan menendang nendang pintu tandas[berdepan dengan bilik aku!] dan pada jam 5.30 petang sampai laaa ke 8.00 atau 9.00 malam. nak tengok shin chan pon seksa beb... ada saja show depan tb tu... T_T

hari ahad pulak.. aku dapat text dari nini tedylicious cakap pegi kenduri zedi makanya aku bersiap siap dan siap. kol 11 pagi nak kua...cek line... ok kosong so aku pon kua dengan jayanya... dalam perjalanan jumpa nini, si wong ah ian text cakap nak ikut tapi around 1.00pm so aku teros roger nini.

semalam adalah hari durjana sungguh kerana sesat ke kenduri kawen zedi dan tiba tiba kami[aku dan nini] tak bertauliah join rombongan pengantin lelaki! ngeee.... hahahahhah!! da segan beb mau terjah terjah sembarangan. dalam hati da ada keraguan menyatakan yang kitaorang da salah kenduri sebab ngee... sume orang pandang aneh!

'trimas la banyak banyak' pada ian dan fhad kerana membuat aku dan nini tunggu selama 1jam 45minit la di kenduri kawen itu.. tapi dorang datang 15 minit je pastu belah! waaaa... memang bes!! [bikin waaa sangat berapi!]

akhir kata, gamba takde sebab kat henpon orang laen! hahah aku kan pakai henpon stok baling anjing. so takde la kamera kamera ni... lalalla

penamat post ini:

bye!!

Friday, June 11

Housemate ku... Housemate ku...

assalamualaikum!!

hari ini entry lambat siket sebab setelkan keje dulu... banyak banyak banyak... dan da setel!! suka suka suka... huhuhu... semalam petang.. aku dapat mesej dari akak serumah dengan aku... ayat dia : "Aki, akak nak bagitaw ni makcik, pakcik, sepupu akak nak datang KL malam ni sampai. dorang nak jalan jalan shopping raya dekat jln TAR. dorang balik ari AHAD.. he..he..he..."

aku punya reaksi..... WHAT THE F........ segera foward mesej tadi ke akak sebilik ngan aku merangkap ketua rumah sewa itu. bermula la serabut kepala dan pening pening kambing... yang kami bengang dan marah. dia angkot ahli kerabat dia kalu semua perempuan takpe. ini... 2hari lepas angkot mak dengan adik lelaki.. bujang plak tu.. kalu sekolah rendah ke menengah takpe... ni da baya aku je aku rasa...

ok aku da sakit kepala!

sekarang makcik pakcik pulak?? kalu da tua takpe... masalahnya muda la lagi!! anak berderet deret buat bising pagi pagi. aloohaii! mujor la aku duduk dalam bilik yang ada tandas dalam nya.. kalu bilik aku takde tandas.. aku kena la share dengan kerabat semua..

lagi sakit... akak sebilik dengan aku hari ni cuti plak kan.. padan muka ko kak!! aku da cakap gi keje ko sebok nak ngulor.. dengan orang ramai ramai dalam rumah... budak budak kecik dalam umor 5 ke 10tahun berlari ingat umah tu taman permainan... memang parak. 

sangat sangat kesian pada akak akak bilik sebelah. sorang terpaksa tido hostel dan sorang lagi... entah tdo mana aku pon tak taw. budak yang bawak kerabat tu duduk bilik paling kecik.. sedapla duduk sorang.. bila kerabat datang.. da menganggu bilik orang lain. dia ingat dia sorang bayar sewa rm1100?? aku pon bayar la wehh...
pengajarannya... esok pagi pagi aku mau cabot balik putrajaya!! nak gerak balik kerja arini sah sah jamm... cuak aku mau drive... haiii...aneh sungguh bila kita menjadi orang asing dalam rumah sendiri.


penamat post ini: 

rumah da cukup untuk duduk lima orang.. kalu setakat mak atau adik perempuan... boleh la... kalu da smpai anak cucu... tah apa la yang dia pk agaknye eak?

Thursday, June 10

HARI INI...

Assalamualaikum....


hello everybody dan selamat hari khamis. hari ini RMK 10 akan debentangkan di parlimen dan bajet bajet untuk malaysia pada tahun depan akan dikeluarkan. hehehe....[harap mendapat bonus berlipat ganda sebenarnya]

lepas tu, hari ini gak da tiga hari aku dok buat banner design untuk aktiviti swasta yang tak setel setel. mujor la changes tak banyak dari segi rekaan its just susun atur dan tatacara letak ayat je la kan kan... dan hari ini jugak la...[cakap psl RMK-1O ni] aku kena abiskan baca soalan soalan dari ahli ahli parlimen untuk detect ada tak berkaitan dengan opis aku. hu..... seboknye... keje sedia ada pon masih belom setel lagi. lepas tu lagi, hari ini jugak adalah hari ke 3 aku pose... mudah mudahan bertahan sampai magrib! amin... 





lepas cete pasal hari ini... cete esok plak!! hari yang paling ditunggu tunggu... empat tahun berlalu dan kini ia kembali berada di Afrika Selatan... auuwwwww!!!!

waka waka eiiyaa!![shakira nyanyi] berebot rebot jadual perlawanan dengan abang aku. huhuu... suka suka rembat flyer mcD yang sediakan jadual perlawanan untuk FIFA WORLD CUP! nasib ada laen. cesss!!! dan apa yang pasti.... tahun ini.. 2010... yang bakal menjadi juara adalah~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ENTAH!! AKU PON TAK TAW.... 
[korang rasa sape??]





penamat post ini: harap ada berita gumbira.. RMK-10

Wednesday, June 9

Chatting Kurang Hidayah!!

 ******************************************
aku.... [A]

C: psstt..i update entry baruuuu~~
A: uu.. 

C: setelah sekian lama
lama la sangat
aku kembali
ahaks!!!

A: bak meh link hang laa
ak mntk
ke x nk bg ak g
hahaha

C: amik kt profile
yg penting hang dengar lagu
lagu tu yg paling masyukkk

A: hahah
hg nk swo dgq lagu ka
ak pny speker rosak neyh

C: speaker rosak ka hang yg pekak?
aku konpius

A: hahaha
bangkai

C: dasar pekak dan bisu
aku xberkawan dgn orang cacat
shuuhhh shuhh
 
A: vavik
nyesal ahh komen awal2


 ******************************************

chat kurang hidayah ini baru berlangsung tadi.. bangkai tol si jebon ni... tak bahan aku tak sah!!
tapi beginilah geng geng BTF bergurau.. hurmmm... ok la.. adoisssa!!


erkk... gamba macam tak berkaitan...



Tuesday, June 8

Luahan Hati Yang Lama Dah Aku Simpan

ASSALAMUALAIKUM....


malas aku mahu intro ayat bunga bunga.. kang laen jadinya... base on tajuk la kan.... dan mengikut keadaan semasa sekarang... aku tak pasti sama ada blogger sedar atau tidak yang aku sudah semakin kurang blogging ke belog anda anda semua dan aku da kurang membuat entry yang aku sendiri boleh rasa puas... base on komen komen pada entry entry pon... alaahh makin cipot!! sebab salah aku... aku sedar.. aku tak konsisten dalam blogging dan aku da kurang blogwalking ke belog belog yang selalu support. las las semua blah. amat amat mendukacitakan...

namun.. itu lah hakikat. niat mau berkawan rapat dengan blogger blogger macam makin terkubur. aku rasa macam aku ni terlalu lembap dalam blogging tentang isu isu yang blogger blogger sering perkatakan masa kini. kenapa???

semua nya berpunca dari... persekitaran kerja aku yang sangat tidak PROFESIONAL. walaupon aku berada di unit korporat, tapi seriusnya ada orang yang sangat sangat tidak PROFESIONAL dalam menjalankan kerja. mengakibatkan aku banyak masalah dan mengganggu rutin harian kerja dan kehidupan aku. aku menganggap ini sebagai cabaran. sebagai dugaan ALLAH S.W.T kerana aku sedar jika aku terlalu merungut hingga aku lupa akan rezeki yang telah ALLAH bagi... nescaya aku akan menimpa musibah yang lebih hebat. aku bersyukur... aku redha.... tapi dalam masa yang sama... aku sedar... ramai yang tak nak tengok aku menjadi seorang yang berjaya... [atau ini adalah dugaan untuk aku mecapai kejayaan??]

marah, bengang, sedih dan kadang kadang hairan kenapa manusia sesama sendiri mahu menghancurkan manusia... andai dia adalah bangsa laen, mungkin alasan mahu menaikkan martabat bangsa dia... tapi yang seISLAM, seBANGSA, sama wana kulit... sama bahasa pertuturan.... [namun sombong dan enteng dengan melayu... mahu bertutur dalam bahasa penjajah...tapi tengok tengok takde la hebat mana pon] masih mahu menjatuhkan maruah orang laen. NAUZUBILLAH. 

jika kamu... kamu dan kamu merasakan aku terlalu muda untuk mengecapi kejayaan dalam kerjaya... kamu silap. kerjayaan bukan dikira dari umor dan fizikal namun dari akal dan minda yang ALLAH telah berikan. aku taw.... dalam organisasi ini.. aku yang paling muda... aku yang paling cetek pengalaman[mungkin] namun, jauh aku mencari pengalaman hidup untuk aku teros terosan bertahan dan bersabar macam hari ini." YA ALLAH, KAU kuatkan la IMAN hambaMU yang lemah ini....."

dan aku harap... andai rezeki di luar sana lebih baik dan selamat untuk aku... tanpa ragu ragu aku akan pergi. namun andai ini adalah rezeki yang terbaek ALLAH beri pada aku... aku BERSYUKUR dan akan sentiasa berdoa dan bertawakal agar ALLAH tabahkan hati dan permudahkan segala kerjaan aku. kerana... kerja itu adalah satu IBADAT kepada ALLAH....


WASSALAM~


penamat post ini:


adakah aku yang sebenarnya salah langkah??
atau hanya keadaan belum mengizinkan...

Friday, June 4

Aku Tinggalkan Korang....

dengan SATU = 1 = ONE persoalan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kenapa MANUSIA yang mahu "menghancurkan" MANUSIA???



penamat post ini:

habis sudah muhasabah...
habis sudah mentelaah...
habis sudah mengejar dunia...
tapi...
cukupkah bekalan amalan untuk akhirat kelak?
WALLAHUA'LAM

Thursday, June 3

Blogger Jedi... siapa kenal??

Assalamualaikum....
salam sejahtera....
salam satu gabungan umat ISLAM!

Mood masih segar untuk menentang kekejaman kafir laknat israel masih berkobar kobar dalam diri blogger blogger picisan! tahniah!!


" Semalam petang...[dari pagi sebenarye...] si blogger Jedi [aku panggil dia zedi] duk miskol miskol aku... mesej mesej aku...tanya aku kat mana...aku balik bila...rehat gi mana...
[okey yang rehat tu tipu.. kang mengamuk bakal bini]

opsss!! bakal bini??? ngee2~ ye... petang dalam kol 5.3o tu dia da tercongok depan pintu pagar opis... tanya aku da kua belom... aku kua kua je.. dia datang sambil menghulurkan kad jemputan kahwinnya... adoii!![syahduu2]

da nak kawen beno si blogger zedi haa... patot laa belog ko bersawang sawang! kenduri belah perempuan 13haribulan depan.. uisshhh seminggu je lagi! 
SELAMAT PENGANTIN BARU ZEDI OII!! "


[gamba ni ad dalam kad kawen si zedi tu... seyes tak tipu!!]


jadi... sapa sapa mau gi?? angkat tangan sekarang!![dekat je...kat jalan lembah pantai umahnye...] so sapa nak gi... sila amik aku.. hahahaa....kita gi as team blogger picisan. kad jemputan aku takley nak tunjuk [sebab hp takde kamera kan... T_T]

jadi... sila set tyme dengan mengomen atau mengFB atau mengSMS aki okey!! chow!


penamat post ini: Assalamualaikum...[ala ala saiful buhari pembaca berita tb3]

Wednesday, June 2

KAMI BLOGGER PISICAN MENENTANG ISRAEL LAKNATULLAH!

ASSALAMUALAIKUM!
DENGAN NAMA ALLAH 
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

aku sebagai blogger pisican kini telah menyahut seruan Parit Pernandez dan Alvin Tong dan semua semua lah blogger blogger picisan yang dah pon buat perubahan dalam belog mereka... kini aku turut sama sama menyokong tindakan blogger blogger picisan untuk menyebarkan keburukan kafir LAKNATULLAH ni!

"berita buletin utama malam tadi menyatakan ada tiga kapal yang lepas dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza. kapal laut Rochel Corrie yang membawa 17 anak kapal termasuk wartahwan tv3 masih dalam keadaan baik dan sekiranya berlaku perkara perkara tidak di ingini, ketua misi akan berpatah balik untuk menjamin keselamatan anak anak kapal Rachel Corrie. " terkini berita dalam berita harian








 
pilih gambar mana satu terbaik untuk blog anda (klik gambar utk saiz sebenar)
sila letakkan gambar itu di SIDE BAR anda!!
LETAK GAMBAR ITU DI WIDGET PALING ATAS SEKALI!!!

SILA BUAT ENTRI TENTANG LOGO INI DI BLOG ANDA!!!
DAN GALAKKAN MEREKA MEMBUAT ENTRI LOGO INI JUGA!!!
supaya rakan - rakan blogger kita yang lain tahu akan
kesungguhan blogger picisan seperti kita ini!!!



apa guna follower berjuta juta 
kalau xboley tolong setel kempen picisan ni??


penamat post ini: 

ALLAH maha MENDENGAR,
ALLAH maha MENGETAHUI APA YANG TERJADI,
dengan ucapan KUNFAYAKUN...
maka JADILAH...