Friday, January 29

Rahsia Dalam Pergerakan Solat



menarik! aku tidak pernah lagi tahu dengan mendalam tentang hal ini tapi mak aku pernah cerita ada temuramah di MHI tentang pergerakan solat serta kebaikannya. aku tak dapat tengok sebab tak dapat diingat. rasanya dalam berita tv9 pun ada tentang hal ini. tapi sekali lagi aku terlepas. mari kita lihat fari segi saintifik yang telah dikaji oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol. Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan. Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

“Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah,” katanya. Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak. Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar. “Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja,” katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat. Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang. “Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman ’selamat pagi’ yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki,” katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang. Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang. Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki. Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.


[sumber: kajian dan gambar dari google]

penamat post ini: solat salah satu senaman ringan untuk sihat sejahtera! bagi lelaki.. amalkan la solat sunat selalu.. nescaya tak mati pucuk...

26 comments:

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

yeay~

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

aku 1st~

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

bullet, frodo~
lembap

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

solat tiang agama~

solatla kamu sblom aki solatkan kamo~~~

BULLET said...

ko ni ayu...aki bagi info...ko sebok nak main nombor...ko nak first kan...g jadi imam sane...

¶A.K.I¶ said...

ayu!~

ahhaha.. awl ko smpai...

¶A.K.I¶ said...

bullet!~

stuju2!! ayu jadi imam!!

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

kang tonggang langgang jadiknyer~
baca doa makan pon kekadang terbaca doa tido~
wakakaka~

jane said...

pernah baca before ni aki comey weih
hahaha

yup..ni senaman paling baik utk kesihatan

;)

plus leh wat kite awet muda tau
heeeeee

Koyuki said...

kehkehkeh
pesanan tu tak tahan
untuk frodo, solat lah selalu..nescaya tak mati pucuk..

~0~ said...

thanks aki...

Moon Death Spell said...

pengetahuan yang amat berguna

Liyana said...

saya pun pernah tengok kat MHI, memang interesting

Si budak Aboi said...

tenk aki for those info!

¶A.K.I¶ said...

ayu!~

wakakaka~
ko sume bce tonggang langgang ayu! hahahah

¶A.K.I¶ said...

jane!~

awet muda?
info br! menarik2~~

¶A.K.I¶ said...

yuki!~

ko pephm aje la beb! aahaha

¶A.K.I¶ said...

~0~

sme2 en zedi!

¶A.K.I¶ said...

cik bulan!~

iyah....

¶A.K.I¶ said...

liyana!~

sbb taw ad kat MHI tp x smpat nk tgk... rugi!

¶A.K.I¶ said...

aboi!~

sme2 bro! =D

Ah Fatt said...

jom solat :)

hisham said...

salam...so??ape lagi...mari bersolat..sesungguhnye solat itu adelah perkara yg paling ringan...hehe

¶A.K.I¶ said...

apatt!~

jom!! hehhe

¶A.K.I¶ said...

bro sham!

eceh3!! ringan tros tulang nak bersolat kn3!! hahaha

░♥si lampu neon♥░ said...

memang bagus la..sebab tu kalau solat..kene lentur betul2.. heheh