cuti 3 hari bermula pada jumaat, takde apa buat sangat. aku dan adik beradik laen melayan mak yang datang ke KL ni. pastu ari sabtu aku ada interview pada jam 3petang di menara TA1 sebelah KLCC. jam 1petang aku bergerak ke ktm serdang, akak aku anta la. da beli tiket aku tengok komuter sampai kol 2petang.
sedang duduk duduk, sms kawan aku yang dalam pejalanan ke KL Central, sms rescue ranger pastu handphone aku letak dalam sua slack belah kanan. kemeja aku boleh dikatakan labuh laa so cam pas pas je ngan ujung tali handphone yang aku kuakan. tengok orang yang menunggu nak ke kL makin ramai ramai ramai ramai!!!
da nak tyme, ak bangun, handphone aku pasan dalam kocek lagi ngan tali terkeluar la kan.. aku berdiri depan skali dan bila komuter bukak je pintu aku teros masuk. orang yang nak kua tak kua lagi. aku da masuk. dan bila aku da masuk ke tengah, aku pegang kocek seluar slack aku.. EMPTY!
aku nak kua balik dari komuter, da tak boleh sebab da pack ngan manusia lagi lagi depan pintu yang seboleh boleh nak masuk gak. DEM! dalam perjalanan rupanya member aku da msj.. da kol memula dia kata handphone tu dibiarkan aje, pastu dia cakap orang tu rejek bila member aku kol balik.
hurmmm.... da laa sekarang ni masa masa penting adalah handphone. adoiii... mak aku pernah tegur cakap tali handphone tu masukan teros dalam beg jangan kelua kelua kan. tyme tu dia ikot gi menara integriti. tak sampai seminggu dia tegur.. ilang da~ sayang sangat sebab aku da menggunakan memory kad aku sesungguhnya. haissh! baru apdate lagu lagu baru dan bes~
mak aku lak.. dia lebey sayangkan gamba gamba cucu cucu dia yang aku snap pakai kamera handphone 2.. iskkk~ tak patot....
[tinggal kenangan.. setahun lebey guna... haisshh!!]
penamat post ini: 1st tyme ni ilang hp. huh.... apa nak dikata~