salam....
semalam petang sangat teruja uja mahu tahu cerita apa yang menggantikan Chinta yang ending erk~ what eva tu. tajuk tak tahu pelakon yang aku tahu kamal adli dengan intan ladyana ada. [tu pon sebab amira hulwani akak kepada si kamal adli yang bagitau kat opis..wawawaa]
dengan perasan teruja dan membuak buak! ahakkss aku pon layan. masih banyak pelakon yang familiar macam aida rahim, cat farish... tapi shaharuddin tamby lama tak nampak belakon ada juga sebagai ayah kepada kamal adli. ok la at least ada gak muka lain. review cerita tak diketahui sehinggalah aku baca berita harian tadi. hahaha....
"Intan bercinta dengan Kamal Adli
SAAT ini, pelakon cantik Intan Ladyana sibuk di lokasi Seribu Kali Cinta, drama 24 episod yang menemui penonton TV3 mulai 8 November di slot Akasia. Selain dirinya, turut menguatkan drama cinta itu ialah jejaka yang hangat digosipkan dengannya, Kamal Adli. Pelakon lain ialah Marsha Milan Londoh, Noorkhiriah dan Cat Farish.
Menurut Intan, drama terbabit cukup menarik apabila ia mengisahkan seorang pemuda yang setiap hari perlu memenangi hati wanita pujaannya, yang menghidap amnesia.
"Ceritanya lebih kurang sama dengan filem lakonan Drew Barrymore dan Adam Sandler, 51 First Dates. Jadi, saya ada juga menonton filem itu untuk mempelajari karakter yang perlu saya bawa," kata Intan.
Ditanya mengenai gandingan dengan Kamal, Intan mengaku serasi bekerja dengan pelakon muda itu. Apatah lagi ia bukanlah gandingan pertama mereka di depan kamera. Sebelum ini, mereka beraksi bersama dalam siri Bio-Nik. Manakala pada awal tahun depan, filem yang menggandingkan mereka berdua, Kembar Siang, akan menemui penonton di pawagam.
"Kembar Siang menjalani penggambaran sekitar Jun lalu. Filem komedi cinta ini diarahkan Prof Dr Hatta Azad Khan. Secara ringkas, filem ini mengisahkan gadis kembar seiras yang jatuh cinta kepada lelaki yang juga kembar seiras. Jadi, peminat boleh bayangkan bagaimana kelakarnya apabila kekeliruan timbul antara mereka nanti," katanya.
Intan juga mendedahkan betapa dia seronok mengikuti penggambaran filem terbabit.
"Ia dijayakan pasukan produksi serta barisan pelakon yang cukup ‘sporting’. Antara pelakon pembantunya ialah Sathiya, Hamid Gurkha, Mat Over dan Syanie. Mereka semuanya cukup baik dan profesional, yang saya anggap seperti keluarga sendiri. Walaupun sudah lama dalam bidang seni, mereka sedia berkongsi ilmu dengan saya yang masih baru ini," katanya."
-berita harian, 16 nov,2010
ermm aku rasa penulis laporan akhbar ni salah tarikh. sebab semalam 15 november 2010 baru setat episod pertama. huhu.. takpe la... manusia biasa sentiasa ada kesilapan.. so nak tengok sambungan hari ini! masih dalam mood teruja....
p/s: saya takde cuti raya haji. semua adik beradik ke rumah mentua, oleh kerana saya takde mentua lagi maka saya sorang sorang esok di KL ini... layan tv je la satu hari... hihi.. doakan mak saya selamat menunaikan ibadat hajinya ya. malam tadi dia kol waktu malaysia 1.38pagi... mujor terjaga. sudah berada di padang Arafah. Syukur. semoga semua berjalan lancar.
p/sI: banyak entry nak publish tapi satu satu lah. sebab kekangan masa... ok bye! saya blogwalk selow2...