Thursday, November 4

Cinta, Sebab Dan Rasionalnya

salam dan selamat sejahtera,




Cinta... semua yang bernama manusia pernah merasakan apa itu sebenarnya Cinta. dari kecil lagi kita telah jatuh cinta. pada keluarga, saudara, rakan dan orang yang selamanya menjadi pendamping hidup di dalam dunia ini. bagi yang sudah berkahwin... perasaan Cinta itu akan berulang-ulang kembali bukan.


Cinta dari diri sendiri ---> ibu bapa ---> adik beradik ---> saudara mara ---> rakan rakan ---> teman seumur hidup ---> anak - anak ---> menantu --->cucu cicit ---> Illahi. [berbalik kembali kepada Yang Satu]


begitu kitaran hidup sebenarnya. ah, kita lupa kenapa / sebab / mengapa kita bercinta. apa rasionalnya. pada aku, aku belum dapat sebab sebabnya. dan aku rasa, aku tak memerlukan sebabnya.


*********************************

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


Suami : Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Isi surat itu adalah :

"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu... 
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu... 
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... 
sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... 
sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. 
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. 
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! 
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. 
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. 
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


*********************************




p/s: 
do we need causes for love and care?
do we need causes to do something goods?
do we need causes to make people happy?
answer is right on your hands.





27 comments:

syufaa said...

we need all of it :)

¶A.K.I¶ said...

absolutely darling~ ^_^

Hazzy Ishak said...

aku tak baca entri ko pun. tapi nak comment gak.

masih wujud masalah semalam sampai ke hari ni. aku tak pasti apa yang buat dia tak puas hati dengan aku.

Anonymous said...

apa aku nk komen ni ek hmmmm

lalink7 said...

red ~ blur je ko..haha

aki ~ hmmmm..btol2 tue..xperlu nak ungkapkan sayang selalu sebab cinta dan sayang terlalu subjektif utk difahami..

Anonymous said...

husz..mmg la
aku ngantuk ni...xdpt tido mlm tdi
sbb pocong tu kot...so, sbg komen, aku setuju jelah ngan komen ko tu hohoh

MOFASAD said...

ko copy dekat mana nie?
hehehe

Anonymous said...

ko dapat idea lepas baca entry aku kan?miahahahaha

Fazleyatul Aini said...

touching plak
aku ni minah jiwa2 huhuhuhu

Anonymous said...

i love u for no reason, why cant u love me back aki?

aku Zaty said...

I love you,Aki~
hahah.. :)

Unknown said...

bila aki berbicara ttng cinta..miahaha...

¶A.K.I¶ said...

fess of all ak gelak2 bce komen korang bg~ ok skrg komen satu satu~~ hahahahah

¶A.K.I¶ said...

hazzy!~

ak da ckp ngn ko...
stalker tu beb!
ko ad aku pon ad!
haishhh...
misi tu mula kan srkg.....

¶A.K.I¶ said...

REd!~

heh bca ke x ni???

¶A.K.I¶ said...

sis husz!~

kan kan....
jgn lyn si blur redza 2~
huhuu

cinta pada yang esa
kasih pada manusia
hargai alam sekitar
sayang pada binatang....
kan kan....

¶A.K.I¶ said...

paret!~

demmm....
emel beb!
hahahahha

¶A.K.I¶ said...

tim!~

pesal lak tetbe beb??
egt ak nk lyn n3 jiwa ko...
hahahha
sket2 laa... ak ngaku <--- pengakuan x ikhlas

¶A.K.I¶ said...

lya!~

beb ak paham..
xpe2~ ahahahah

¶A.K.I¶ said...

macy!~

erkk dea...
i love u more la!
hw dare u say im not lovin u??
ces! ahhah

¶A.K.I¶ said...

zaty!~

hahahah...
i love SPM more than u!
bley??

¶A.K.I¶ said...

chah!~

warghhh!!
ayt ko mmg xley blah!
hahahha

Unknown said...

Aki viva komtot jiwang...
Aki viva kontot syahdu...

Aujinz said...

Aki Bun :


Hohoho... Oh.. macam nie..

Blog Eazy Izzuddin said...

ku cinta semua...
;)

sab said...

love is cinta.

:)

Lovely Bella said...

huhuh.. sedey plak bace kesah nih.. tp biase laa pmpuan suke dengan ape yang die dengar laki pada apa yang die lihat.. erk.. ade kene mengena tak aki.. adehh pening..!!