Friday, April 30

Gerimis je! tapi...

sesak tak hengat dunia... hampess betul rasa diri ini... da laa aku ni gagau membawak kete.. pastu sesak sesesaknya padahal da terpacak bangunan opis depan mata. nak sampai kena tggu 20 minit!! haremmm.... nasib la baik aku ari ni kua dari bandar baru sentul tu kol 7.50 pagi. kalu aku kua 8.05pagi... mau ak thumbprint merah!! da laa last day of april. 


uiisshhh... cabaran betul bawak kete manual pastu jem macam tu.. gagau sungguh!! tak pernah pernah  2bulan keje tempat baru ni sesak kat flyover atas.. kalu kat bulatan kuching tu memang da sah sah hari hari sesak. setiap masa dan ketika. cuak nak lalu roundabout punya pasal... lalu atas je.. tapi ari ini seyes dalam sejarah!! lenguh kaki!!!


kepada encik civic dan estima hehehe... takmo marah marah ye saya pancung muncung anda... ngee... kak city depan aku tadi... ptot boley je cucuk viva depan dia sikit.. so takde laa aku tersekat nak pancong 3 line. ngee~


takpe takpe... sume setel.. takde calar balar... tapi kaki tangan aku gegel ketakutan!! pengalaman fess!! cobaan!!

kalu kat highway jalan mendatar okay laa gak... ni dengan berbukitnya... dengan banyak lorong lorong gelapnya... alaahaii jalanraya!!



penamat post ini: nga urut urut kaki kiri... =D

Thursday, April 29

Faedah Mandi... Bahagian 2 (mandi songsang)

salam untuk semua... heheh... sambungan dari entry FAEDAH MANDI [1]. kita da taw da kan ape faedah faedah mandi manda ni... kalu air sejuk sesuai untuk apa.. air panas untuk macam mana punya keadaan dan macam macam la kan... ari ini nak cerita pasal cara mandi plak... heheheh

Bagaimanakah cara kita mandi setiap hari? Kita basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau kita jirus dari bahagian tengah (badan) dulu? apa cara sebaiknya untuk mandi? korang jangan ingat main simbah air je janji mandi... tapi ada kaedah kaedahnya untuk kebaikan diri kita...



 
MANDI SONGSANG
Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. 


Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.


Cara yang bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.


beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.
1.        Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2.        
Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi 
         bertambah baik untuk berfungsi.
3.        
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya 
         menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang 
         maksimum.
4.        
Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5.        
Melancarkan perjalanan darah.
6.        
Menjadikan pengamal semakin pintar.
7.        
Meninggikan daya ingatan.
8.        
Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9.        
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10.     
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11.     
Memiliki daya ketahanan mental.
12.     
Menambahkan semangat berani.
13.     
Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.


kalu kita mandi air terjun atau laut pon... kita masukkan kaki dahulu kedalam air kan kan... pastu baru la perlahan lahan badan kita rendam dan akhirnya sampai kepala... dan ceramah motivasi pagi di tv3 dulu pon ada menyatakan hal mandi songsang ini. baek untuk pelajar pelajar yang mau menghadapi peperiksaan agar perjalanan darah lancar dan sekali gus memberikan minda yang cergas untuk menjawab peperiksaan. jadi... selamat mencuba mandi songsang!!



penamat post ini: ini bukan cerita songsang!

Tuesday, April 27

Faedah Mandi... Bahagian 1

hye there! as salam dan salam 1 malaysia untuk.... semua aahh... senang siket.. heppi besday tok meke meke yang sambut ari ini.. semoga dipermudahkan la ye segalanya....

Ari ini ari untuk bercerita pasal mandi! hehehe... [sila baca tajuk entry ala ala upin dan ipin!!] untuk kali ini aku akan dedahkan rahsia dan kebagusan bermandi ini... mandi manda ok...mari sama sama kongsi kebaikan ini terutama anda yang lelaki la...[betul ke lelaki tak suka mandi??] erkkk888...


Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya;

Mengeluarkan racun
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Stress
Jika anda mengalami stress, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. 

Jangkitan kulit
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


campo kan benda ni!!

Selesema dan sakit kepala
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

jugak boleh menghilangkan ketuat!! boleh tak??



Insomnia
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit..




penamat post ini: pic credit to google.. jom mandi beb!!

Monday, April 26

jika MR. BEAN....

olla!! as salam dan salam 1 malaysia untuk semua... heheh... ari ini ari senin yang sungguh bluess! pagi tadi kua lewat pon jem terok.. kua awal lagi la sesak kalu area umah aku tu.. haisshh.. lenguh kaki bermain gear dan cluth.. okey stop mumbling pasal jem sebab kalu cete memang takkan abes... ari senin yang slow slow blurr ni apa kata kita tatap gamba gamba di bawah.. hehehe... jom usha!!

|

|

|

|

|

|

|

V

jika MR. BEAN menjadi...

 [AVATAR]









 atau [LADY GAGAP!]













erkk!! [HARRY POTTER?]
hancuss filem kalu dia jadi!












lara croft! [ermm.. BEAN RIDER ka??]













mr BEAN jadi bella swan!! TIDAKKKK!!!










 mr. bean adalah wanita.....
[begini kaa??]




penamat post ini: anda tentukan! hahahah...

Friday, April 23

Semalam Aku Bermimpi..

salam dari tuan umah kekecik...




 
malam tadi aku mimpi.... tragikkk..ye aku rasa tragik sangat sangat sampai aku rasa aku sesak nafas bangun pagi. 


tapi kan... aku da tak ingat aku mimpi apa sebenarnya.... yang pasti mimpi tu kesan dari dua entry sebelum ini... 


KESAN MINUMAN BERAIS dan entry TOLONG. 


semalam aku terlalu letih dan penat dan malamnya aku tak mengamalkan minuman suam.... bantai makan McD double chicken mcDeluxe kann... pastu pedas... aku bantai air sejuk ais.... kesannya sampai ari ini. perotku!! [sila jangan contohi saya]



p/s: sayangi diri anda.... uhhh! aku perlu ke tandas lagi.... T_T

Thursday, April 22

Tolong...

pleazzz... mintak tolong...... 
















jangan laa kucar kacirkan hidup aku....




















PENAT.... seyes aku letih penat dan badan aku.. tolong bertahan.. 
antibodi.. anda perlu kuat!!!
























hurmmmm......

Wednesday, April 21

Kesan Minuman Berais...

errmm.. testing.. test.. tess... one two onw two four!! ya... ok da ok da blog ini... hehhe... hye there!! aku demam siket ni.. al maklum kesan semalam keje memang tak hengat punya kan kan... okayhh.... 



iklim negara Malaysia yang kering dan lembap sepanjang tahun menyebabkan MAJORITI dari kita kita ini gemar sesangat minum air berAIS... kan kan... tipu kalo korang cakap TIDAK... tipu tipu... sebab perkara normal kalu di kedai kedai makan.. lagi lagi tengah hari tegak terik.. orang order air berais.. kadang kadang mintak ais lebih lagi. 

dalam facebook pon da wujud fan page atau group [aku tak sure] yang khas untuk "peminat memakan ais selepas air habis..." heheh... group macam tu pon ada.. dan ramai yang follow... lumrah la kan sebab negara kita hampir dengan garisan khatulistiwa.


berbeza di negara China atau Jepun... rakyat di sana gemar meminum air teh panas selepas makan... sebab ye laa teh yang bagus memberi banyak manfaat dan negara negara ini memang terkenal dengan teh yang bagus dan mahal mahal.

"Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walau bagaimana pun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. "

"Kita patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada. Ia mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur."
 
thats the facts actually. aku sendiri dapat rasa perbezaan lepas makan minum air berais.. perut kita akan rasa sendat! rasa penoh sangat sangat. berbanding aku minum air panas atau suam.. peloh kua dengan banyak [sebab kadar pembakaran lemak selepas makan] dan tak rasa sebu perut.  



seelok eloknya lepas makan minum air masak atau mineral. plain water adalah yang terbaik. kita tak biasa makan tengahari minum air panas atau suam.. jadi pilih untuk minum air masak atau mineral berbanding air yang mempunyai ais. ais bukan penyebab perut boncit sahaja... malah banyak kesan kesan buruk lain seperti sakit kepala dan tekak.     


penamat post ini: hurmm... nak cantik nak hensem... kena kurangkan ais.. hehe

Tuesday, April 20

CEPAT CEPAT HAPDATE!!

taip ngan keadaan sangat laju sementara ada... waaa makin rindu sama geng geng blog.. seyes aku rindu. tapi dem semalam ngan hari ni terlalu sebok sebok... senin semalam takde laa sebok mana. tapi kang klu aku dok tekan tekan kibod ni lelaju... ada aje kang yang detect! aneh sebab aku sorang je dalam bilik keje tapi masih ada yang detect.. waaa... APEKAHH??? 

pastu ari selasa yang hening lagi damai ini aku adalah makhluk halus yang duk merayap hampir ke seluruhan opis. jap jap... opis ni ada 14 tingkat... yang tak jejak tingkat 10 sampai 14 je. al maklum la... itu bilik hotel kang aku nak masuk gak.. sia sia jadinya... sah pasni makin mengecot la aku... alahaaiii sila makan dengan banyak ye aki!!








penamat post ini: letihnya rasa ari ni... mama sila urut badan saya!!! T_T

Friday, April 16

World Most Beautiful Garages!!!

fine la kan.. taw la da gabak kaya kan kan... masalahnye setakat garaj kete je pon.. tak yahh laa kan ko nak buat bes... bes... kete ko aku pinjam boleh?? [hihi...]

okeyh okeyh... malas lagi nak taip lebey lebey.... meh laa usha gamba gamba ni... ni aku amek secara rawak aje taw!! nak lg bes.. cari sendiri... sebab aku da tak sanggup nak tengok. nak dapatkan je sekarang ni! kalu aku dapat la buat kan kan.... hahaha


[klik untuk tumbesaran jelas lagi NYATA!]

























tiga pictures last ni kan... gaya ala ala dalam BOYS OVER FLOWER pon ada gak aku tengok! haissshh....

penamat post ini: spe sudi sponsor ferrari tok aku??

Tuesday, April 13

Tips Bertemu Bakal Mertua

uwaaahhh ko! tajuk entry aku kan.. cam pelik pelik kambeng kan kan? hahaha.... okeyhh okeyhh.. hari selasa yang macam mulia segar bugar ni... aku nak bercerita... tentang menghadap bakal mertua!! aku cakap mertua ea.. maksudnya mestilah merangkumi semua... ibu mertua dan bapak mertua...
[okahh... aku membayangkan ibu mertua dalam cete P.ramlee tu sekarang ni]
[ingin merujuk internet untuk mendapatkan tips... tapi baca baca.. biar ak bagi tips aku sendiri!]

situasi 1
Anda tiba tiba di bawak tanpa persediaan langsung untuk bertemu bakal mertua.. apa yang anda lakukan....

penyelesaian!~
Haa.. selalunya kekasih hati mesti bagi tawu awal awal kan.. so tak kisah laki ke pempuan ke mesti da siap da prepare baju macam yang mana satu... sedia itu.. sediakan ini... [ala2 macam hipo sket pon ad laa] yang tu depends... tapi klu da taw.. yang tup tup bagi taw 5minit yang lalu? apa nak buat?? senang aje... 

1st! think positif. menjadi diri sendiri itu yang terbaik. bagi yang perempuan... slalu bermasalah la sket tentang etika pakaian kan kan kan?? ambil sedikit masa cek pakaian anda masing masing, pakai pakaian proper mesti penting. yang terbaik baju kurung dan bertudung la kalu yang nak pakai tudung, pakaian berseluar takde masalah pada aku.. tapi selalunya orang orang berumur ni mereka kan makan garam dari kita.. 

kita berpakaian sopan untuk memberikan pandangan pertama [first impression] yang baik. bila tanggapan pertama baik.. insyaAllah semua baik.


situasi 2
Di bawa bukan pada hari hari tertentu! bukan hari lahir, hari raya, hari segala hari pon bukan jugak!

penyelesaiannya!~
Haaa... kalu lelaki ni kadang kadang mereka bincang dengan pasangan masing masing kan sebelum jumpa. contoh kalu hari lahir.. "u bawak la hadiah.. i nak bawak u jumpa mak ayah i ni..." ok dalam situasi itu... persediaan da dilakukan.. ada buah tangan untuk ambil hati bakal mertua. yang tak tau menau??

baik lelaki atau perempuan... buah tangan ke hadiah ke tidak berapa penting. itu hanya untuk mencover diri je.. kira macam ada laa benda nak cakap bila 1st time jumpa kan... kalu takde.. tanya benda benda biasa... apa khabar... macam mana hari ni... apa apa laa... isu yang ringan ringan untuk cover gabra dan mulakan suasana reda dan tenang. pasangan anda pasti membantu.. takkan tinggal terus masuk bilik bia ko sorang sorang mengadap mak ayah dia kan kan kan... 

situasi 3
Di minta memasak dan buat itu ini

penyelesaiannya!~
sebagai lelaki atau wanita[perempuan] kita seharusnya ringan ringan tulang untuk membantu. kalu yang lelaki tu.. ikut pakcik tengok kawasan sekitar rumah... bincang hal hal lelaki... kebun ke.. kereta ke... apa apa laa.. mesti da dapat klu dari kekasih kan... 

yang perempuan pulak.. tau tak tau mesti ikut masuk dapur. sekadar memerhati dan berbual bual sambil tangan tu rajin rajin laa buat apa apa yang patot. bertanya jika ada apa apa perlu dibantu. kalu dapat yang baik hati kata "takpe, awak duduk je.. makcik buat semua" haa! jangan terperangkap! itu yang bahaya... anda sebagai perempuan jika benar benar seyes nak kekasih anda sebagai pasangan hidup... perlu terus membantu... tanpa disuruh adalah lebih baik... sebab, itu adalah ujian dari bakal mertua anda untuk melihat anda jenis perempuan yang bagaimana... yang tak taw memasak pon.. buat air takkan tak pandai kan... tak tau memasak nak cover jangan cakap tak pandai.. terus jatuh saham.. tapi cakap "erm.. lepas ni saya nak belajar masak laa dengan makcik.. makcik masak sedap sangat..boleh dapat tips memasak dengan baek" haaa... begitu ye!!


pengakhiran!~
tips tips ini sekadar pandangan peribadi... [bukan pengalaman hihi] dan jangan ringan tulang sebelum kawen aje.. da konfrem dapat pasangan, balik umah mertua terus masuk bilik, tak pon melepak depan tv... jangan pulak awal awal jumpa aje rajin.. lepas tu.. tunjuk taring! aisshh tak selamat laa macam tu... huhu



penamat post ini: amacam ok x tips aku??

Monday, April 12

MOOD... [1]


RINDU GILA GILA SAMA BLOG... 









BANYAK NAK CETE... TAPI... 











































NANTI!

Thursday, April 8

apakah ini benar tentang APRIL FOOL??

ello buddies!! ok~ banyak banyak sangat aku nak cete... ye ye aku da konvo da... so aku da abis blaja sessi diploma.. alaahaii nap!! baru diploma ke?? orang laen da degree da wehh.. ye ye aku taw... aku baru dapat dip tapi insyaAllah... doa doakan aku dapat sambung belajar dalam masa yang sama duet tiap tiap bulan masuk... hihi..

cete konvo ke? opkoz not laa... coz tengok tajuk da taw laa wehh... takde cete konvo.. takde gambar konvo... yang ada... info dibawah untuk renungan kita kita sebagai umat ISLAM khasnya.. ok~ jom usha!





___________________________________________________

"1 april 1468, 5.6 juta umat islam telah disembelih di Sepanyol (selepas787 tahun sepanyol diperintah oleh kerajaan Islam). akhirnya mereka diusir dari bumi Sepanyol dan diarahkan berkumpul di tepi pantai konon2nya untuk dihantar pulang ke Afrika (ketika itu negara islam)tetapi akhirnya semuanya dibunuh dan disembelih..sebab itu la dipanggil April fool...."

___________________________________________________







penamat post ini: well, its tyme to think... i neva say its true... neva say its fake... but we have to sit back, think and discuss about it okay... a deep research is important~

Wednesday, April 7

aiissh! [tag ini]

 tag! kne ugut ngn hazzy! hampes ko budak!!

1. Adakah Anda Rasa Anda Hot...???
uhh... aku adalah ice!! hee

2. Upload wallpaper PC/Laptop yang anda guna sekarang...???



3. Cerita Pasal Gambar Ini...???
ermm.. ahh... uuu....

4. Kali Terakhir Makan Pizza...???
last month. kat domino's mid valley ngan nini and peja!

5. Lagu Terakhir Anda Dengar...???
syurga lebih menyayangi mu... by BLiZ
6. Apa Yang Anda Buat Selain Menyelesaikan Tag Ini...???
pegang pen setelkan fail2 kejerrr....

7. Selain Nama Sendiri, Anda Dipanggil Nama Apa...???
AKI! aki... aki dan aki lagi!!

8. Tag Lagi 5 Orang Siapa Yer Nak Tag Nie...???
spe2 aje laa


9. Siapa Orang No.1 Pada Anda...???
si sengal yg semakin sengal sejak2 nak jadik bapak!!

10. Katakan Sesuatu Pada Orang No.5..
takde spe jadi spe nk buat! buat2!!
11. No.3 Ada Hubungan Dengan Sape...???
dia baru single! spe nak msk.. sila2~
 
12. Bagaimana Pulak Dengan No.2...???
semakin gemok2! hahah

13. Kata² Cinta Dengan Orang No.4...???
yarkss!! xnak aaahh aku!

14. Berikan 5 Yang Anda Tau Tentang Orang Yang Tag Anda....

hazzy ishak is ex roomate dari poli... clumsy and yet... so strong! hahaha
means so strong? she tough from inner side... =D

lagi, erm... 2 je la.. xnk komen lebey2~ yg pasti blog hazzy~ semakin isu kewanitaan! 
banzai!!






PENAMAT POST INI: setel!

Thursday, April 1

KENAPA KAPAL TERAPUNG DALAM LAUT??

haha!! salam semua.. hai hai dari aki tuan tanah blog ini... lama aki tak mendiskuskan satu satu tajuk atau entry berkaitan pemikiran atau pengetahuan am kan kan??? 

tajuk diatas dikeluarkan petang semalam. dan aku yang bertanyakan soalan itu... kepada bukan sebarang orang ok! pada orang yang suppose to know well pasal benda ni... ye laa.. da 24jam duk dalam kapal.. takkan tak taw? dan bila ak tanya, encik rescue ranger tak mampu menjawabnye!! APEKAHH???

hampir semua krew krew kapal yang dia tanya tak memberikan jawapan yang spesifik...[pada aku la.. maybe sebab ia perlu ditunjukkan] tapi memang aneh la... da keje kapal 10tahun.. bila aku tanya KENAPA je... habis... macam macam jawapan ada. hohoho... jadi... jom kita gugelkan diri mencarinya....

 [aku gugel bahasa melayu... tapi dapatnya dari indonesia... 
weird to understands... so gugel in english more better kot~]

FLOATING PRINCIPALS

"hasil dari peninjaun, kapal yang terapung di dalam laut terhasil dari kegiatan manusia itu sendiri.[itu memang la kan kan]. sedarkah bila kita berada di dalam air, ada sebahagian anggota badan akan terapung. sama seperti jika kita berenang...disitu sebenarnya berat badan kita telah diserap oleh air hampir separuh menyebabkan badan/jisim akan menjadi lebih ringan... 

setelah kajian demi kajian dilakukan oleh ahli ahli zaman greek dan yunani.. mereka mengaplikasikan teori ini kepada kapal laut. jika berat sesebuah kapal hampir 40 50 tan, maka mereka perlu menjadikan berat kapal di dalam air hanya 20 ke 25 tan sahaja. oleh itu, sesebuah kapal yang perlu diapungkan dilaut perlu mendapatkan jumlah berat air yang sama supaya ia mampu terapung..." - maklumat tepat SINI


penamat post ini: maaf jika teori aku ini macam kurang paham atau salah fakta. tapi anda anda bley laa pikirkannya dan sama sama kongsi agar... persoalan terjawab!!