Friday, May 14

Cerita Seorang Imam

[credit to google and iLUVislam]

salam jumaat... selamat menyambut penghulu segala hari. huhuh... mari kita membaca sebuah cerita ihsan dari seorang rakan melalui email. sesungguhnya dugaan dalam hidup tidak mengenal siapa. waima anda seorang ulama yang warak sehingga anda seorang pengemis. andai jujur pada diri... insyaALLAH kita jujur pada persekitaran dan jujur pada yang ESA. wallahualam~

_________________________________________ 

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!."

" DUNIA sebagai ALAT… AKHIRAT sebagai MATLAMAT "
 ______________________________
 
 
penamat post ini: selamat beramal untuk semua! 

28 comments:

Hazzy Ishak said...

good one!

~AmyLiana8886~ said...

nasib baik cmtukan..kalau x mesti org kafir tu xpercaya dgn islam..

rEd said...

sama2lah kita jga kesucian ag islam

¶A.K.I¶ said...

hazzy!~

yup2!! huhuhu

¶A.K.I¶ said...

Amyliana!~

ALLAH mengetahui kn~~ hehehe

¶A.K.I¶ said...

Red!

agree!!

Farid Fernandez said...

zzzzz

kawie2020 said...

bagus betul imam tuh...

harap2 jgn ada muslim yg menjual iman... aminnnn....

chokio_nia said...

wah...terdiam..

alvin takda rumah harga 8juta.... said...

aki..
ini entri terbaik...
buat gua pikir panjang ntah apa gua buat sepanjang hidup..

black_mel said...

nice....iman dia mmg tinggi...

Aujinz said...

setiap perkara tetalh di tetapkan oleh Allah..

pandai pandailah pikir..



[ Aki, jom pekena nasik Arab..:D ]

¶A.K.I¶ said...

farid!~

sah g slt jmaat ko cari tiang!!

¶A.K.I¶ said...

bro kawie~

btl2~ iman dia tggi..
harap kita pon begitu~

¶A.K.I¶ said...

ain!~

muhasabah diri ok!!
hheheh..
kte hny hmba ALLAH yang lemah~

¶A.K.I¶ said...

alvin!~

thx~
alhamdulillah ko msh di beri masa untuk sedar~

¶A.K.I¶ said...

black mel!~

yapp2!!

¶A.K.I¶ said...

ojin!~

yups~

oii! nsb da knyg..
klu lapa ak geget ko!!

Aujinz said...

Aki :

kat cyberjaya ade nasik arab laa weh...

Restoran Saba'...

hua hua hua..aku tengah lapo nie.. ngee..

~roslinda~ said...

saling mengingati~
I like~
;)

Lia3003 said...

insaf

ASaDa RyutaRo said...

wallaweh!!! best citer ni.. kisah benar ea?

Lovely Bella said...

cerite yg menginsafkan diri ku.. huhuh.. thanks aki.. :)

¶A.K.I¶ said...

ojin lg~

cyberjaya ada??
ha roger n out la! hahaha

¶A.K.I¶ said...

roslinda!~

i like 2 if u like it!
heheheh

¶A.K.I¶ said...

lia3003!~

sharing is caring wat...
hehehe

¶A.K.I¶ said...

asada!~

hurmm.... its from emel...
dun knw its real or not..
but it sumthg yg bgs~

¶A.K.I¶ said...

bella!~

yahh...sme2