Showing posts with label monoloG inSide. Show all posts
Showing posts with label monoloG inSide. Show all posts

Monday, March 26

~salam sepi~

bila aku cuba mencoret setelah hampir setahun... mampukah??

warghhhh.... like my miserable life. kenapa tiba2 aku mencoret setelah menyepi. kalu ad istilah blogger, nescaya 1 ari akan tiba untuk menghapdet semula yoo!! ahakss...

check my latest entry td.. loor.. aku update last lepas menjadi tunangan orang ya. status skarang... udah la menjadi isteri orang yang bekerjaya.. aiceh!

miss my blogger tyme bl masing2 gila komen balas membalas dan menjadi hits terbanyak.. rindu2..... sekarang mampukah memberi komitmen sbgai isteri pekrja dan blogger. ahh pada sesetengah orang bnda leceh aje. tp pada aku mmg belom mampu kerna kekangan kerja melampau... line yang terhad dan.... (alasan je bley lu nk xnk ikt kata ati ma) <---k- sgt siot kata2 itam ati aku.... dan komitmen untuk memulakn keluarga. haaaa... tu dia. BERSEDIAKAH?

ALLAH mengetahui.... =]






Friday, November 19

Kau Dia Atau Siapa

seribu penghargaan kepada sicomel LINDA dan BOOLEN nya
dan KUKUBESI MANIPULASI


mana kesedaran sivik engkau wahai manusia...
berbangsa MELAYU!!
beragam ISLAM... atau murtad kah engkau??
sadis. itu yang aku mampu detikkan dalam hati...
memandang sebuah imej pegun...
yang bisa memberi satu juta rasa...
perasaan... 


Apakah perasaan ini tiada dalam hati engkau engkau bernama manusia??
huh... jijik aku memandang syaitan ini....




Ya ALLAH..
muliakan la hambaMU ini Ya ALLAH...



"aku berharap.. satu hari kelak.. aku mampu menghadapi mereka yang mulia ini dengan kacamata sendiri.. aku ingin merasa... sama seperti apa yang dia rasa... baru aku akan lebih menghargai... segala depan mata"



Monday, November 8

Monday, October 18

Doakan Mak Aku

salam...


selamat monday..
thx yang drop by untuk beberapa hari yang tak update, blogwalk.... will be. insyaALLAH. takut berjanji. andai gagal aku yang tanggung dosa.


thx pada new follower yang ada... tak pasti berapa. aku singgah. will be [again] insyaALLAH.


cuti hari jumaat, maka khamis malam sudah bergerak balik ke KLUANG bersama acik dan kak ngah aku. melalui km 223 exit pedas linggi. walaupon 10.10.10 kemalangan berlaku, namum 14.10.10 aku yang lalu turut terasa seram dan meremang bulu roma. kebetulan... bas delima di hadapan. maka kami sepakat memotong sehabis mungkin. syukur dalam hati. selamat tiba. selamat selesai majlis yang dirangka mak. 

kenduri tahlil, dan doa selamat untuk pergi dan balik haji pada 24.10.10 sehingga 5.12.10 sampai ke tanah air. merasa sebak. terasa sedih. emak jauh. jauh beribu batu. terasa takut. andai perkara buruk berlaku. penat memikirkan perkara baik baik. TETAP. yang terlintas adalah yang tidak diingini. maka, panjat doa berpanjangan agar ALLAH melindungi. membantu. itu yang terdaya. [noktah]

kesan dari macam macam hal kepada diri sendiri... maka ramai yang bertemu sewaktu di kluang bertanyakan soalan yang sama. semakin MENGECIL. semakin KURUS. [terdiam] tak mampu menjawab. makan. sehabis kuat. namun hati. ALLAH yang tahu. diri... ALLAH yang tahu. aku terasa kesan. dengan segala yang terjadi. [sigh]






**mau lari.. lepaskan segala galanya. tapi belum sampai tahap betul betul nekad.**
^^juga memikirkan balik segala. banyak yang tiada. aku bkn kaya nak berlari sesuka hati^^
~~komitmen yang semakin menggunung. segalanya berkisar DUIT.~~


*sighh

Wednesday, October 13

Perghh!!

salam!!


dah tahap 98 darjah celcius dah ni...[ermm xreti lak nak buat simbol celcius... mne nak cari benda bulat kecik??]

perghh perghh perghh... dalam ati dah bebal dah nak maki maki habess....tapi aku bangga dgn diri aku sendiri... [org laen xske ak xkesah!!] sebanyak mana dalam hati rasa berapi.... jari jari mampu menyusun ayat hasil dari arahan akal fikiran.

marah! memang aku tengah marah. sebelum ni ak tak cakap ak marah. ak cakap ak geram... boleh tersenyum dan gelak ketawa walaupon palsu. tapi kali ni tidak! [oo cek cek blk sempat gak ak bg salam! ahaii]

apalah dugaan yang ALLAH turunkan pada aku ni. hurmm aku pon seksa nak hadap. hal mangkok hayun pemusnah rumah sebok mesej mesej aku... sekali aku libas sebok pekong aku ko nak cete. bila ak cakap ko PENGEMIS! diam teros. aku tak suka hina orang. berdosa. sapa kita nak hina hina manusia. mak ak selalu pesan "jangan cakap besar... jangan selalu keji keji orang... tengok depan mata..xpyh jauh jauh... akibat orang yang suka keji orang... suka cakap besar..."

memang sah da terbukti. tak payah jauh jauh. depan mata. BAPAK aku sendiri. ahh abaikan itu. tapi bila aku bersabar.. selagi itu kau kau yang bernama SYAITAN menghasut manusia yang tak berilmu untuk menyakitkan dan menyeksa ak......

diam. terus membisu. setakat mesej memang no hal. jom la jumpa lagi. nak tengok lagi kau tercekik dengan helah sendiri. tak nak... tak berani.... diam! haii la manusia. tu satu hal. hal luar.


ini hal kerja. apalah manusia dah laa kafir.... tak de masalah andai kau menidakkan bentuk keturunan ko yang suka cakap belit belit. tak salah! lagi orang puji weh! ini tidak. bangsa sendiri pon menghina kau... apatah lagi aku.... jangan pandang hina orang laen. fine! kau pegawai gred 44 [dah sama dengan umor ko dah!] gaji besar... kete buruk jugak. pakai skirt yang sama hari hari aku tak bising.. muka kedut kedut tak kawen kawen aku tak heran. aku taw aku muda.. kerani cabok... gaji kecik... kete comel..... orang pon comel.... bakal bakal nak berkahwen gak [tapi lambat lagi la] tapi apa masalah sampai takley nak bezakan pro dan peribadi???

pegawai profesional kot! xkan tak pro kot!! sapa ko nak jeling jeling kerut dahi [yang dah memang berkedut] pandang slek orang laen???? aku kerja ni bawah KERAJAAN. bukan kampeni ko yang punya.... tiap tiap bulan gaji masuk ada elaun ada imbuhan. KERAJAAN kot bagi. bukan hasil duet titik peloh ko... dah apa masalah ko sebok sebok nak tukar aku gi tempat laen? orang laen pon xrela nak keje dengan kau. haha!!

aku terima kerja sebab niat nak cari pengalaman dan kalu boleh nak dapatkan yang tetap. agar mudah emak aku. bukan diri aku. tapi demi emak.. biar mak aku lega hati. dia nak pergi haji. dia nak tengok anak dia yang dah terakhir ni... yang last ni senang hidup. ada kerja... tak bergantung dah pada keluarga. aku tau dah niat mak ak... dia x penah cakap tapi tindak tanduk dia aku paham. sekarang... apa aku nak jawab. dah macam macam tawaran kerja kosong aku apply. masalah... aku tak pernah bagitau. aku sakit aku tak nak cerita dengan mak aku. aku nak dia dengar yang baek baek aje. itu aje...

kau kau!! apa aku nak buat? tukar kerja bodo bodo je?? kalu aku slah langkah macam mana?? aku dah ada kereta nak kena tanggung. dah ada rumah nak kena pk bil bil air api dan macam macam.sewa bulan bulan. hurmmmmm...........


Thursday, October 7

21 Tahun, 11 Bulan

salam...


pejam celik pejam celik. belog pon da setahun dua bulan usianya. duit nafkah yang nuffnang bagi macam tu gak. gagal untuk di kumpul. sedey. takpe laa...nafkah lahiriah. keh keh keh...


pejam celik pejam celik... dah setahun empat bulan aku bergelar PEKERJA. setelah hampir sebelas tahun dialam uniform dan tiga tahun buta buta di alam kampus dan IPT. demi masa.... sungguh pantas berlalu.


pejam celik pejam celik... dah setahun aku tinggal sendirian menyewa. kasihan emak kat rumah. dah la tiga tahun tak berteman dengan aku sebab payah nak balik... jauh.. sekarang kekangan kerja. jauh juga rezeki yang datang.


pejam celik pejam celik dah tiga tahun lapan bulan aku bersama encik rescue ranger. keh keh keh.... tang ni lawak sket pada tusuk hati belah kanan ke tepi kiri siket.






DAN,
pejam celik pejam celik sudah setahun aku mendapat kunci 'kebebasan' yang kengkonon remaja dalam dunia semua idamkan. berumur 21 tahun. lagi sebulan... umur sudah menjadi ganda satu. [betulkan? ahh biarkan] 


bila dihitung... dijengah perkara - perkara lalu... sewaktu di alam sekolah, kampus. dan sekarang alam pekerjaan. sungguh! banyak yang dilalui PAHIT dan MANIS. 


PAHIT,
sebagai baju untuk menghadap masa depan.


MANIS,
sebagai payung untuk hari hari terindah.




demi masa.... sesungguhnya manusia sering lupa,
melainkan yang BERIMAN dan yang BERAMAL SOLEH.

Wednesday, October 6

Errkk!

salam!~


mengimbau kembali kenangan yang tak berapa lama... hurmmm....
bukan untuk mengaibkan... cuma entah lah...jus mau kongsi kan bersama.
hehehe....


gini cete nye ye noks~
one day in weekend... pesal tetbe kua english?
ok abaikan. aku dapat jemputan ke rumah terbuka di shah alam. ermm... bukan kawan aku.
tapi kawan kepada kawan kawan aku. harap anda anda paham.


ok dipendekkan cerita....
aku dan kami pon melalui federal highway menghala ke susur I-City untuk ke open house.
sebelum nak sampai tu da ada bunyik bunyik malas nak singgah sebab da lapa ketahap yang parak.
keterbukaan rumah itu tidak diketahui lokasi dan seterusnya bermula pada petang hari. dalam kol 3 la.
lepak seksyen 7. aku tak salin baju. gamble dengan jeans dan t-shirt ANEH. 
kami yang laen bertukar ke baju raya masing masing. semangat~~


kol tuan punya badan. uhh tuan badan kepada kawan kawan beritahu dekat dengan concorde hotel. belakang aje. oooo maka aku pon ikutkan saja. tau la gak kat seksyen bape concorde tu. da sampai.. dengan jammed melampau sebab parti pakat pakat pon open table tepi jalan utama.... kau! beratur berderet deret dalam gerimis orang datang makan free. 


cari cari. tak jumpa. cari cari... tak tawu. kawan aku tanya, pernah pergi bukit cerakah? aku cakap pernah ngan team BLOGGER tapi macam biasa, bukan aku pemandu malah aku hanya disisi kereta ke empat.[yaitu kereta nini dibelakang kete miza, paret maupusat dan jalak lenteng]


ok penyudahnya.... bapak kepada tuan badan rumah cakap dengan kami dan bagitaw rumah kat mana. ok.... lari jauh. tak jauh mana la sebab sebelah sebelah je. tapi bayangkan~~~


anda tuan rumah... cakap rumah kat bandar tasik permaisuri, cheras tapi hakikatnya anda berada di setapak jaya.... APEKAH? 






p/s: ada ke tuan rumah yang blur umah sendiri walau dah duduk berpuluh tahun??



Wednesday, September 29

Hypocrite Humanism

salam..
greetings all...


today will be in english style. i dun like to maki hamun in malays coz it will sound so damn bad i think. [its just my personal view ok... jus accept it]

Hypocrite Humanism is the title. it all happen when all over the world, in da field of studies and work, they are jus so much drama n political issue. y?? wat the heck is happen here? could one of u at least tell me y....




picture above show one style of a talam bermuka muka people use to be.... outside... speak like a guardian birds, looks so naive and pure.... thought ur so good n so innocent. fuck off bitch. silly enough to be jus like 14teen. even a 14teen years old boys n guls know da different of hypocrite n pure talk. damn moron. inside of themselves their tongue full of belit belit anaconda. ughh.. disaster monster. 


can jus one person... at least ONE persons in this working environment act like who they really are? hah!! please... i jus cant be a talam muka muka. cant~ why?? bcoz i cant!! when i hate it, i say it... when i want it... i ask for it, WHEN U DON'T GET IT. I JUS WANT TO SLAP AT IT!


if u.. or u and u wanted to know bout something, wanna ask bout a thing, nicely ask for it bitch! u hate people when they dun wanna share a things a single things to u.... it because of u dun want a tiny space for people to know what u already have... so life or work is just same. its karma... WHAT GOES AROUND WILL BE FU%K OFF AROUND U BACK. accept it~ update ur lifestyle. dun be jus like ur in 1990. is 2010 now. people change. even the workin environment should change. ur life should change. 


hey u.... yes yess is you i'm asking... would you..... would you like to be like THAT until you die??? would you like to be a poor for eva?? dun eva wanna change that situation..... in fact that u have the right to change... to make new... to be up-to-date urself....?? answer me directly!





and 
HOW ARE YOU TO JUGDE A PEOPLE BELOW UR TITLE OR PANGKAT OR GRED HAH!! sucker~



Monday, September 27

Dems

salam....


last week sedap sedap cakap nak blog xhengat sekali bizi yang amat. cess... kacau sungguh. dah tak terhapdet aku punya belog. xsyok...

selasa minggu lepas rumah terbuka JPM dah update.. cess tak cye ea aku salam PM... taw laa aku pakai enpon hudus... klu tak... da lme aku swo PM make a peace dengan aku taw... kah kah kah

lepas tu,,, rabu khamis jumaat masuk opis thumb ibu jari kua opis. sampai opis kol 6 petang thumb ibu jari balik rumah. untuk tiga hari bederet deret. kerana apa.... kerana pameran 15th Steering Group Meeting Of The ADB/OECD Anti Corruption Initiative For Asia And The Pacific. [ok tajuk program da panjang.] bertempat di Palace Of Golden Horses, Mines, Sri Kembangan [nama tempat pon nak gak panjang. ces]

langsung xley nak apdet da... kekangan tugas... sayang betul padahal sepatutnya minggu lepas baek baek aja. tapi takpe... weekend plak.. apa aktiviti anda? open house?? yaa betul. makan. makan. dan makan. kat pameran muka aku yang amek makanan. sabtu ahad muka aku gak yang rakan rakan ajak untuk makan. MASYEHHH!!


to one of the blogger yang invite open house... oyeahh! podas nogori memang kaw punya! haiyarkkk...


p/s: blog ni da tak de info menarik la.. mencik!! tu la kesan tak ske membaca.. bz... 



Tuesday, September 21

Rumah Terbuka

Rumah Terbuka??? 


salam semua, salam sejahtera.... 
[wess wess tadi aku pegang tangan PM taw!! jangan jeles abang kacak sekalian]


-ayat diatas bukan ditulis oleh tuan belog. sila laa percaya wehh!!!-


salam hari selasa,
masih bz. sedey. sebab makan sarapan pon dalam perjalanan ke PICC menaiki kenderaan opis. tapi kenyang. syukur. seronok. ari ni dapat pengalaman baru. rasa baru. pess time masuk PICC. da 56 kali lalu ulang alik ulang alik ke PICC masuk tak penah gak. tapi ari ni terlaksana. 
yeah!! <---- minah jakun... layankan.

rumah terbuka jabatan perdana menteri [JPM] memang menarik. walaupon meja jamuan opis aku diset up selama kurang sejam berbanding meja laen, perghh cantek cantek, lampu lip lap... makanan mabeles mabeles sume.. tapi suasana dan pengalaman yang takkan dilupakan.

thanks umtuk MILA AF dan FAZLI ZAINAL yang hadir nyanyi nyanyi lagu raya depan PM dan kami orang. tapi malang aku tak fokus. kerana mencari makanan. penat berebut. sedey banyak tak dapat!

selama ni tengok PM berucap kat tibi aje... kali ni.. depan mata taw. macam dalam tibi.. syiookk!! ok.... selamat hari raya sekali lagi. jom jalankan tugas!!!

Monday, August 30

Gembala Kambing dan Pembohongannya

salam minggu minggu terakhir ramadhan..


lama senyap dan menyepi dari dunia belog. entry LAGU KANAK KANAK pon aku tak balas komen. maaf, tiba tiba ilang rasa blogging. terkecik ati mungkin. tapi bukan dengan kamu kamu. itu pasti. hujung minggu yang aku rasa panjang. dan mengejotkan. sebab......



masih ingat anda anda tentang cerita pengembala kambing yang menipu orang kampung. satu hari, pengembala kambing yang kebosanan menjaga kambing kambingnya mendapat idea untuk mengenakan orang kampung dengan menjerit jerit menyatakan serigala datang menyerang kambing gembalaanya.

seluruh orang kampung datang dengan senjata masing masing tapi bila sampai dilihat si pengembala ketawa keriangan penduduk rasa ditipu dan pulang dengan keadaan hampa. keesokkan hari nya, berlaku lagi perkara yang sama. penduduk ditipu lagi dengan omongan kosong si gembala kambing.

namun, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. bila serigala benar benar datang dan memakan kambing belaan si pengembala, beria ia si pengembala menjerit dan merayu kepada penduduk kampung. namun hasilnya, tiada seorang pon yang membantu kerana sudah acap kali dipermainkan.

pengajaran cerita si gembala kambing dan pembohongannya jelas. dan sepandai pandai tupai melompat memang akan jatuh. manusia pon sama. takkan sentiasa selamat dengan pura pura, bermuka muka, mengata dan memfitnah. semalam, bukan satu tapi lebih dari dua tiga tuduhan fitnah dilemparkan. dan bila orang yang bertanya dengan kau mahukan jawapan yang sebenarnya, dia terkejot! kerana apa yang aku cakap bercanggah dengan apa yang selama ini diberitahu. 

aku cakap manusia, aku tak pelik ada orang macam tu. sedangkan aku ada hal lagi besar dan masalah lagi rumit akibat kesan sikap manusia. dan aku tak terkejot, perempuan yang sebilik dengan aku, yang duk tunjuk baek mengaji lepas sembahyang tunjuk muka manis depan aku dan orang laen, tapi bila salah sorang dari empat orang laen penghuni rumah tu takde, habis segala aib dan fitnah dilontar, NAUZUBILLAH.

perbuatan melaga lagakan orang lain demi kepentingan sendiri memang perbuatan terkutuk. seagama, sebangsa, sejantina. umor yang lebih tua jauh lebih tua dari aku. tapi mempunyai perangai mengadu domba dan memalukan orang lain. bila aku bersemuka, bagi semua yang berkaitan kena batang hidung sendiri. pon tetap tak sedar diri. WALLAHUALAM.

mintak maaf tak ikhlas. harga diri dan perasaan malu pada sikap diri sendiri langsung tiada. memang memalukan.bila orang tanya kenapa buat benda macam tu, ada ayat MUNGKIN, KOT? apakah? aku mengingatkan diri aku sendiri untuk sedar dan jaga diri, sebagai manusia yang banyak kelemahan berjaga dan jangan sampai benda benda mengaibkan diketahui orang tidak sepatutnya.




p/s: masih ingat entry bermentaliti RENDAH ke?

Wednesday, August 25

Lagu Kanak Kanak



buai laju laju
sampai pokok sena...
apa dalam baju
sekuntum bunga cina... <----kenapa sekuntum? soalan yang wujud dari enam tahun




dimana dia... anak kambing saya
anak kambing saya 
yang pakai baju baru...<---kambing berbaju... sama, soalan yang berlegar legar di minda
can mali can oii oii
can mali can oioii
can mali can..
hai ketipong payong




air pasang pagi surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam
itik bertelur ayam mengeram
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit jerit
naek kereta api sampai kuala lumpur
nampak minah cantik terselit bawah dapur




lagu tiga kupang sagu penuh padi 
enam ekor burung masuk dalam kuali
bila sudah masak burung nyanyi saja
tentu sedap makan beri pada raja
raja dalam rumah buat kira kira
suri dalam dapur makan roti gula hey!!
dayang tepi kolam mau jemur padi
datang burung hitam 
patuk batang hidung hidung hidung!!




[banyak lagi lagu lagu zaman aku kanak kanak teringat ayah aku, suka nyanyikan lagu can mali can... heh.budak budak sekarang takde da kot taw lagu macam ni. lagu bom bom pow... lagu shahir... tu la lagu lagu untuk dorang membesar... ]



Tuesday, August 10

Keep Reminding Myself





Everything happens have causes and the solution
i knew it... 

Monday, August 2

Selamat Melayan Blues

salam semua!!!!










selamat bekerja.


ini entry bulan lapan yang pertama.


ini adalah hari isnin bulan baru tahun dua ribu sepuloh


bye!


























[aku tak tau nak apdet apa dalam belog. banyak aktiviti yang berjalan pada sabtu dan ahad. seperti, membeli belah di alamanda dan bawak mak jalan jalan, jumpa blogger ayuz deadwish di lowyat dan marah marah aku sebab aku lambat..oh sila marah rescue ranger. anta dia balik umah dan makan makan char kuew tiow di sany char kuew teow wangsa maju hasil belanja orang laen. best kan hujung minggu aku? tapi.... boley cerita aje gamba takde! sob sob sob.... kalu lah enpon ku canggih.....] <--------- nak henpon tu cerita sebenarnye! cehh



Saturday, July 24

Facebook Ohh Facebook

salam semua!~




macam biasa sila klik untuk tumbesaran yang sehat dan bugar! pe masalah hah facebook? kenapa aku owner pada akaun aku kena tendang atas alasan maintenance. orang laen aku usha tak de masalah pon. hurmmmm

Friday, July 23

Bermentaliti RENDAH ke?

salam semua~


aduhh aku da rancang da ari ini nak base on entry apa.. ahah! da kua pon isi kandungan nye... ni sume gara gara tua meroyan la. aku da la sebok pastu aku sampai lupa apa aku nak taip. F#%# off tol~ [opss, wa termaki lak!]





haha... nak cerita pasal hal share share ni. dari share umah, share kereta, share keje, share makan dan segala yang berkaitan laa.. adesss.. masalah la kalu duduk dah bertahun tahun dalam KUALA LUMPUR tapi akal ke KUALA ermm... kuala kuala la! aku takley pk lak. kang aku kua ayat bahaya terok. ramai terasa payah tu. ahah~

maksud aku... kau da 20 ke atas.. angka umor depan da 2 kan.. "act like ur are in da same age u bring la" dah la aku ni paling muda... aku pon da 22 tahun. so kau kau perempuan yang da jejak tengah 20 mesti lagi MATANG dan BIJAK kot dalam kehidupan. takkan aku nak sound tepat tepat. kang meleleh air mata. aku cakap lepas. tak maen ayat ayat kias. tak reti beb! ni aku bagi keadaan.


1. aku balik umah. jam 6.00 ptg lepak depan tb. kau tengah layan drama melayu kau. aku pon baring dan teros menonton. kau belah dan tak tengok tb. aku layan apa aku nak layan kan. jam kol 9.04 malam kau datang datang depan tb teros tekan butang tukar siaran laen. layan duyung mengarot! 

lagi lawak.. bukak je siaran keluar ayat "dinda, mana kanda tawu otak insang duyung jantan tak sama dengan otak insang duyung betina..." hah sedas gelak aku lemparkan pada penonton yang sanggup layan cerita macam tu. dalam hati [oooo patot la korang pon akal tak mampu nak guna sebaiknye! takpe la..] eh! TERIMA KASIH la!!! 

[ada aku kesah itu tb sape?? bukan ko yang bayar karen pon. karen da bertunggak beratus ratus tak mampu bayar, aku dengan baik hati rasa nak tolong bayarkan dulu... nasib laa pakar kata jangan cari penyakit. so aku pon bia laa bil bil dalam rumah cecah rm3 rat!] 
- ayat yang keluar, "stupid drama watch by a stupidest audience.... so nonsense"


2. hati da bengang, mood da panas... da la bulan macam mengambang ke tengah. ooohh yea! aku pon melepak dalam bilik dan bercakap dengan telefon. jam 10.30 malam da cun, kipas pasang 5. lantak la... aku selimot. bilik gelap, suasana sejuk salah satu cara untuk mendapatkan tidor yang maksima dan ideal. stress pon kurang. masuk pulak makhluk 'bijak!' teros kipas tukar pada 3! apekah?? aku on kipas tu memang da macam tu... kau yang baru masuk tiba tiba nak tukar lak?? yang musykil lagi herannya.... aku bangun pagi mandi..kua kua toilet sejuk mengigil gigil. ye la air pagi kan. kipas slow laaa.... bantai makhluk 'bijak' kua kua toilet lepas mandi teros tukar kipas ke 5! ermm... lemak banyak sangat ke beb??! ahah...


3. bilik share. ada tempat ko ada tempat aku. yang aneh lagi.. aku masuk masuk bilik... tempat aku berdebu. tapak kaki rasa pijak habuk. tengok kaki... "eh! habuk wane putih??? bila masa aku pakai bedak bayi ni???" laptop berdebu, kotak baju tempat aku abis semua berdebu. yang pelik... tempat tuan yang pakai bedak bayi ni takde pon debu debu. laptop berbia cantek je kale itam legam. laptop ak... da macam kena tinggal 5 tahun punya tebal habuk~ apekahhh?? 


4. rambut aku plak sejak bila panjang berjela ke pinggang sampai semua rambut rambut gugur kat tempat aku panjang panjang. aneh! padahal baru potong rambut.... lepas mandi boleh tak keringkan rambut kat tempat sendiri. tak perlu rasanya nak berdiri kat tepi tilam aku... sampai dengan aku skali terkena percik air. aku tau kau mandi. so what??? 



apa cara terbaek?? klau ikut aku... dalam situasi 2, 3, 4 tu... aku nak je amik bedak jonson n jonson tu tabur je kat tilam lu kat tempat lu. da laa barang barang aku tepi tingkap selalu kena tempias kalu ribut @ ujan lebat. aku tak pernah mengomel pon tilam aku kena jemor 3hari semata mata nak keringkan air. aku tak penah membebel pon aku kena basuh 1 almari baju bersih sebab lembap tempias ujan. aku tak pernah kecah pasal kotak hadiah dari bon alvin hancus luncai sebab basah. aku keringkan. tapak kotak da terbukak bukak. ye la kertas.. aku jemor bawah kipas. aku lipat kotak tu elok elok. aku guna balik bila da kering. 

hidup da share. pandai pandai la ko jaga barang kau. jaga tingkah laku kau. aku tak buat... ko takyah mengarot nak buat.. ko cakap berapi gaji 3 4 riban sebulan balik balik naek lrt gak pegi balik keje. kalu rasa diri kaya sangat, takyah sewa pegi cari umah laen beli. da taw menyewa bayar 1 rumah so 1 rumah bai ko kena jaga. kuali kalu tak guna basuh teros. ni sampai berbuih buih minyak apehal? tak pernah dalam idop aku nampak minyak lepas guna bebuih macam sabun. perempuan kot... heran aku. patot takde laki nak sangkot. semua umor da tengah 20 an. aku umor baru 22 tak kan aku kena tegor kot. malu beb... perempuan kot~ ko tak malu aku yang malu nak tegor! 

bukan nak racist atau kenegerian sebab pada aku benda benda ini kesedaran sivik tu! moral diri kot. jus nak tanya... kalu da bertahun tahun duduk kL tapi pegi balik pegi balik macam tu gak. baek ko balik kampung keje dan berbakti pada negeri kelahiran kot. lagi besar aku rasa nikmat. aku ni yang nak sangat keje dekat dengan rumah sendiri ni pulak yang tak dapat dapat.  





Thursday, July 22

Ermmm...

salam semua...




tak tau mahu menaip apa... cuma... aku semalam petang erm.. rasa sumthing yang ganjil pada tubuh badan aku. dan aku teros direct kol mak. mak kata cepat cepat pegi klinik. aku cakap, klinik mesti swo pegi HKL, tak nak... lambat. then, mak cakap...ok la... pegi pakar thats the better [tapi mak ak tak speking cam tu la.. hehe] boley taw teros. dan aku pon cakap balik, haa ye la, sabtu kot. 


tapi bangun pagi tadi, terdetik sedikit keraguan. takut pon ada. cuak bersatu padu. tapi, aku rasa tak sakit. kalu masa sakit perut dulu yang doktor suspek ependix tu... aku da abaikan, tang ni.... hurmmm.... ah, malam tadi layan my fair lady kat 8tv tu.... laaa baru perasan rupanya isnin sampai jumaat. aku mati mati ingat isnin sampai khamis. patot la aku tengok cerita tu hari isnin macam tak synchronize dengan khamis. hahaha.. budus neyh.


dan pagi ni... nak on profile facebook, takley plak! aneh... pelik.. try berpuluh kali sampai la ni pon tak boleh lagi. pelik aku.... ap masalah. internet ke, server ke?? atau chrome ni nak kena sembelih... tapi pakai firefox pon sama. bukak profile orang laen pon tak boleh. heran....

entah la!
doa yang baek baek untuk aku ye... amin....

















Wednesday, July 14

Entry Campo Adok

Salam!!!


hye and guddday... lama gak aku tak hapdet. ahah! takde mood. kejar naruto shipudden punya pasal. masih tertinggal 68 episod terbaru.. jenuh weh nak layan. sebabkan itu, aku sampai terlepas episod 6 cete korea 8TV MY FAIR LADY a.k.a take care of young lady. mujor malam tadi ingat. dapat tengok dorang bekebun. hihihi

minggu lalu yang agak bosan sebab tak kelua ke mana mana. rehatkan diri sepuasnya kerana hujung minggu ni akan sebok dari awal pagi sabtu sampai malam ahad. apa lagi nak cete.. ahh.. follower da kurang sorang. semalam blogging and singgah singgah belog korang korang, nampak nombor laen. pagi ni log in belog masuk masuk da kurang sorang. hihi...

saya menulis, saya membaca dan anda membaca kalu sudi. takde entry yang tip top sebab tu komen tak banyak dan follower tak hebat. tapi saya tak kisah. asalkan kawan kawan blogger yang saya kenal dan kenal saya masih ada dan ada... korang ada kan kan?? 


akhir kata, jaga diri, jaga tingkah laku  dan jangan lupa hapdet je roger roger. aki akan datang.





si bijak shikamaru adalah favorite saya!!
tiut![pinjam bahasa alvin]




antara pasangan kiri ngan kanan mana yang ok ek.. 
hurmmm

Thursday, July 8

Qoutes Of The Day

Assalamualaikum....

*******************

Apabila amanah telah disia - siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, " Bagaimana mensia - siakan", Rasulullah menjawab, "Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada seorang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran".

Al-Hadith (Riwayat Bukhari)

*******************

tak payah tengok jauh jauh, dalam malaysia da cukup nyata. kat tempat kerja aku da cukup terang lagi bersuluh. dalam kehidupan seharian pon kita tak mampu mengalas apa yang dinamakan AMANAH. ungkapan yang mudah tapi tanggungjawab yang payah. wallahualam





penamat post ini: sotong itu....... ohh sungguh!




Wednesday, June 30

Dugaan Datang Lagi

Assalamualaikum...






selamat pagi dan selamat melakukan ibadat kepadaNya ye kawan kawan semua. aku terus bersyukur kepada Allah atas nyawa yang masih di pinjamkan kepada aku sebagai hambaNya di muka bumi ini.

lepas satu cobaan kepada satu cobaan. Alhamdulillah... itu tandanya Allah SWT sedang menguji dan menilai kebolehan aku sebagai salah satu hambaNya. Allah ternyata menguji dan membantu dalam apa jua keadaan. kalu dalam kehidupan ada pincangnya... dalam kerja ada penyelesaiannya. Dan sekarang beginilah sebaliknya.

aku nak merungut. aku nak memberontak. aku nak meroyan! tapi aku ada agama. aku ada yang memerhati. buat apa aku membazir masa dan merugikan tenaga sedangkan aku mampu berdoa agar Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan aku walaupon berbagai ragam manusia cuba untuk menjatuhkan aku. 

sekarang perjalanan ibadat fardhu kifayah aku terganggu lagi dengan cubaan cubaan yang sangat mengarut dan nonsense. tapi takpe, aku kuat sebab agama aku. aku kuat sebab famili aku. dan encik rescue ranger juga pesan... "semua cubaan daripada manusia manusia itu terutamanya dari kafir yang laknatullah, semuanya datang dari Allah. doa aje... Allah ada..."

berlari jauh sekali pon untuk hilang dari masalah takkan mampu, andai kita tak hadapi dengan ikhlas. orang kata lagi besar dugaan dan cabaran lagi lagi dalam ibadat yang dituntut, lagi maha hebat ganjaran. tapi aku tempuhinya untuk mendapat ganjaran di akhirat kelak dan bukan ganjaran untuk sementara. aku harap korang korang dan anda anda semua mampu doakan yang baek baek aje untuk kita umat islam ni. 

aku sentiasa berdoa agar sekalian umat islam tak kira di mana juga akan dilimpahi rahmat dan sentiasa diberi hidayah oleh Allah SWT. dan harapan aku juga agar aku dikuatkan dengan iman dan hidayah supaya aku mampu bertindak waras dan bijak terutama menghadapi musuh dalam lipatan. 
wallahualam



penamat post ini: nak cerita terang terang tapi luahan dalam alunan ayat yang berkerawang