Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, September 27

Dems

salam....


last week sedap sedap cakap nak blog xhengat sekali bizi yang amat. cess... kacau sungguh. dah tak terhapdet aku punya belog. xsyok...

selasa minggu lepas rumah terbuka JPM dah update.. cess tak cye ea aku salam PM... taw laa aku pakai enpon hudus... klu tak... da lme aku swo PM make a peace dengan aku taw... kah kah kah

lepas tu,,, rabu khamis jumaat masuk opis thumb ibu jari kua opis. sampai opis kol 6 petang thumb ibu jari balik rumah. untuk tiga hari bederet deret. kerana apa.... kerana pameran 15th Steering Group Meeting Of The ADB/OECD Anti Corruption Initiative For Asia And The Pacific. [ok tajuk program da panjang.] bertempat di Palace Of Golden Horses, Mines, Sri Kembangan [nama tempat pon nak gak panjang. ces]

langsung xley nak apdet da... kekangan tugas... sayang betul padahal sepatutnya minggu lepas baek baek aja. tapi takpe... weekend plak.. apa aktiviti anda? open house?? yaa betul. makan. makan. dan makan. kat pameran muka aku yang amek makanan. sabtu ahad muka aku gak yang rakan rakan ajak untuk makan. MASYEHHH!!


to one of the blogger yang invite open house... oyeahh! podas nogori memang kaw punya! haiyarkkk...


p/s: blog ni da tak de info menarik la.. mencik!! tu la kesan tak ske membaca.. bz... 



Tuesday, September 21

Rumah Terbuka

Rumah Terbuka??? 


salam semua, salam sejahtera.... 
[wess wess tadi aku pegang tangan PM taw!! jangan jeles abang kacak sekalian]


-ayat diatas bukan ditulis oleh tuan belog. sila laa percaya wehh!!!-


salam hari selasa,
masih bz. sedey. sebab makan sarapan pon dalam perjalanan ke PICC menaiki kenderaan opis. tapi kenyang. syukur. seronok. ari ni dapat pengalaman baru. rasa baru. pess time masuk PICC. da 56 kali lalu ulang alik ulang alik ke PICC masuk tak penah gak. tapi ari ni terlaksana. 
yeah!! <---- minah jakun... layankan.

rumah terbuka jabatan perdana menteri [JPM] memang menarik. walaupon meja jamuan opis aku diset up selama kurang sejam berbanding meja laen, perghh cantek cantek, lampu lip lap... makanan mabeles mabeles sume.. tapi suasana dan pengalaman yang takkan dilupakan.

thanks umtuk MILA AF dan FAZLI ZAINAL yang hadir nyanyi nyanyi lagu raya depan PM dan kami orang. tapi malang aku tak fokus. kerana mencari makanan. penat berebut. sedey banyak tak dapat!

selama ni tengok PM berucap kat tibi aje... kali ni.. depan mata taw. macam dalam tibi.. syiookk!! ok.... selamat hari raya sekali lagi. jom jalankan tugas!!!

Tuesday, August 24

Diet Mengikut Jenis Darah (O)

salam semua....
selamat untuk yang berpuasa... yang tak puasa, pesal ko tak pose!!!?? hummmph!

nak cerita ni, pagi tadi bangun sahur, makan cornflakes dan susu segar. sudah seminggu sahur menu yang sama, kadang kadang makan nasi gak kalu ada nasi dan lauk lebey. so kira untuk seminggu yang lalu... aku mam cornflakes dengan susu segar yang aku beli segelen. [botol yang besar macam sos kenduri tu..]

tapi sejak sehari dua ni... lepas je sahur, mesti perot meragam. susu sejuk kot, perot terencat sebab tak minum air panas pagi pagi. ada ke sebab macam tu? hummmm.... [tu tanggapan semalam semalam] dan pagi ni jadi lagi sakit perot tak hengat. kalu sakit saja tak pe. ni abes..... [hehehe pas makan kua, leceh la!!]






so aku pon terdetik nak cari apa punca sebab seingat aku dulu la, tyme sekolah ada tertengok wanita hari ini, diet mengikut kumpulan darah. yang aku engat kumpulan darah O ni kena makan daging dan tak boleh minum susu. hurmmm.... maka google dan keluar la sebaris info ini:
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. <--- ciri ciri takley membesar Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. <--- faveret la buah... sedap taw

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba 

sumber: suhaimy.org
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Hahhh, patot laa aku makan nasi 3 pinggan pon lapa balik!! hehehe.... tapi nak makan apa. makan roti tak boleh makan pasta tak boleh. takkan makan daging aje.. eh tapi betul tau, kalu aku makan daging banyak dalam sehari, sistem pencernaan aku boleh berfungsi dengan baek. sehari sekali buang. padahal selalunya diet kita dielakkan untuk makan daging kerana daging susah dihadam. haa, ini kelebihan orang berdarah O. 
Patot la lepas aku makan nasi aku buang, makan je buang, makan je buang. sebab makanan tu bukan untuk diserap dalam badan. patot la tak membesar. tapi aku nak makan apa bagi kenyang dan membesar? susu takley, nasi takley! adess.. fenin!

Monday, August 16

Semalam Di Shah Alam

salam...


hye.... selamat bekerja / belajar untuk semua..... aku masih tak pose lagi ari ni....


aku nak bagi tahu ni....


semalam petang sampai malam....


ada kat seksyen 7, shah alam....


semata mata untuk berbuka menu ayam penyet..... aku tak penah rasa.....



[ooshh! sambal belacan sangat pedas!!]



[ini lak menu aku.. udang penyet...]
maceh ye encek google


oleh kerana lokasinya belakang pintu gate UITM SHAH ALAM dan jalan ke I-CITY, sebaris dengan wisma Jakel...[apa yang aku nak kaitkan sebenarnya?]


oleh sebab terlalu ramai rakan rakan yang aku rasa aku taw dorang ada kat area situ, maka aku tak kol sekor pon! encik rescue aje ajak kawan sorang join kitaorang makan.


sebelum buka jalan jalan tengok kapet dan kain kat jakel.... tak bernapsu... betul laa setan memang kena ikat bulan pose.... bess!


lalu I-CITY bawak rescue yang nak jengah area situ. alang alang kan.... lepas tu.... balik...


misi utama aku nak bagitau satu je....
budak budak yang aku rasa kenal aku dan aku tau korang ada kat area situ... agak agak kalu aku ajak dorang datang tak? hehehe



Wednesday, August 11

Bersahur Dan Hikmahnya

salam satu ramadhan....




kelebihan bersahur. kenapa ramai di kalangan umat islam terutama yang ada dikalangan kita kita ni [remaja la kot lagi lagi LELAKI ] hehe payah sungguh untuk bersahur. pada aku, aku suka bersahur. sebab aku suka makan. aku mesti makan untuk tenaga keperluan seharian berpuasa. 

dan, bersahur sebelum berpuasa MasyaALLAH banyak sungguh ganjarannya. antaranya ye, yang menarik untuk dikongsi;

  • Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.
  • Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
itu adalah antaranya. ada banyak lagi kelebihan bersahur lagi lagi jika dilewatkan bersahur. maksudnya antara 10 ke 15 minit sebelum waktu subuh ketika bilal sedang membaca ayat ayat Al-Quran. kita mendapat pahala sunat dan afdal makan pada waktu begitu.

tapi, zaman sekarang ni... kawan kawan aku laa.. mostly sahur jam 2 3 pagi. malam malam melepak berbual bual kat mamak ke, warung mana mana ke, makan puas puas sebelum balik untuk kerja atau ke kelas waktu pagi.. tyme tu la sahur pada mereka. [segenlintir ok]

atas alasan malas nak bangun lagi sebab da tido lewat dan dah makan kol 2 3 pagi. kekadang sahur jam 1 pagi. hebat... konpius aku pada mereka mereka yang begini. apa apa pon, yang baik kita kejar dan jadikan amalan dan yang kurang baik kita jauh jauh kan. salam ramadhan semua!!



**images from guggling**


Thursday, August 5

Kesan Tidur Lambat

salam semua..


makanya kepala aku menjadi ngeng. ughhh! berpusing pusing rasa kepala. letihnya tak cukup tido. apa yang aku buat ye semalam? rasa nya semuanya memenatkan memang patot boleh tido lena. tapi.... gagal plak. hurmmm


menu makan untuk ari rabu [iaitu semalam adalah]



  • # nasi lemak [bekpes]




  • # bihun sup [lunch - panas, sampai burn lidah aku... ari ni pon masih rasa lagi] 




  • # nasi putih, ayam masak merah dan sayur campor [makan jam 6 ptg. nasi banyak tapi ABES!] - dapat FREE




  • # bihun kungfu [jam 9.30 malam - tak taw nak klasifikasikan sebagai makan malam atau supper] - dapat FREE



adakah kerana makanan makanan ini aku tak mampu tido seperti biasa iaitu pada jam 9.30 malam? ye la, da orang tepon ajak mam.... dibelanja... balik umah 10.30 malam bajet teros membuta la kan... malangnya... golek golek, golek golek.... da kol 1 pagi. urghh! wat happen tu me!


ohh fuud... sesungguhnya ia adalah rezeki. sayang untuk ditolak. kesannya... menantoknye aku!! jam berapa sekarang... LAPA......


Monday, August 2

Selamat Melayan Blues

salam semua!!!!










selamat bekerja.


ini entry bulan lapan yang pertama.


ini adalah hari isnin bulan baru tahun dua ribu sepuloh


bye!


























[aku tak tau nak apdet apa dalam belog. banyak aktiviti yang berjalan pada sabtu dan ahad. seperti, membeli belah di alamanda dan bawak mak jalan jalan, jumpa blogger ayuz deadwish di lowyat dan marah marah aku sebab aku lambat..oh sila marah rescue ranger. anta dia balik umah dan makan makan char kuew tiow di sany char kuew teow wangsa maju hasil belanja orang laen. best kan hujung minggu aku? tapi.... boley cerita aje gamba takde! sob sob sob.... kalu lah enpon ku canggih.....] <--------- nak henpon tu cerita sebenarnye! cehh



Monday, June 14

Penat Sangat Sangat!!!

Assalamualaikum dan gud day to all...

may ALLAH sentiasa bersama anda... rentetan hal umah sewa aku yang penoh dengan kerabat kerabat asing dan aneh [macam alien lak yang datang kan kan] aku mengusahakan diri untuk tidak berada di rumah pada hari minggu. sabtu dan ahad! so *** sebab weekend weekend la kita nak rest dan lepak lepak di rumah. 

aku tak balik putrajaya pon sebab rasa macam membazir minyak je  ulang alik jejauh sebab hari ahad [semalam] aku akan ke kenduri kawen blogger zedi... so aku pon paksa rakan aku untuk keluar melepak dan melepak di sogo.[dekat, jimat dan yang penting tak banyak kua duet!].

 ~hahahah!!!~

petang je aku balik balik umah tengok umah kosong.. cepat cepat masuk bilik dan menidurkan diri. tyme standard terganggu hari sabtu dan ahad adalah pada jam 6.30 pagi sampai 7.30 ke 8.00 pagi dimana budak budak kecik terjerit jerit dan menendang nendang pintu tandas[berdepan dengan bilik aku!] dan pada jam 5.30 petang sampai laaa ke 8.00 atau 9.00 malam. nak tengok shin chan pon seksa beb... ada saja show depan tb tu... T_T

hari ahad pulak.. aku dapat text dari nini tedylicious cakap pegi kenduri zedi makanya aku bersiap siap dan siap. kol 11 pagi nak kua...cek line... ok kosong so aku pon kua dengan jayanya... dalam perjalanan jumpa nini, si wong ah ian text cakap nak ikut tapi around 1.00pm so aku teros roger nini.

semalam adalah hari durjana sungguh kerana sesat ke kenduri kawen zedi dan tiba tiba kami[aku dan nini] tak bertauliah join rombongan pengantin lelaki! ngeee.... hahahahhah!! da segan beb mau terjah terjah sembarangan. dalam hati da ada keraguan menyatakan yang kitaorang da salah kenduri sebab ngee... sume orang pandang aneh!

'trimas la banyak banyak' pada ian dan fhad kerana membuat aku dan nini tunggu selama 1jam 45minit la di kenduri kawen itu.. tapi dorang datang 15 minit je pastu belah! waaaa... memang bes!! [bikin waaa sangat berapi!]

akhir kata, gamba takde sebab kat henpon orang laen! hahah aku kan pakai henpon stok baling anjing. so takde la kamera kamera ni... lalalla

penamat post ini:

bye!!

Thursday, June 10

HARI INI...

Assalamualaikum....


hello everybody dan selamat hari khamis. hari ini RMK 10 akan debentangkan di parlimen dan bajet bajet untuk malaysia pada tahun depan akan dikeluarkan. hehehe....[harap mendapat bonus berlipat ganda sebenarnya]

lepas tu, hari ini gak da tiga hari aku dok buat banner design untuk aktiviti swasta yang tak setel setel. mujor la changes tak banyak dari segi rekaan its just susun atur dan tatacara letak ayat je la kan kan... dan hari ini jugak la...[cakap psl RMK-1O ni] aku kena abiskan baca soalan soalan dari ahli ahli parlimen untuk detect ada tak berkaitan dengan opis aku. hu..... seboknye... keje sedia ada pon masih belom setel lagi. lepas tu lagi, hari ini jugak adalah hari ke 3 aku pose... mudah mudahan bertahan sampai magrib! amin... 





lepas cete pasal hari ini... cete esok plak!! hari yang paling ditunggu tunggu... empat tahun berlalu dan kini ia kembali berada di Afrika Selatan... auuwwwww!!!!

waka waka eiiyaa!![shakira nyanyi] berebot rebot jadual perlawanan dengan abang aku. huhuu... suka suka rembat flyer mcD yang sediakan jadual perlawanan untuk FIFA WORLD CUP! nasib ada laen. cesss!!! dan apa yang pasti.... tahun ini.. 2010... yang bakal menjadi juara adalah~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ENTAH!! AKU PON TAK TAW.... 
[korang rasa sape??]





penamat post ini: harap ada berita gumbira.. RMK-10

Friday, April 23

Semalam Aku Bermimpi..

salam dari tuan umah kekecik...




 
malam tadi aku mimpi.... tragikkk..ye aku rasa tragik sangat sangat sampai aku rasa aku sesak nafas bangun pagi. 


tapi kan... aku da tak ingat aku mimpi apa sebenarnya.... yang pasti mimpi tu kesan dari dua entry sebelum ini... 


KESAN MINUMAN BERAIS dan entry TOLONG. 


semalam aku terlalu letih dan penat dan malamnya aku tak mengamalkan minuman suam.... bantai makan McD double chicken mcDeluxe kann... pastu pedas... aku bantai air sejuk ais.... kesannya sampai ari ini. perotku!! [sila jangan contohi saya]



p/s: sayangi diri anda.... uhhh! aku perlu ke tandas lagi.... T_T

Wednesday, April 21

Kesan Minuman Berais...

errmm.. testing.. test.. tess... one two onw two four!! ya... ok da ok da blog ini... hehhe... hye there!! aku demam siket ni.. al maklum kesan semalam keje memang tak hengat punya kan kan... okayhh.... 



iklim negara Malaysia yang kering dan lembap sepanjang tahun menyebabkan MAJORITI dari kita kita ini gemar sesangat minum air berAIS... kan kan... tipu kalo korang cakap TIDAK... tipu tipu... sebab perkara normal kalu di kedai kedai makan.. lagi lagi tengah hari tegak terik.. orang order air berais.. kadang kadang mintak ais lebih lagi. 

dalam facebook pon da wujud fan page atau group [aku tak sure] yang khas untuk "peminat memakan ais selepas air habis..." heheh... group macam tu pon ada.. dan ramai yang follow... lumrah la kan sebab negara kita hampir dengan garisan khatulistiwa.


berbeza di negara China atau Jepun... rakyat di sana gemar meminum air teh panas selepas makan... sebab ye laa teh yang bagus memberi banyak manfaat dan negara negara ini memang terkenal dengan teh yang bagus dan mahal mahal.

"Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walau bagaimana pun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. "

"Kita patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada. Ia mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur."
 
thats the facts actually. aku sendiri dapat rasa perbezaan lepas makan minum air berais.. perut kita akan rasa sendat! rasa penoh sangat sangat. berbanding aku minum air panas atau suam.. peloh kua dengan banyak [sebab kadar pembakaran lemak selepas makan] dan tak rasa sebu perut.  



seelok eloknya lepas makan minum air masak atau mineral. plain water adalah yang terbaik. kita tak biasa makan tengahari minum air panas atau suam.. jadi pilih untuk minum air masak atau mineral berbanding air yang mempunyai ais. ais bukan penyebab perut boncit sahaja... malah banyak kesan kesan buruk lain seperti sakit kepala dan tekak.     


penamat post ini: hurmm... nak cantik nak hensem... kena kurangkan ais.. hehe

Tuesday, March 9

Quick update: IIM dan ...

ermm.. hari ini akan ada lawatan dari USIM ke IIM pastu ad taklimat. aku semalam da siapkan folder tok gift student student yang datang.. rasanya nanti aku kena tolong setup tempat kot?? hahah... entah la... [ehh macam aku menulis dalam diari lak! demmm]


owhh!! ini ada pengalaman menarik untuk dikongsi!!!heheheh

"bila makan di kedai mamak.. ada orang gila usha... jgn tunduk! kan da TAKOT! len kali kenyet je mata... sbb ap.. sbb dia gak pndang org gila tu dulu... ngeee!! nini nini!!"

"ada orang tanya kat seseorang ni... kalu nak cari bilik sewa kat 7e ke??"
- si peja -

"bila da tak tahan sangat nak terkucil.... RESTORAN MADAM THONG adalah tempat terbaek! mau taw lokasi... rujuk ayuz DEADwish!"

penamat post ini: mesti korang tak paham kan... aku tak ley taip detail2... nti aku kne bahan lagi teruk! ngee!!

Thursday, February 25

MALU biala bertempat! adoii....

aku taip strait saja okay.. no intro berkerawang kerawang untuk sampai ke peringkat klimak stori. huh... orang da suwo makan tu.. makan je laa... benda free!!! ko x payah kua duet... pon tak nak... buat keje.. pon nak malu malu ke?? apa jadahnye?? betul betul aku tak paham!!

da bertahun kerja.. logikkah MALU dijadikan alasan?? pada aku yang baru bape bulan kerja ni, makin lama kita kerja makin patot kita jaga hati akak akak abang abang bos bos dalam jabatan ni kan kan?? nak bincang pon MALU?? nak suwo makan free pon MALU?? jadah ap?? 


MALU bia bertempat la beb... aku memang tak taw MALU bila orang ajak makan FREE! itu adalah rezeki okay!! sesungguhnya klu kita tolak REZEKI maka kita takkan maju? kan kan kan... aku tak MALU bila nak tau sesuatu yang aku tak paham. aku tak MALU bertanya agar aku senang buat kerja. klu MALU tanya.. buat keje pakai pandai sendiri sekali salah!! ko kena marah... kan da MALU... betul kan kan kan!

itu satu kes... ini ada lagi kes laen.. makan free pandai!!! tapi bila mintak tolong berat nak mampos nak tolong! betul betul aku tak paham jugak. aku tak perfek! aku tak sempurna.. aku pendek.. mata bulat.. slalu kena ejek! tapi aku dulik apa.... janji blaja untuk trima keadaan dan cuba betulkan.

manusia manusia macam ni perlu ada kesedaran SIVIK siket la... seyes! akak akak opis ajak makan beria ia!!! oii free ni... da sampai kena sound direct pon tak paham paham lagi. konpius aku!

 
[orang muka cam beruk pon tak taw malu.. ko da perfek pesal nak malu??]



penamat post ini: okay! aku da tak taw nak taip apa lagi... papaii!! nak taw lebey lanjut hal ini... masuk ym!

Thursday, February 18

Secret Recipe dan RedBox

salam makan makan untuk semua. cerita makan makan ini berlaku pada ari jumaat 12hb Feb 2010 dan pada 16hb Feb 2010 di dua lokasi yang telah dinyatakan di atas. hihih... mari kita usha~


 
[new york chese kek ni makan sebab tunggu makanan yang di order]
|
|
|
|
|
|
v

[menu makanan saya ye!!]
cik grilled chiken ni memang nikmat laa!! ada lagi menu laen... tapi tak dapat cete


lokasi RedBox ni plak sebenarnya gara gara nak tengok wayang tapi tak taw nak tengok cete ap.. sume cete tersangat sangat baru. so pusing blakang bertentangan dengan GSC nampak laa tanda di bawah ini...

 
[hehe.. 2 dalam 1. karok sambil makan]

pastu pikir pikir nak book bilik ke kira per person. sebab book bilik hari biasa RM40++ pastu tanya per person bape caj ahmoi cakap RM18++ sampai kol 3petang. sila tengok jam serentak. eit!! baru kol 11.45PAGI! masuk pastu waiter suwo pick air minuman no need to pay its FREE!! makan buffet free!! 

 



 
[ni je yang dapat.. sebab makan kol 2.. lambat...T_T
gian karok punya pasal la 2.. rugi tol!!! tapi takpe.. puas ati beb!!

wahahahah... chines new year kot.. karok mau dekat 3jam kan kan.. sore ak pon cam haram da terjerit jerit... jam terakhir sebelum kol 3petang waiter datang lagi ask for last order.. ak x mintak laen.. mineral water!! tekak da sakit... hahah skali dia cakap mineral botol kecil RM9! ha.. hamik ko~

 
[hamik hamik.. T_T]
puas ati ke? padan muka ko.. kena gak!! lalala





penamat post ini: cuti cuti jalan jalan makan makan

Friday, February 12

Nando's dan Pizza Hut

lama da aku tak letak gamba gamba makanan kan kan kat entry aku. hihih.. kalu dulu mula mula idop kat belog ni.. aku cete pasal makan aje.. ye laa.. aku duk kluang... masa banyak tok leisure dan makan makan. member member pon takde hal boley lepak anytime. so cete pasal makan aje. tapi da grow up dalam belog cete pasal macam macam plak. so sekarang balik to basic. makan makan makan....




 
[ini nando's]
seyes tak SEDAP! hampess ngan sos peri peri yang sangat sangat aneh rasanya. ayam dia punya kuah[ape ayat aku terbalik ni??]rasa aneh so ayam tu cam.... HAMPES la senang kata.. lokasi kat the mines seri kembangan ye! makan ni free.. tapi tak sedap...







 
 [ngancam tak???]
nampak gebu gebu je kan roti pijja ni.. nyum nyum nyum... gebu gebu jangan ingat nini lak. dia tu gebu laen! miyahahahah.... compare pijja ngan nando's mesti la pijja lagi menawan kalbu. hihih... takyah komen bebanyak laa sume da taw. lokasi pijja ini di makan adalah di bandar baru nilai... [bos blanje taw! bos memang bes!! yeaa~]


penamat post ini: apa menu aku nak makan lunch ni ek?? kafe bawah buat laksa aje.. cess!

Friday, February 5

Jemput Makan Semua!!!

okay okay.. korang kena baca dulu.. of koz.. pastu korang kena try! hihii... menu makan malam tadi adalah makanan siam yang telah akak aku dapat dari opismate dia... quite bes laa.. mula mula nampak cam aneh aneh tapi tak pelik bila rasa... SEDAP!

bahan bahan yang kita perlu kan adalah... [da macam segmen memasak da...] daun pucuk kaduk, pastu bawang, halia, kacang tanah goreng, kelapa goreng, penambah kick sos cili Thai.

[ini bahan bahan nya ye...]

cara nak makannya?? senang aje... amik daun kaduk... daun saja okay! pastu masukkan sos cili dan bahan bahan laen.. gulung gulung daun kaduk tu.. kemudian masukkan dalam mulut anda... KUNYAH KUNYAH!

 
[ni banyak sangat cili.. pedas!]

 
[haa.. campor kan semua.. campor campor!!]

|
|
|
|
v


~MAKAN~

itu la dia... apa nama makanan ini?? dem it.. aku sendiri tak mengetahuinya. haha.. mula mula mesti cam aneh sebab ada halia dan makan macam itu saja kan kan? tapi sebenarnya tak rasa pon. kalu korang nak try, masukkan je semua. bawang pon makan aje. [tu sebab ak tak makan bawang, halia.. hihi]

[pucuk kaduk]

mula mula anak sedara aku ingat pokok ni hiasan atas meja makan. tapi dia terkejut sebab tengok akak dan abang aku gunting daunnya.. makan! hihi.. apa laa punya budak...

penamat post ini: sapa sapa taw nama makanan siam ni.. sila laa roger aku ye!

Tuesday, January 26

Kesan Kasut Tumit Tinggi


[wedges aku lebih kurang macam ini. tapi kayu tapaknya]

As salam,

aku bukan apa.. sepanjang seminggu pasar malam sampai empat kali. dua kali di salak tinggi sekali di nilai dan di desa pinggiran putra tu. erm yang dekat rumah aku tak pergi la sebab pasar malam tu macam segan segan aje nak idup. so aku selalu singgah pasar malam salak tinggi dan nilai. ikot orang lagi pon. dan pergi mesti la lepas waktu kerja.

silap hari, aku pakai kasut tumit tinggi pergi ke tempat tempat itu. ada hari aku pakai sandal saja ke opis, maka kaki tak sakit la kan. tapi seyes! aku pakai kasut tumit tinggi pon 3 inci kaki jalan sangat lenguh. selalu jugak pakai kasut jenis wedges tapi tetap tinggi! hahah... reseach reseach menggunakan google dan yahoo. melihat kesan kesannya. rasanya ramai jugak yang tahu tapi percayalah kerna ramai jugak yang tahu tapi buat buat tak tahu.


[klik rajah untuk lebih jelas]

"Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan."
[artikel dari blogger INI]

"Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul."
[sumber di SINI]

penamat post ini: sedang berfikir fikir... lepas ini kasut tinggi yang ada nak buat apa.. pakai ke simpan....