Showing posts with label m3rapu. Show all posts
Showing posts with label m3rapu. Show all posts

Monday, March 26

~salam sepi~

bila aku cuba mencoret setelah hampir setahun... mampukah??

warghhhh.... like my miserable life. kenapa tiba2 aku mencoret setelah menyepi. kalu ad istilah blogger, nescaya 1 ari akan tiba untuk menghapdet semula yoo!! ahakss...

check my latest entry td.. loor.. aku update last lepas menjadi tunangan orang ya. status skarang... udah la menjadi isteri orang yang bekerjaya.. aiceh!

miss my blogger tyme bl masing2 gila komen balas membalas dan menjadi hits terbanyak.. rindu2..... sekarang mampukah memberi komitmen sbgai isteri pekrja dan blogger. ahh pada sesetengah orang bnda leceh aje. tp pada aku mmg belom mampu kerna kekangan kerja melampau... line yang terhad dan.... (alasan je bley lu nk xnk ikt kata ati ma) <---k- sgt siot kata2 itam ati aku.... dan komitmen untuk memulakn keluarga. haaaa... tu dia. BERSEDIAKAH?

ALLAH mengetahui.... =]






Monday, March 14

Hai Blogger!

erk.... 
ermm.. tes.. tes...
Bismillah....

Hye sume! wehh lme gila gila aku tidak memBLOGGINGkan diri... grr... aki memang hampagas penyedut sampah betol! apa terjadi dengan dunia belog kini? makin rancak? makin serabut?? apakah apakah? sila roger komen saya untuk bercerita...

simple note to inform untuk orang yang ada terbaca entry ni... aku makin bizi dengan keje yang tak pernah habis dan selalu da balik lewat. idup untuk ibadat dan menghambakan diri dengan kerja dan ujung bulan baru la dapor berasap! 

ermm... simple note lagi.... 12.03.2011 adalah hari pengesahan tali pertunangan (ngeee ngilu aku nk taip ayat pertunangan) aki dengan encik rescue ranger, maka nya doa kan kami agar ke jinjang pelamin secepat mungkin.... amin amin amin.... hihi (gedik)

else, see you later!



Wednesday, November 10

Pengawas Ke Mawas

salam...

kredit to google search

kusyuk membaca satu satu cerpen dalam penulisan2u. terimbau terus pada suasana sekolah menengah tahun 2002 2003. hahaha... banyak sungguh kenangan manis masam masin yang terimbau. hampir 5 tahun aku tak jejakkan kaki di sekolah menengah itu. walaupon dalam taman perumahan aku jugak.

membaca cerpen tentang cinta zaman remaja. cinta rakan sekelas. antara pengawas dan mawas, hahah memang seronok.

teringat aku zaman memegang jawatan yang memerlukan pakaian unifrom berbeza dengan pelajar lain. kalu sekolah lain pengawas biru dan pustakawan hijau. tapi kami kena berpakaian ungu, cantek. aku sukakan ungu tapi memang payah nak cari match dengan kehendak sekolah. waktu perhimpunan pagi dan rehat waktu ditunggu tunggu. kalu pagi jaga pintu utama... boleh main main mata dengan pengawas itu. [ehem ehem kekasih zaman sekolah la tu] hihi.

waktu rehat pulak tengok jadual. harap dapat sama sama bertugas. lagi lagi port terceruk. senang siket nak berdating. haha... bila terkenang balik zaman sekolah tu... ooohh rindunya. bergaduh bermasam muka... menjerit berlari keriangan... memang indah. i wish.... mereka mereka juga merindui aku seperti aku merindui mereka.

dua tahun itu memberi erti persahabatan. latihan teater kemerdekaan. pertandingan zapin untuk hari guru... [keh keh keh klaka wehh aku masuk zapin! ouh!] berdate sampai jadi isu di kalangan guru guru, ahaa jangan ingat cikgu cikgu aku dulu tak amik port gossip cinta budak budak. aku sekali kena tempias. cikgu HEM [hal ehwal pelajar] sendiri jumpa aku cakap stetmen yang memilukan. huhuhu kes pakwe yang tak cukup umor dari kita  pastu aku pindah sekolah dia kapel dengan orang lain. owhh time dengar dari mulut cikgu tu aku sesak nafas! yela... aku dapat tahu dari cikgu bukan budak budak~ hebat kan... hahahah... cinta zaman remaja... [tapi tyme tu aku menafikan pertuduhan cikgu menyatakan aku kapel...]

kerana cinta itu la... pengalaman untuk masa kini dan hadapan. pengalaman mematangkan mengikut peredarana umor dan juga masa. jadinya. kepada pelajar pelajar yang masih memakai uniform ke sekolah anda harus belajar semua itu [pengalaman pengalaman yang baik la kan jangan yang buruk keh keh keh] untuk dibawa pada alam dewasa dan alam bekerja.

untuk pelajar pelajar yang dah tak pakai uniform, dah lepas satu azab alam persekolahan dan kini menikmati suasana kampus, alam pra-dewasa dan cintan cintun... takpe, asal jaga batas dan tingkah laku. tiap tiap sem dean's list~ enjoy... kerana bila sekali anda masuk dalam alam pekerjaan. suasananya adalah berbeza. berbeda antara alam persekolahan dan zaman kampus. tapi ia sesuatu yang bagus kerana sesuai dengan peredaran umor dan kehendak kita. tapi, aku merindui zaman sekolah~~~ 



Tuesday, November 2

Baby, Baby, Bebeh


salam..

fenomena ermmm JB (justin bibir) adalah sebenarnya 51 tahun belum terjawab lagi ke dah?? sape tau? aku tau cete ni da basi siket tapi aku tak dapat lagi mengakuan atau penafian daripada pihak tuan badan atau tabloid tabloid!

cess sejak bila aku layan benda ni. sume gara gara FACEBOOK!! 

erm... Maher Zain tu sapa ekh. lagi satu fenomena yang aku dah tertinggal jauhhh!!



p/s: weh aki layan hentak hentak lompat lompat saja!! yearhh... [sila jgn pk -ve!]


Tuesday, October 12

To:All My Beloved Followers

salam,


kepada : 


[harap maaf bilangan dikaburkan kerana SEGAN!]


Per: Sila Tinggalkan Link Belog

merujuk perkara diatas pada tarikh ari ini, adalah diharapkan agar anda anda yang bergelar PEPEL SOLDIERS untuk meninggalkan link belog masing masing kalu tak de kat profile korang pon... tinggalkan di chat box. 

hal ini kerana aku dok tekan tekan link muka korang tapi takde link belog anda anda.. pada yang dah ada... aku da singgah dah.. tahniah!

pada yang di linkkan di barisan RE PE RENS atau maukan link belog ini di belog anda [apa ayat ni] sila roger agar aku buat perkara sama. give and take orang mata biru cakap.

tutorial untuk follower letakkan link belog masing masing dari belog HAZZY
penat aku selongkar!!

sekian, trimas.

"memantapkan belog dunia sebelah AKI"


Daripada:




Wednesday, October 6

Errkk!

salam!~


mengimbau kembali kenangan yang tak berapa lama... hurmmm....
bukan untuk mengaibkan... cuma entah lah...jus mau kongsi kan bersama.
hehehe....


gini cete nye ye noks~
one day in weekend... pesal tetbe kua english?
ok abaikan. aku dapat jemputan ke rumah terbuka di shah alam. ermm... bukan kawan aku.
tapi kawan kepada kawan kawan aku. harap anda anda paham.


ok dipendekkan cerita....
aku dan kami pon melalui federal highway menghala ke susur I-City untuk ke open house.
sebelum nak sampai tu da ada bunyik bunyik malas nak singgah sebab da lapa ketahap yang parak.
keterbukaan rumah itu tidak diketahui lokasi dan seterusnya bermula pada petang hari. dalam kol 3 la.
lepak seksyen 7. aku tak salin baju. gamble dengan jeans dan t-shirt ANEH. 
kami yang laen bertukar ke baju raya masing masing. semangat~~


kol tuan punya badan. uhh tuan badan kepada kawan kawan beritahu dekat dengan concorde hotel. belakang aje. oooo maka aku pon ikutkan saja. tau la gak kat seksyen bape concorde tu. da sampai.. dengan jammed melampau sebab parti pakat pakat pon open table tepi jalan utama.... kau! beratur berderet deret dalam gerimis orang datang makan free. 


cari cari. tak jumpa. cari cari... tak tawu. kawan aku tanya, pernah pergi bukit cerakah? aku cakap pernah ngan team BLOGGER tapi macam biasa, bukan aku pemandu malah aku hanya disisi kereta ke empat.[yaitu kereta nini dibelakang kete miza, paret maupusat dan jalak lenteng]


ok penyudahnya.... bapak kepada tuan badan rumah cakap dengan kami dan bagitaw rumah kat mana. ok.... lari jauh. tak jauh mana la sebab sebelah sebelah je. tapi bayangkan~~~


anda tuan rumah... cakap rumah kat bandar tasik permaisuri, cheras tapi hakikatnya anda berada di setapak jaya.... APEKAH? 






p/s: ada ke tuan rumah yang blur umah sendiri walau dah duduk berpuluh tahun??



Tuesday, September 21

Rumah Terbuka

Rumah Terbuka??? 


salam semua, salam sejahtera.... 
[wess wess tadi aku pegang tangan PM taw!! jangan jeles abang kacak sekalian]


-ayat diatas bukan ditulis oleh tuan belog. sila laa percaya wehh!!!-


salam hari selasa,
masih bz. sedey. sebab makan sarapan pon dalam perjalanan ke PICC menaiki kenderaan opis. tapi kenyang. syukur. seronok. ari ni dapat pengalaman baru. rasa baru. pess time masuk PICC. da 56 kali lalu ulang alik ulang alik ke PICC masuk tak penah gak. tapi ari ni terlaksana. 
yeah!! <---- minah jakun... layankan.

rumah terbuka jabatan perdana menteri [JPM] memang menarik. walaupon meja jamuan opis aku diset up selama kurang sejam berbanding meja laen, perghh cantek cantek, lampu lip lap... makanan mabeles mabeles sume.. tapi suasana dan pengalaman yang takkan dilupakan.

thanks umtuk MILA AF dan FAZLI ZAINAL yang hadir nyanyi nyanyi lagu raya depan PM dan kami orang. tapi malang aku tak fokus. kerana mencari makanan. penat berebut. sedey banyak tak dapat!

selama ni tengok PM berucap kat tibi aje... kali ni.. depan mata taw. macam dalam tibi.. syiookk!! ok.... selamat hari raya sekali lagi. jom jalankan tugas!!!

Monday, September 20

Perjalanan Blog A.K.I Bermula

bismillahirahmanirahim....
salam semua....

bermula hari ini, insyaAllah belog ini akan kembali aktif seperti dahulu kala [zaman purba ais kacang] setelah bercuti raya satu hal, setelah tuan papan terlibat dalam pelbagai hal pon satu hal gak... hehehe.... so aku nak jerit kuat kuat!!

AKI!!!! WELKAM BACK!!!!!

syoknyaaa!! 
sepanjang cuti raya, syukur dapat ziarah sanak saudara mana yang sempat. kawan kawan takde pon yang aku singgah raya. maaf sangat sangat. memang mood ziarah umah kawan tyme kat kluang adalah zero. sebab raya tahun ni majoriti abang abang dan kakak berada di umah pada pagi 1 syawal. so kemeriahan berkumpul bersama famili yang sangat jarang jarang dapat aku mau nikmati sepenuhnya...

ah! sabtu lalu berjalan jalan open house bersama nini teddylicious di umah rakan nya [langsung aku tak kenal tapi kalu da bab makan... sah sah aku tak tolak] dan kemudian menuju jumpa ayuz deathwish dan kemudian.... JACK ALVIN koling koling gtaw da ada kat tol duta.... wow!! dapat jumpa itu taksuke raksasa ijau pemakan ikan. hepi hepi....

blogger yang ada tyme itu, wong ah ian, sabarimon, xtionKAMEN, jack alvin, nasi putih, nini, yuz dan aku. heh.. happening!!

[ad yang aku tak link... heheh]


okey la nokss... buat entry cipOt ni berlambak teros keje aku tak siap... dems.....




p/s: blog kamu kamu aku singgah pelan pelan. jalan kaki, bukan naek viva biru....



Wednesday, August 25

Lagu Kanak Kanak



buai laju laju
sampai pokok sena...
apa dalam baju
sekuntum bunga cina... <----kenapa sekuntum? soalan yang wujud dari enam tahun




dimana dia... anak kambing saya
anak kambing saya 
yang pakai baju baru...<---kambing berbaju... sama, soalan yang berlegar legar di minda
can mali can oii oii
can mali can oioii
can mali can..
hai ketipong payong




air pasang pagi surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam
itik bertelur ayam mengeram
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit jerit
naek kereta api sampai kuala lumpur
nampak minah cantik terselit bawah dapur




lagu tiga kupang sagu penuh padi 
enam ekor burung masuk dalam kuali
bila sudah masak burung nyanyi saja
tentu sedap makan beri pada raja
raja dalam rumah buat kira kira
suri dalam dapur makan roti gula hey!!
dayang tepi kolam mau jemur padi
datang burung hitam 
patuk batang hidung hidung hidung!!




[banyak lagi lagu lagu zaman aku kanak kanak teringat ayah aku, suka nyanyikan lagu can mali can... heh.budak budak sekarang takde da kot taw lagu macam ni. lagu bom bom pow... lagu shahir... tu la lagu lagu untuk dorang membesar... ]



Monday, August 23

Funny and Silly Sign All Over The World

salam ramadhan....
selamat pagi... pagi ke? kol bape ni? ooo pagi pagi.
ujung minggu lepas adalah nikmat pada aku kerana aku duduk dalam rumah diam diam. tak keluar umah. maka, boleh la kemas kemas apa yang patot kan. baru la rasa pempuan siket. kalu tak!! cadar 5 bulan pon malas nak ganti! hisshh! terok!

heheh...... jom usha papan tanda / signboard yang mengarot tapi ujud dalam dunia! cekidoaut! [perosak bahasa]


[warrghhh!! warghh!! <---spesis takotkan binatang]


[hahaha... ok comel signboard ni!]



[amaran keras ni~]


[yang ni seyes aku tak paham....]



[chips tu... kepek a.k.a jajan kan?? ke aku salah?]



[untuk bakal bakal mendirikan rumah tangga... okey ni hahaha]




[hurmm.......]



[sempoi! pekerja yang bagus!]



so! have a great monday guys~~ huhuh...
wassalam



Friday, August 20

Sori Waks

salam....


adus wakkss.... sebok kok....
ari ari syok ni laa sbok lak..
maaf tak singgah!!
selamat bercuti..
petang kalu sempat aku online blog dan jalan.
sebab petang ni ada ceramah... konsep 1 malaysia
makanya... selamat untuk semua ya!!






wassalam!!





Thursday, August 19

Selamat Ulang 1Tahun 1Hari

Salam untuk semua....


first of all aku nak cakap makasyeh... makasyeh dan makasyeh banyak banyak kepada semua blogger.... lagi lagi follower dan blogger yang suka singgah dalam belog pinggitan aku selama ini. 18 Ogos 2009 adalah hari pertama belog berDOTkan blogspot ini ditubuhkan

wujud setelah beralih arah dari dunia belog friendster [zaman friendster ada belog kan kan hahahah] hasil bantuan member aku asbesstos [pakar snap snap mamat ni... freelance untuk wedding potographer - ceh sempat pomot!!] maka terhasil laa akitoimada.blogspot.com. entry pertama yang ada komen adalah ENTRY INI komen pon sorang je~ hehe... asbesstos la. lama lama.... jadi la macam sekarang.

masih lagi belog pinggitan. at least ramai yang picisan... tapi aku pinggitan! hahaha..... header blog adalah dalam 3 4 kali tukar. lepas tu end. ahh entry yang paling syok dan komen banyak adalah ENTRY INI mencatat sebanyak 1252 komen. itu sempena PARTY KOMEN yang akan menjadi kenangan blogging seyesly terindah. hehehe....

kepada: nini, ayu, deus, frodo, bullet, farid, wong ah ian, 'si budak aboi', jedi, yuki, acong sengal dan yg join 1129 party komen mmg rocks~ [most of demmm da jarang da blogging sebab high commitment pada benda lain mcm kerja, life - geng geng BB hal laen! dem~] 
- geng BB aku highlight nama lagi! hahahah


dan semua blogger blogger yang aku admire [maksud SEMUA blogger yang ada dalam senarai dan aku rajin singgah] trimas!! atas sokongan anda!! 








terimas kerana singgah belog saya
terimas kerana baca entry entry saya 
[harap ada sedikit input walaupon banyak nya sampah semata]
terimas komen dan terimas follow~
maka,
RAJIN RAJIN LA KLIK NUFF!!
hahahahha

Friday, August 13

Broadband


[satu kala senja nan sepi... bersuara seorang mahkluk halus ke telingaku memberitahu tentang berokban... ]

makhluk halus : eh... ko tak payah la pakai berokban lagi. sekarang tanggungan bertambah... parking umah nak kene bayar tiap tiap bulan rm60. berokban rm70. kalu potong berokban kan da jimat siket

aku : ala beb, aku tak bayar dua bulan je kot berokban ni.... sebab terlupa. bil pon datang umah johor bukan kajang atau sepang. 

makhluk halus : ko tak payah dah pakai berokban... lagi pon opis ko sekarang dah ada semua kan... tak de kena belok belok kan.... tak payah pakai... terminate aje....

aku : hasutan, hah ye laa aku potong.......

[maka sessi potong memotong pon berjaya.... operator siap tanya kenapa potong. yelaa... sekarang ni semua orang nak berokban, wifi and etc.... aku hanya diam]

aku : weh, ak dah terminate berokban aku... modem ni simpan laa. CSL kot, lawa lak tu wane pink corak corak. sume ingat pendrive...

[wa sgt syg modem wa!!]
thx google

mahkluk halus : takyah takyah. bak meh. bia aku jual. kawan aku nak kot.... nanti ak tanya.... eh bill tonggak ko bayar da belom ngeng??

aku : alaa.... aku bayar rm41. so tinggal dalam rm80 kot. bia laa.. ah, paking kete takyah bayar tiap bulan laa! sekali je.... hurmmm

mahkluk halus : takpe.. biar kurang tanggung bil bulan bulan.....

**********************

mahluk halus : aku jual berokban ko rm80. 

aku : hekkk??????????? modem harga rm80!!! aku beli rm190 kot~ tak sampai setahun tu guna....

makhluk halus : duetnye aku dah buat bayar bill yang tunggak...

aku : heeeeeeeeeeekkk~ apa ni... tak dapat duet langsung... [sedey gila]

[tyme ni wa da bengang ayam da... makhluk halus ni... ada gak kene pijak dengan aku kang!! haisshh... dan setelah berbulan berlalu.....lokasi tasik titiwangsa]

mahkluk halus : eh aku ada bawa laptop la.. hah sementara tunggu si [tutututtt] aku nak layan naruto ahh

aku : heh... kan kat aku koleksinye....

mahkluk halus : pe barang, pakai berokban la.... [sambil bukak modem baru dalam plastik!]

aku : eh,, pehal ko ada brokban ni??

mahkluk halus : kan aku da cakap, suro adik buat kan... 

aku : ????

[dan... beberapa ketika... yaitu sekarang]

aku : selalu ek nampak ko online sekarang..... 24jam.. aku kat opis je la... kalu tak sebok...

mahkluk halus : eh, seronok gak kan ad berokban ni... hihih...

aku : (^#$^%@#$!!!!

[dapat sebakul maki dari aku!! perghhh hati panas aje tengok orang laen online 24jam. aku pagi sampai petang aje laa kalu dapat. kalu dapat!]




Thursday, August 5

Kesan Tidur Lambat

salam semua..


makanya kepala aku menjadi ngeng. ughhh! berpusing pusing rasa kepala. letihnya tak cukup tido. apa yang aku buat ye semalam? rasa nya semuanya memenatkan memang patot boleh tido lena. tapi.... gagal plak. hurmmm


menu makan untuk ari rabu [iaitu semalam adalah]



  • # nasi lemak [bekpes]




  • # bihun sup [lunch - panas, sampai burn lidah aku... ari ni pon masih rasa lagi] 




  • # nasi putih, ayam masak merah dan sayur campor [makan jam 6 ptg. nasi banyak tapi ABES!] - dapat FREE




  • # bihun kungfu [jam 9.30 malam - tak taw nak klasifikasikan sebagai makan malam atau supper] - dapat FREE



adakah kerana makanan makanan ini aku tak mampu tido seperti biasa iaitu pada jam 9.30 malam? ye la, da orang tepon ajak mam.... dibelanja... balik umah 10.30 malam bajet teros membuta la kan... malangnya... golek golek, golek golek.... da kol 1 pagi. urghh! wat happen tu me!


ohh fuud... sesungguhnya ia adalah rezeki. sayang untuk ditolak. kesannya... menantoknye aku!! jam berapa sekarang... LAPA......


Tuesday, August 3

Fakta Menarik

salam semua...


pagi pagi sedikit emosi dan sedih sebab layan cerpen remaja bersiri dari Trilogi Jiwa Lara dalam belog Anuar Kamaruddin yang sudah berkembang ke episod 23. huhuh....


dari 250 fakta yang aku baca sumber dari SINI. beberapa fakta aku senaraikan balik, yang aku rasa aku nak buat simpanan dan bacaan la... antaranya ialah:


  • Bola mata kita beratnya lebih kurang 28 gram. da pernah timbang?? 
  • Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan
  • Babi tidak boleh berpeluh karena tidak mempunyai kelenjar peluh. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya. harap maklum la ye
  • Rata-rata manusia bergerak 40 kali dalam tidurnya. korang sedar tak?
  • "Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwy rndrobwlll" adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggeris. [macam mana nak sebut ek]
  • Johnny Deep takut pada badut. kahkahkah!!
  • Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalahsama dengan tinggi kita. yeee keee....
  • Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal - hahaa... nasib menaip pakai kiri kanan
  • Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor. jadi.....
  • Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap. pemejalwapan ye... harap maklom

ballpoint pen... 



ketulan ais... or dry ice~


Thursday, July 22

Ermmm...

salam semua...




tak tau mahu menaip apa... cuma... aku semalam petang erm.. rasa sumthing yang ganjil pada tubuh badan aku. dan aku teros direct kol mak. mak kata cepat cepat pegi klinik. aku cakap, klinik mesti swo pegi HKL, tak nak... lambat. then, mak cakap...ok la... pegi pakar thats the better [tapi mak ak tak speking cam tu la.. hehe] boley taw teros. dan aku pon cakap balik, haa ye la, sabtu kot. 


tapi bangun pagi tadi, terdetik sedikit keraguan. takut pon ada. cuak bersatu padu. tapi, aku rasa tak sakit. kalu masa sakit perut dulu yang doktor suspek ependix tu... aku da abaikan, tang ni.... hurmmm.... ah, malam tadi layan my fair lady kat 8tv tu.... laaa baru perasan rupanya isnin sampai jumaat. aku mati mati ingat isnin sampai khamis. patot la aku tengok cerita tu hari isnin macam tak synchronize dengan khamis. hahaha.. budus neyh.


dan pagi ni... nak on profile facebook, takley plak! aneh... pelik.. try berpuluh kali sampai la ni pon tak boleh lagi. pelik aku.... ap masalah. internet ke, server ke?? atau chrome ni nak kena sembelih... tapi pakai firefox pon sama. bukak profile orang laen pon tak boleh. heran....

entah la!
doa yang baek baek untuk aku ye... amin....

















Wednesday, July 21

FormSpring....

salam semua!


pagi yang gelap dan ujan yang lebat sejuk membeku di dalam dada....
pagi yang suram dan cuaca yang mendung terus lenyap dibuai mimpi indah....
[apa aku mengarot ni???]




erm,
semalam buat formspring... sebenarnya takde niat tapi terbuat gara gara nak tanya blogger sumthing... hahah.. so da ada la formspring tu~~






masalah nye.. aku tak taw apa fungsi benda alah ni wehh?? aku tak paham.. tengok tengok kat home aku macam ada muka orang laen... blogger ka? apa kah?? aahh aku masih kabur dengan formspring~ sila tunjuk ajar ku sifu!!!



penamat post ini: masih dalam keadaan blurr??






Tuesday, July 20

1st time main futsal

salam semua....


hehehe.. aku kena maen futsal beb!... dan hari ni aku masuk opis dengan kasut 2 inci...jalan da macam aneh aneh. area tak sepatotnya sakit! hahahaha.... 

dolu dolu tyme belaja...nak sangat maen futsal. tapi bila kenang course aku yang sentiasa bizi dengan artwork dan assignment, futsal tah ke mana tambah pulak dengan takde pon team futsal perempuan yang wujud. sekarang da keje... kena kerah paksa rela maen untuk kelab sukan! ahaaiiii... kasut sport aku da buang.... kena cari laen. 

sob sob sob... bila kenang kenang sebelum latihan pertama semalam petang, aku tergelak gelak sensorang!!! tapi bila maen petang semalam. memang tip top la... kaki aku tak hengat sakit. sepak bola pakai satu kaki yang sama aje... petang ini sampai jumaat akan ada latihan sebab match adalah pada pagi sabtu di putrajaya.

jadi hari ini aku nak praktis sepak bola mengunakan kaki kiri. tengok bola ke mana orang yang nak dituju ke mana! hahaha.... adoi hai.... seminggu ni kejang kejang la badan aku.....








elakkan nanti aku maen macam ni... bola ke laen, orang ke laen!
malu malu malu~



ada ke orang maen futsal tarik rambut weh?


hurmmm... bowling sudah, futsal sudah... bila pulak nak rasa maen paintball? tak penah agi.... pastu wall climb! waa..... bes bes bes... tak pe masa banyak lagi.... aku boleh rasa nanti!


[thx gugel for da pic]







Monday, July 19

Weekend...

Salam semua...

alhamdulillah masih dikurniakan kudrat untuk kawan kawan semua ye.. syukur.... minggu lepas... sabtu dan ahad adalah hari agak sebok dan bizi. dengan aktiviti aktiviti yang telah dirancang. hehe.. seronok memang berjalan dan keluar bersama rakan kesayangan. trimas!!

thanx pada blogger ini atas invitation menonton eclipse pada jam 12.10 tgh malam di times square. heheh... layan movi sambil menguap dan mata kuyu walaupon aku da tido petang tu.. heheh menantok laa... 

cilok dr fb.. hehe xmo marah ya sis~

review pasal eclipse meh aku share sikit dari pandangan aku la yang menonton. starting je da berciom! adess... leceh tol.... dalam episod kali ini rata rata memang better dari new moon. jalan cete lebih tersusun dan nampak la perkembangan. tapi aku rasa victoria da bertukar orang~ rosalie macam makin slim or dia da ditukar oleh pelakon laen macam watak victoria??




peranan jake sebagai warewolf yang suka sangat kengkonon pada bella, hahah sumtimes rasa macam asyik memaksa je mamat ni. watak sebelum sebelum ni macam kewl and mantain macho aku lagi suka dari watak dia dalam eclipse, dan scene mereka di dalam khemah atas pergunungan... its quite funny la... bella dipeluk oleh jake depan edward... haha... kami dalam panggung semua gelak. banyak gak scene yang lawak... gamat gak panggung... lagi lagi dengan gaya bahasa yang kelakar... tergelak gelak. pasal war antara vampire and new one tu.. .bese bese je.... tak trill... from 5 aku come out with 3 star.... 

cete laen lak.... ingat nak tengok festival bunga putrajaya... malangnya ahad lepas ada gath tak rasmi dengan rakan sekelas lama. dia datang KL ke pwtc ada pameran mesin mesin mencetak untuk company grafik dalam malaysia. aku nak masuk tak boleh sebab kawan aku cakap hanya untuk jemputan sahaja. dia pon kena pakai pas pelawat. so kami lepak mcD the mall. kawan aku blanje makan upenye... rugi aku tak makan kenyang kenyang!! petang lak ujan lebat soo bertapa jela dalam rumah....




to all person yang da fill up my weekend... luv u all n thank jumpa aki. lalalaa... jadi kamu kamu.. bila mau jumpa saya???