ahem ahem.... harini hari rabu... eh eh salah khamis. adess da lambat sehari aku ni. slow. ok setelah beberapa lama mengeluarkan entry yang macam sampah ari ni aku mau kongsikan info yang aku usha dari yahoo. heheh.. jambatan yang paling menakutkan dalam dunia. ada rupanya ye.. ingatkan takde, kalu kita dok scary scary jambatan pulau pinang tu menyebabkan ada kes orang tercampak ke laut kerana eksiden di jambatan [baru baru ni] rupanya dalam dunia pon ada yang PALING mengerikan. ok ok fullstop. meh kte cek lokasi. maaf gamba tak bapa besa sebab ak pon dok pk pk macam mana orang orang yang amik gamba jambatan ni lakukan.... hummm... pada yang ada DSLR sume... tolong beritau...
Aiguille du Midi Bridge adalah nama jambatan ini. terletak di Perancis. walaupon kontot saja jambatan tu tapi tengok lokasinya... haiii ya! ketinggian 12,605 kaki di atas paras laut. ermmm tinggi kan??? nak pegi ke jambatan ni, ada cable car menghubungkannya.
Royal Gorge Bridge Colorado ni plak siap pada tahun 1929. gila awal kan kan tapi!!! tapi jambatan ni takde cable untuk mengstabilkan angin sehingga la tahun 1982. so sepanjang waktu tu selamat ke nak lalu??
ahaaa... jambatan ni ada kat switzerland. Trift Suspension Bridge ini merupakan antara jambatan yang terpanjang panjang yang menghubungkan pergunungan Alps dengan para pendaki gunung. penggantian jambatan pada tahun lepas [2009] membolehkan jambatan ni menghalang gegaran angin yang kuat tapi tetap mampu membuat jantung anda anda sume berhenti berfungsi! kekeke
ok aku tak sure ni jalan kaki ke naek kenderaan sebab tengok gaya aisshhh... sah sah macam nak roboh. dah kendur... Carrick-a-Rede Rope Bridge di utara Ireland ni sepanjang 65 kaki panjang dan ia adalah untuk pejalan kaki! hahaha.... mau coba saya... [istilah frodo]
Capilano Suspension Bridge adalah jambatan untuk pejalan kaki [lagi] yang dikelilingi hutan hijau yang sangat sangat tinggi dan pasti mengigilkan kaki. huhuhu jambatan ni sepanjang 450 kaki dan tinggi 230 kaki.
ada banyak lagi taw jambatan jambatan yang menakutkan. paling dekat dengan malaysia ialah filipina. sape sape nak rasa pengalaman melalui jambatan yang paling menakutkan di dunia ni boleh la try. SELAMAT MENCUBA!! [dengan nada ceria gila gila]