[wedges aku lebih kurang macam ini. tapi kayu tapaknya]
As salam,
aku bukan apa.. sepanjang seminggu pasar malam sampai empat kali. dua kali di salak tinggi sekali di nilai dan di desa pinggiran putra tu. erm yang dekat rumah aku tak pergi la sebab pasar malam tu macam segan segan aje nak idup. so aku selalu singgah pasar malam salak tinggi dan nilai. ikot orang lagi pon. dan pergi mesti la lepas waktu kerja.
silap hari, aku pakai kasut tumit tinggi pergi ke tempat tempat itu. ada hari aku pakai sandal saja ke opis, maka kaki tak sakit la kan. tapi seyes! aku pakai kasut tumit tinggi pon 3 inci kaki jalan sangat lenguh. selalu jugak pakai kasut jenis wedges tapi tetap tinggi! hahah... reseach reseach menggunakan google dan yahoo. melihat kesan kesannya. rasanya ramai jugak yang tahu tapi percayalah kerna ramai jugak yang tahu tapi buat buat tak tahu.
[klik rajah untuk lebih jelas]
"Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan."
[artikel dari blogger INI]
"Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul."
[sumber di SINI]
penamat post ini: sedang berfikir fikir... lepas ini kasut tinggi yang ada nak buat apa.. pakai ke simpan....
