6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki
(Untuk tatapan wanita n pengetahuan tuk laki)
this article from Eprology Luscan under Facebook frenz. bce n renungkn~(Untuk tatapan wanita n pengetahuan tuk laki)
byk facts kt article ni ak agree...
thx for the permission....
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.
Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.
Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan… ” Anda pun percaya terus…
Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?
Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.
Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”
Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan… ” Anda pun percaya terus…
Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?
Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?
Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.
Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.
Kalau ini berlaku… macamana?
2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.
Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.
Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.
Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.
Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!
3. Wanita “sosial”.
Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam. .”. Fahamkan maksud saya?
Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.
Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya selera!
4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?
Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/ perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.
Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.
Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.
Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?
5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?
Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?
Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.
Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!
Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan. .
6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.
Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.
Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.
Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.
jgn menjadi wanita yg terlamp@u sosial sudah~
enjoy boleh.. bia berpada...
(i2 pndgn @ki)
penamat post ini: @ki mahU menjadi wanita yg berILMU!
17 comments:
bahaya bahaya...jgn terjumpa buayafriend dah la aki oi!
erkk....btw masing2 perlu jujur dgn pasangan masing2 klu benar2 mahu jalinkan hubungan ehem3..tapi..de prob skrg..ssh beb nk cri yg betul2 ade ciri2 wanita sempurna dan wanita solehah..waiman defend pd nawaitu seseorg lah..tiada yg sempurna so terimalah pasangan kita seadanya ok thiz my opinion..hehehe =p
btoi azie btoi!
kte ber2 jgn terjmpe org cm 2!
ummm~ kf...
pnjg tol!
heheheh..
its ok..
pndgn kmO nk xnk
sume kne accpt..
nmenyer pon tlk ansur kn..
ptot bnda cm 2 gak la
dlm hbgn kn??
ap2..
laki pmpuan kne ikt niat msg..
stuju ngn kmo!
Salam..
yang penting mahu yg terbaik kena jadi baik dulu:)
hurmm..org ckp pakcik kasih ain ensem..tapi ain rase die biase saje..die baek la..tapi ain tetap caye die 20% je..yela..da ngah suke, mang la ckp manis2 aje..huhu
hurmm..kalo die rasie kan keadaan die pas accident cne??meaning die ckp die accident n terseliuh siket..walhal luka teruk juga.tak jujur gak kah itu??
wkm slm arnamee~
uhh.. btoL2!
nk psgn yg bgs..
kte mst jd bgs kn!
humm..
jgn smbunyi kn mslh sndiri...
cm 2 gak kte hrp dr psgn kn.. tp ain...
lelaki kn...
kdg2 dia xnk gtaw sbb akn beranggpan bhw dia akn dilihat lemah...
pdhal kte x rce pon cm 2 kn...
dlm hal ni....
open talk perlu...
jujur sgt penting!
hurmmm..mungkin die tanak ain risau kot..my fren marah2 ain ble ain marah2 die rasie sal saket tu..haha..btol ape aki ckp..ain cbe applykan lam idop ar..thanx..=)
i suka info no 1,3 dan 4 no 3 nak cite ckit...lelaki akan mengkelas awek kepada 2 jenis... awek stok bini n awek stok geli2... so paham kan, sejahat mana laki tu tetap akan pilih perempuan yg baik utk jadi stok bini
cik ain!~~
heheh...
ap2 pn...
tok jge perhbgan...
tlk ansur penting...
kte nk org yg baik!
kte kne baik~
btl x?
so darlink~
hope this cn help u!
ur very warm wlcom3!
yup burt!~
aki rmai kwn lelaki..
sejht mne poN dowg~
akn cri wanita yg terbaik~
tp~~
lelaki nk cri wanita tbaek~
lelaki jgk kne baik dl kn~??
kerjasama 2 phk perlu~
2 je~~
aq sokong KAK anem aku.
mao yg terBAEK kena jadik BAEK dulu.
ahah~
is it cik akito imada?
ngee~
stuju2!!
5 star*****
4 u darlink!~
laki semakin pupus hehhee...so kalau da jumpa yg baik tu grab jer terus...hehhehe
burt~
laki semakin pupus??
hehehe~
2 statement yg xpast 2...
tp btl, klu da jmpe yg rce terbaik..
terima je wlupon ad kelmhan...
manusia kn..
mst x smpurna...
Wanita memang teman permainan orang lelaki? Erk? Macam besh jewr, hehehe.
Post a Comment