Friday, January 29

Rahsia Dalam Pergerakan Solat



menarik! aku tidak pernah lagi tahu dengan mendalam tentang hal ini tapi mak aku pernah cerita ada temuramah di MHI tentang pergerakan solat serta kebaikannya. aku tak dapat tengok sebab tak dapat diingat. rasanya dalam berita tv9 pun ada tentang hal ini. tapi sekali lagi aku terlepas. mari kita lihat fari segi saintifik yang telah dikaji oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol. Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan. Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

“Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah,” katanya. Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak. Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar. “Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja,” katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat. Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang. “Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman ’selamat pagi’ yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki,” katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang. Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang. Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki. Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.


[sumber: kajian dan gambar dari google]

penamat post ini: solat salah satu senaman ringan untuk sihat sejahtera! bagi lelaki.. amalkan la solat sunat selalu.. nescaya tak mati pucuk...

Thursday, January 28

Kelebihan Bismillah

 
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid , maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.




penamat post ini: dimulakan dengan BISMILLAH disudahi dengan ALHAMDULILLAH

Wednesday, January 27

KEPALAKU.... kenapa kamu begitu?



sakit kepala bahgian kiri da 5hari da....


kunyah pakai graham kanan.. urat mata sakit sangat sangat....


batuk laa plak.....

demam... bakal menyusul sebab tapak tangan da pucat lesi....

Tuesday, January 26

Kesan Kasut Tumit Tinggi


[wedges aku lebih kurang macam ini. tapi kayu tapaknya]

As salam,

aku bukan apa.. sepanjang seminggu pasar malam sampai empat kali. dua kali di salak tinggi sekali di nilai dan di desa pinggiran putra tu. erm yang dekat rumah aku tak pergi la sebab pasar malam tu macam segan segan aje nak idup. so aku selalu singgah pasar malam salak tinggi dan nilai. ikot orang lagi pon. dan pergi mesti la lepas waktu kerja.

silap hari, aku pakai kasut tumit tinggi pergi ke tempat tempat itu. ada hari aku pakai sandal saja ke opis, maka kaki tak sakit la kan. tapi seyes! aku pakai kasut tumit tinggi pon 3 inci kaki jalan sangat lenguh. selalu jugak pakai kasut jenis wedges tapi tetap tinggi! hahah... reseach reseach menggunakan google dan yahoo. melihat kesan kesannya. rasanya ramai jugak yang tahu tapi percayalah kerna ramai jugak yang tahu tapi buat buat tak tahu.


[klik rajah untuk lebih jelas]

"Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan."
[artikel dari blogger INI]

"Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul."
[sumber di SINI]

penamat post ini: sedang berfikir fikir... lepas ini kasut tinggi yang ada nak buat apa.. pakai ke simpan....


Monday, January 25

lepas ADUKA TARUNA, GUTTER MALAYSIA plak!



layak ke ko pakai nama blogger GUTTER MALAYSIA??? sedangkan ko tak respek langsung 1MALAYSIA???

aku malas nak ulas apa entry ko sebut la.. even in english... blogger tak bodoh la tak boleh baca dan faham. even worst.. nama ALLAH maha agung dipermain mainkan. u r over doing it okay! over doing it!!


korang klik laa link 2.. kalu ada lagi.. korang baca sendiri!


penamat post ini: sebagai rakyat JOHOR tegar!! dan BLOGGER tegar!! kau orang memang layak join ISA! ^__^

TAG!! [bullet dan aboi]

aku kan nak letak tajuk TAG!![dem bullet] ehehh tapi tak jadi la.. aku adik yang baek sungguh kan kan?? cis cis... tulisan buruk laa.. aku kena tulis nama dan link blog dengan tangan kidal. nasib baek laa aku tengok tulisan tu aku boleh baca. maksudnye aku punya tulisan kidal cantek jugak.. kan kan?? [tadi cakap tulisan buruk pastu tiba tiba cakap cantek. seyes aku penin!]


hahaha.. lawaknye aku tengok tulisan aku.. kiri kanan tulisan buruk. dem!


p/s: erkk.. kat aboi pon ak kne!!


penamat post ini: ok bullet! utang selesai! esok aku boley join party ko! yeaa!! ^_^

Friday, January 22

kontes PARTY KOMEN 2nd HELL!






seyes hell!! aku penat gila.. yuki.. baru ak paham betapa penatnye organize PARTY KOMEN ini.. seyes!! aku takley tido taw.. slalu bilik semayang aku laa yang kongker. dem! hahha.. ok ok.. abaikan sume tu.. aku sebagai organizer hope sangat sangat blogger yang join semalam sume berpuas hati ok! kalah menang adat pertandingan. act ni bukan kontes pon lebeh kepada penghargaan sebenrnye RM10 tu untuk blogger blogger yang support PARTY KOMEN kat belog aku plak.

ok. da taw kan aim yaitu HITS HUNDRED, HITS THOUSAND dan HITS HOTS! so.. mari usha usha senarainya ok... aku tertinggal korang bagi taw ea ea!!

HITS HUNDRED
100 nini [cakap nak perhati kan aje...]
200 bullet [aim 1129]
300 nini [aim RM10 ka?]
400 frodo [kingkong]
500 aboi [tiba tiba]
600 bullet [aim AIG]
700 aki [hehe...]
800 bullet [hebat gak pluru ni!]
900 frodo [kongkong??]

HITS THOUSAND
1000 bullet [konsisten gak mamat ni!]

HITS HOTS!
1 aki [tuan khemah kedaung]
222 [spe wehh?]
333 ayu [dia kata]
444 [pon tak tau]
555 bullet [pon ada]
666 frodo [lagi...]
777 frodo [da kongker]
888 nini [ong baek punya]
969 frodo [aim baek~]
999 deus [tak sedar pon]
1111 koyuki [plat kapal terbang]
1129 deus [no yang aku harap! tercapai!!]


penghargaan BERGANDA GANDA kepada FRODO, NINI, AYU, BULLET, ABOI, ~0~, YUKI, ACONG[dia sgt lambat.. orang rehat dia datang.. orang da mula dia ilang... orang da abes baru dia datang balik!]

penamat post ini: spe lg aku tak sebot... korang ada.. thanx beb!

Thursday, January 21

pemenang tok 1129!!

DEUS!! AHHAHAHA...

yang dok copy paste aje ayat2!! las2 dia yg dapat.. memang rezeki! ahahhahha...



sila email segita27@yahoo.com ye... detail kte bncang dalam email

BATTLE 1...1...2...9! mula!


pencarian pengomen ke






1 1 2 9








bermula


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



SEKARANG!




topik
penting komen ke trafik dalam belog kita??


 

gud luck!!!

1129

aku nak nombor ini taw... 1129 sape-sape dapat komen ke 1129 atau dalam bahasanya satu ribu satu ratus dua puluh sembilan.. dia akan ak bank in kan cash money RM10 dalam akaun. sorry laa aku tak boleh bagi duet banyak-banyak sebab aku jus nak bagi as gift atas penat lelah blogger yang menyertai. heheh...

adalah diingatkan apa saja cara boleh asalkan ANDA KONSISTEN! 

maksudnya disini.. dari 1 ke 1129 tu anda sentiasa ada komen. jangan maen ngelat. da nak dekat 1000 baru ko nak muncul... ceh2!! macam ini akan menyebabkan blogger-blogger yang menyertai akan rasa tidak puas hati. ok.. harap anda paham... game on pada jam 11 pagi ok! be prepare!


penamat post ini: GUD LUCK!

Wednesday, January 20

cik YUKI kne attack!!

hah!! pepagi buta ak da dapat announcement ada serangan besar2an kat belog koyuki... hahahah.. semalam aku sebok dan tenet aku tak support. maka kat belog ayu deadwish aku gagal sertai. maka pagi tadi aku siapkan keje cepat2 dan serang belog yuki. sasaran untuk kali ini adalah komen 1000! yeahhh... dan inilah keputusannya.....


1 > FRODO DE KING

100 > FRODO DE KONG


200 > NINI DE JELITA


300 > AKI DE DENGKI


333 > YUKI TUAN TANAH KEDAUNG


400 > NINI DE CANTEX


500 > FRODO DE RAJA


555 > YUKI ALONG


600 > NINI DE DAYANG


666 > FRODO BUDAK SATAN


700 > AKI DE AKU


777 > FRODO BOND BOENG


800 > FRODO DELAPAN


888 > NINI (HUH!!!!)


900 > FRODO DE GREAT


969 > (FRODO HEBAT DIBILIK)


999 > FRODO THE POLICE


1000 > AKI BAEK DAN BIJAK!! ^__^



 hahahah... akhirnya sasaran tercapai. game ptot abes kol 5. tapi da sampai kemuncak.. masing2 penat. tuan umah kedaung pon letih taw... dan penin.. hahahah.. trimas kepada tenet dan windows lappy aku kerna wat hal dan update. sebab kerana aku lambat mula tyme petang ini aku dapat ke 1000.. awuuuuhhh!! 




p/s: achong.. ko cuba ag ea... jangan sedey2 ea.. hahahah



penamat post ini: sangat letih... 

mereka ini hebat ke??



 
                                                     NINI cokolat celop2!~                                               
sorang ada kilang NINI cokolat celOp-celOp! sebab tu dia chubby mubby saja... semalam mandi air paip kat opis! yess!!

 
   ni ler BULLET dan isi dalam nye ye??
pastu sekor ni bajet BULLET m 16...[aku tak tembak pon dia da pengsan! kah3!!! dem sungguh~]



aku suka deadnote..DEADWISH??[tengah pikir...]

yang sorang lagi ni plak kan... tiru death note dowk!! nak gak belakang nama ada DEADWISH~


waaaa... lampu NEON menyala!!
ni aliran baru... tetiba lak dia join si peluru tak bertauliah tu.. patot ko join aku la... dia ni pon spesis cam nak tiru tapi pada aku... tak kot.. maybe influence dia... yang cipta lampu tu... aku rasa NEON ni freak influence dengan thomas edison kot~



penamat post ini: kredit kat miss google...

Tuesday, January 19

BOF...






[saranghae!!! kim bum!! o__<]


hohoh.. addict gila sama BOF ini... da abes tengok da.. tak follow televisyen pon. lyn online saja... F4 grup... yi jung ngan ga eul adalah favorite aku. sama2 shomel.. sama2 sheweet!! i like~ hehhe...

tak tertaip keghairahan melayan cete ini. pasni nak blaja bahasa korea lak! japan keep in learning!



[gambarajah ini menarik!]



p/s: credit pd sis gugle atas gambar2 ini... 

penamat post ini: grr... cam ne nak jadi normal balik?

Saturday, January 16

hari PERSANDINGAN

seterusnya.... cehh.. start entry tiba2 tros taip macam tu kan.. hahaha.. hampeh. selepas 2malam berkampung kat dengkil. balik kol 11 lebeh tok 2 malam. hari bersanding sebenar kengkonon pada hari ahad 27hb Disember 2009. hantaran sebanyak 13 dulang pada asalnya menjadi 15 dulang setelah dicampur kek kukus dan juga kek hantaran. huuisshh.. banyak sungguh! naseb laa ramai yang ikot tok ari bersanding betul ni. hehehe....


 hantaran pihak abang aku. kira sendiri ye!





[sengeh..sengeh!!]
huhuh.. adik bradik, sdara mara sikit, jiran2 akak aku sikit.


tengok dak kecik 2. baju merah. kompang dia kecik macam dia. so sweet!
[aku da cete blom mereka maen kompang DALAM RUMAH?]
sesungguhnya sangat memekak dan bising, 1st tyme aku jumpa.



 
 lihat gamba cantekkk je kan cuaca...
hakikat! terbakar!! kepanasan~




 
 lama sey berdiri tyme ni... memang aku tak paham!!



 
 [silat!! silat!!]



 
 [gabungan hantaran pihak laki dan perempuan]



 
[ni ala2 garden wedding la kan?]
make up dari kimi kajang kalu tak silap aku.







ada lagi tepung tawar ni... shot mak aku menyembor air mawar





UDANG TERCOCOK!![keh..keh..keh]





 aloololo.....



 
ahh!! hah nganga ko beso2 andak!!


penamat post ini: hehehe.. abes da.. gamba byk sgt... tapi aku cam bese.. pick2 dan jadikan certot! [cerita kontot]

Friday, January 15

pernikahan abgku yang TERAKHIR... [2 malam]

 sila kelik gamba untuk tumbesaran yang segar!!!

wahhh.. tajuk aku cam takleh belah... okey2.. takboleh cakap eh salah taip banyak2 sebab takde ayat2 pon entry ini akan jadi panjang. pernikahan NORJIKHANI[abang aku] dengan HASILAH[tak taw nama panjang] berlangsung 25hb Disember 2009 jam 9.00 malam.

kita mulakan dengan pelamin angan2 ini....

 pastu.....


 saat berdebar2.. heheh... saat dua ingin menjadi satu
 
 [cuak tak muka mereka]
 

pastu.....
 
 yaahh... sekali saja lafas.. dengan terang dan jelas....


 
 
sessi batal air sembahyang selepas abg aku solat sunat



 kemudian...
 
 sessi pemberian mas kahwin rm80. mujo tahun 2009 kan..
sekarang selangor da naek mas kawen rm300


seterusnya!~
 
 sessi sebak2 ahh ngan mak aku. haha.. aku taw dia banyak dosa tu.. sbb tu laa....


seterusnya malam berinai KECHIL pada 26hb Disember 2009. bermula jam 9.00 malam gak la macam tu. banyak gak aktiviti yang berlangsung walaupon namanya berinai KECHIL!


taraa!!

kepoyoan abangku di umah bersanggar


pastu...
 
[dari kiri, abaikan dak kecik.. abg ngah, kak ngah, andak-pengantin-, mak dan mak uda]
 sessi snap2! hahaha....


 memalam buta cam ni berarak la...
 
 jalan...jalan.. abang aku jalan laju. aku suwo dia slow sket!


pastu...
 
tengah jalan2.. kena STOP!
 [hoh! ada bunga api! 5 das semuanya.. mak aku yang kira]



 
 [mereka sengeh tok masa yang lama!]


dan juga~
 
 aku sempat pose sebab kaki lenguh diri lama sangat!!


hinggalah......
 
 WAAAA...CHAAA!!!
 [hahahaha]





[masa ni.. abg aku kata.. 'ko tabur je.. jangan masuk mulut aku lak!']
 aku pon turut la tabur2 dalam sessi berinai kechil ini....


 pastu....[perghh bila nak abes da!]


[yang berdiri ok..dari baju belang2 merah...]
abg aku achik, kazen dem awin, abg ngah, along, mak, mak uda dan kak ngah
snap2!! 


 pastu....
 
 sessi karok abg ngah aku.. hahah.. kena paksa dengan pengantin...




 dan akhirnya!!~



 
 [hoh ikan bakar sudah abes... hehehe]
J to da N to da H...



penamat post ini: perghh aku rasa da cukup kot smpai sini dulu... nex tyme sessi sanding belah tengahari lak ye.... taw la anak bongsu..[akak ipa baru aku ank bongsu] dan taw la abg aku yang terakhir[dia la yang terakhir kawen setelah 4 org abg aku sudah berlangsung...] skali buat 3HARI 3MALAM...

Wednesday, January 13

11, 12, 13

as salam semua... 11hb Januari adalah besday penyanyi tersohor negara.. ct nurhaliza kan... 12hb Januari[semalam] ari lahir akak ak yang ke... huhu... 37. dan ari ini ari jadi Ally iskandar 13hb Januari. so selamat hari lahir kepada semua... panjang umo murah rezeki. sedikit liputan dari acara sambut besday akak aku. heheh.. abg ipa aku beli kek di king's, pas2 beli hadiah jam tangan dari avon. quit nice and elegant la... around 3angka gak.. huu mahal!! beli bucket KFC sebagai makan malam! nyum3~


 

abg ipa aku beli mister potato la... cadbury la.. jajan tah apa2 la... ingtkan untuk makan.. rupanya untuk hadiah anak2 dia kepada ibunya~ hahaha dan ikuti dialog ini:

alya[ank sdara aku]: cik, soletip takde la.. macam mane nak sampul adiah??


aku: ko nak sampul pakai ap? papa ko tak beli sampul pon cik tengok...


alya: pakai je kertas A4 ni.... tiap2 tahun macam ni...


aku: erk!! [reaksi tak terduga!!]

dan aku pon bantu la sampul adiah merupa coklat2 dan jajan2 dengan kertas A4.. lekatkan pakai STEPLER! hahah... aku plak takde apa nak bagi. tapi pagi tadi.. aku prasan akak aku iron tudung dark purple aku bagi dia.. awal bulan 1 ni gak.. aku dapat tudung tu dari bandung, family rescue ranger bagi. anggap la itu adiah dari aku. =D



 
[this is my sis...]


 
 [so sweet~ hahaha]


 
 [ceh.. tayang stawberi masam lak akak aku ni]


penamat post ini: huarghh... sleppyy.. -______-

ibu... tangan yang indah!




“Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. 

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali
ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. 

Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. 

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. 

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya…dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…”


nota dari email yang berbunyi~


“BERBAHAGIALAH KAMU YG MASIH MEMILIKI IBU… DAN LAKUKAN YG TERBAIK UTK DIRINYA…”

 



penamat post ini: misss u mak! nak balik umah~~ cepat laa cuti tahun baru cina!